web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Saran Majikan Bayar Gaji Minimum RM3,000 Kepada Graduan TVET

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 10:03PM

Ahmad Zahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan pemain industri di negara ini menawarkan gaji permulaan sekurang-kurangnya RM3,000 kepada graduan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis TVET negara, berkata gaji minimum itu munasabah memandangkan graduan TVET adalah pekerja mahir yang telah menjalani kursus kemahiran.

“Pekerja mahir akan mempertingkat produktiviti... dan produktiviti ini dalam jangka panjang akan mengurangkan kos untuk menghasilkan produk akhir atau perkhidmatan akhir dan ini adalah munasabah kerana mereka pekerja terlatih serta sesuai dengan kehendak pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai Memorandum Kerjasama Transformasi Program TVET antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata gaji minimum RM1,500 dan RM2,208 adalah tidak mencukupi atau setimpal bagi graduan TVET.

“Hakikat mesti diakui bahawa negara maju di Timur tidak memerlukan pekerja asing, mereka menggunakan tenaga tempatan 100 peratus. Malaysia perlu menuju ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata pengambilan pekerja asing wajib dikurangkan dan hanya dikhaskan dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) manakala keutamaan perlu diberikan kepada tenaga tempatan bagi sektor lain.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan 10 Memorandum Kerjasama dimeterai antara kerajaan, yang ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia V Sivakumar, dengan pihak industri seperti Petronas, Gamuda Berhad, Sunway Services, DRB Hicom, Berjaya Corporation, Redbeat Academy Sdn Bhd (Airasia Academy), Daikin Malaysia Sdn Bhd, Bermaz Auto Berhad, Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB).

Menerusi memorandum itu, rakan strategik industri akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pogram TVET melalui pembangunan kurikulum dan bahan latihan, sumbangan dan perkongsian kemudahan serta peralatan, sumbangan khidmat kepakaran, pembangunan kompetensi tenaga pengajar serta pembiayaan program latihan.

Ahmad Zahid menyifatkan ia sebagai permulaan dalam memperkasakan lagi bidang TVET bagi memenuhi keperluan pemain industri sekali gus mengelakkan berlaku ketidakpadanan kemahiran dalam kalangan graduan.

Beliau turut menyasarkan sebanyak 100 Memorandum Kerjasama Transformasi bersama syarikat swasta akan dapat dimeterai menjelang akhir tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad