web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2024 9:15AM

Pakar ekonomi berkata kenaikan gaji minimum perlu bergantung kepada prestasi kewangan sesebuah syarikat. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tidak semua majikan terutamanya pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mampu menaikkan gaji minimum lebih tinggi daripada kadar ditetapkan iaitu RM1,500 sebulan.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, meski langkah menaikkan gaji minimum harus dipuji, namun ia perlu bergantung kepada prestasi kewangan sesebuah syarikat.

"Bukan semua syarikat, dan bukan semua sekali gus. PMKS, sama ada di bandar atau luar bandar, mungkin masih bergelut untuk memenuhi tuntutan dasar gaji minimum baharu atas sebab-sebab tertentu," ujarnya.

Justeru beliau mencadangkan supaya mana-mana dasar gaji baharu perlu mengikut kawasan atau daerah. 

"Misalnya, gaji minimum RM1,800 mungkin cukup di Sabah atau Sarawak, manakala Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor perlu lebih daripada RM2,000.

"Saiz syarikat juga penting. Contohnya syarikat asing, sepatutnya dapat mematuhi (dasar gaji baharu) lebih mudah," jelasnya.

Ahmed Razman berkata, kerajaan perlu menjalankan kajian menyeluruh sebelum gaji minimum baharu diumumkan, dengan mengumpul data daripada sumber-sumber seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim pada 17 Ogos, bahawa syor mengenai kadar gaji minimum baharu dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan ini.

Sim dipetik sebagai berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah menerima laporan dan syor kadar gaji minimum baharu daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang dipengerusikan Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Menteri itu sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji semula gaji minimum yang kali terakhir disemak pada Mei 2022 dengan kenaikan kepada RM1,500 berbanding RM1,200 sebelumnya.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melahirkan harapan agar sektor swasta terutama syarikat yang mencatat keuntungan tinggi meneliti semula skim gaji bagi memberikan imbuhan yang lebih munasabah kepada pekerja.

Reformasi gaji perkhidmatan awam merupakan mesej kepada syarikat swasta supaya dapat menaikkan gaji pekerja agar tekanan kos hidup dapat dikurangkan, katanya.

Pertimbang Kesan

Mengulas isu sama, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, gaji minimum sepatutnya melebihi kadar garis kemiskinan iaitu RM2,208.

Beliau bagaimanapun memberi amaran, ia akan memberi kesan negatif kepada pengusaha PMKS, dan menggesa kerajaan merangka mekanisme yang tepat sebelum sebarang perubahan dilaksanakan.

"Kalau kita lihat secara global, kebiasaannya negara maju tidak mempunyai gaji minimum. Jika kita perkenalkan dasar ini, ia mestilah ditetapkan di atas garis kemiskinan.

"Misalnya, kalau kita setuju gaji minimum RM2,300, maka banyak perniagaan kecil mungkin terpaksa tutup kerana mereka tidak dapat kekalkan kenaikan gaji," jelasnya.

Barjoyai juga menegaskan gaji pekerja di beberapa sektor masih kecil.

"Masih ada guru tadika yang dibayar gaji RM700 sebulan, jauh lebih rendah berbanding gaji minimum RM1,500 ketika ini. Ini adalah eksploitasi. Bagaimanapun, pekerja asing di syarikat-syarikat besar yang menerima manfaat daripada gaji minimum kerana syarikat ini mampu," katanya.

Beliau dalam pada itu mengingatkan bahawa sebarang perubahan ke atas dasar gaji minimum mungkin akan menjejaskan daya saing Malaysia.

"Syarikat asing boleh memindahkan operasi ke negara seperti Myanmar yang hanya membayar gaji pekerja sebanyak RM1,000 sebulan,” katanya.

Senada dengan Ahmed Razman, Baejoyai berkata kajian menyeluruh dan mekanisme yang tepat amat penting bagi memastikan  perubahan sesuatu dasar berjaya. – Getaran, 8 September, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Pelarasan Gaji Pekerja Kontrak Sekolah, Hospital Diumum PM Legakan MTUC, Cadangan Kami…’

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Saran Majikan Bayar Gaji Minimum RM3,000 Kepada Graduan TVET

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Pelaksanaan Dasar ‘Gaji Kehidupan Wajar’ - MTUC

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kenaikan Tarif Elektrik, Kos Buruh Terlalu Membebankan - Persatuan Pengeluar Komponen Automotif

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad