web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Peduli Diskaun, Ini Sebab Sebenar Kenapa Rakyat Malaysia Lebih Suka ‘Online Shopping’

Shopee Malaysia kongsi tinjauan berkenaan impak rakyat Malaysia terhadap ekonomi e-dagang tempatan.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 12:00PM

Gambar hiasan

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu tinjauan baharu yang dijalankan oleh Shopee Malaysia memperlihatkan impak rakyat Malaysia terhadap ekonomi e-dagang tempatan melalui corak pembelian dalam talian mereka.

Melibatkan 3,300 pembeli dan 2100 penjual dalam talian di seluruh negara, tinjauan ‘Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce’ ini berlangsung dari 19 Julai hingga 17 Ogos 2022.

Dapatan tinjauan ini mendapati 45 peratus penjual mengesahkan mereka mampu menyara keluarga mereka, manakala 34 peratus pembeli mengatakan proses pembelian dalam talian sangat mudah.

Namun hanya 23 peratus pembeli menyokong produk buatan Malaysia sebagai produk dengan harga berpatutan dan berkualiti tinggi.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata tinjauan ini menekankan bagaimana penjual dalam talian tempatan berjaya menjamin sumber kewangan mereka.

Kenneth Soh
Kenneth Soh

“Ia penting bagi pemilik perniagaan untuk memahami trend pembeli di Malaysia yang mempunyai motif-motif lain semasa membeli-belah dalam talian.

“Penjual dapat mewujudkan perniagaan dan penglibatan ekonomi yang lebih tinggi dengan memadankan tawaran mereka dengan permintaan pembeli,” jelas Soh.

Dapatan tinjauan yang paling menarik ialah tidak semua pembeli tempatan mengutamakan tawaran diskaun dan baucar semasa membeli-belah dalam talian.

Sebanyak 43 peratus pembeli mengatakan mereka lebih menghargai aktiviti membeli-belah secara dalam talian kerana boleh membandingkan harga di saat ekonomi negara yang sedang menghadapi fasa inflasi.

Satu lagi dapatan tinjauan yang menarik ialah walaupun ekonomi pasca pandemik telah dibuka, sembilan daripada sepuluh pembeli di Malaysia masih gemar membeli-belah secara dalam talian.

Malah, tujuh daripada sepuluh pembeli mengaitkan aktiviti pembelian dalam talian ini sebagai aktiviti yang menenangkan fikiran.

42 peratus pembeli juga bersetuju faktor penghantaran barangan yang lebih pantas merupakan salah satu sebab utama mengapa mereka lebih gemar membeli belah dengan penjual tempatan.

Sayangnya, hanya 20 peratus pembeli yang ingin menyokong barangan buatan Malaysia demi memastikan ekonomi negara kekal berjalan rancak. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka Shopee Perkenal Inisiatif Baharu Untuk Pertumbuhan Jenama Dan ‘Affiliate’

2

Gaya 1 tahun yang lalu

6 Tip Membeli-belah Dengan Selamat Dalam Talian

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN