web statsweb stats

Berita Terkini

58 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 59 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peralihan Kepada Tenaga Boleh Baharu Mampu Kurangkan Beban Industri Perhotelan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Isu kenaikan tarif elektrik yang membebankan pemain industri perhotelan mampu ditangani dengan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui (RE) atau penggunaan tenaga solar.

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn Bhd Datuk Dr Ir Muhammad Guntor Mansor Tobeng berkata peralihan itu penting memandangkan 388 hotel bertaraf lima dan empat bintang di seluruh negara terkesan dengan kenaikan kos yang tinggi daripada surcaj 20 sen/kwj atau 40 peratus kenaikan akibat pelarasan tarif elektrik.

“Kita menerima maklum balas daripada persatuan dan pengusaha hotel yang mereka berdepan kenaikan kos operasi terutama selepas tarif elektrik diselaraskan baru-baru ini, terutama hotel lima dan empat bintang yang menggunakan kira-kira 1 juta kilowat jam sebulan berbanding hotel bajet dan bertaraf tiga bintang ke bawah.

“Justeru alternatif terbaik buat pengendali industri perhotelan adalah beralih menggunakan tenaga boleh baharu atau memasang panel solar di bumbung hotel,” katanya yang merupakan salah seorang pengendali ladang solar terbesar di Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Hotel Industry Meetup (HIM) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama pengusaha hotel dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah MPC Zahid Ismail, Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia Shaharuddin M Saaid dan wakil Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) Rohizam Md Yusoff.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak industri perhotelan turut perlu dibantu dengan penyaluran Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) melalui Suruhanjaya Tenaga.

Katanya, ini dapat membantu pihak hotel melakukan audit bagi mencari kaedah menguruskan tenaga dengan lebih cekap, yang sekali gus dapat membantu mereka daripada terus menanggung kerugian.

“Untuk itu saya merayu geran EACG ini disediakan kerajaan untuk digunakan bukan sahaja pengusaha hotel bertaraf lima dan empat bintang tetapi semua hotel secara keseluruhannya termasuk hotel bajet,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelaburan Berpotensi Baharu Bernilai RM45.4 Bilion Dari Jerman - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad