web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jelajah Pameran Dunia Galaksi Ke Terengganu

Program Singgah Sains yang diperkenalkan Pusat Sains Negara (PSN) pada tahun 2014 kini meneruskan jelajahnya ke Terengganu, dengan bahan pameran bertemakan 'Dunia Galaksi'.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Jun 2022 7:09PM

Sebahagian pelajar sekolah mencuba membuat kapal terbang kertas pada Program Singgah Sains Terengganu 2022 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program Singgah Sains yang diperkenalkan Pusat Sains Negara (PSN) pada tahun 2014 kini meneruskan jelajahnya ke Terengganu, dengan bahan pameran bertemakan 'Dunia Galaksi'.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata sebanyak sembilan set bahan pameran modular berkonsepkan fizik astronomi bernilai RM500,000, kini ditempatkan di Pusat Sains Kuala Terengganu (PSKT) untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Program ini adalah salah satu inisiatif pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) oleh PSN, untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan muda dan pelajar, bagi memupuk minat dan meningkatkan populariti bidang STI.

“Kementerian juga akan mempertimbangkan permintaan banyak pihak termasuk daripada Kerajaan Negeri Terengganu, untuk membawa program ini dalam skala lebih kecil ke kawasan luar bandar untuk memberi peluang sama kepada penduduk di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Singgah Sains Terengganu 2022 di Kuala Terengganu hari ini.

Pameran Dunia Galaksi dilengkapi dengan persekitaran berinteraktif, bahan dan teks saintifik serta maklumat berbentuk grafik - Gambar Bernama
Pameran Dunia Galaksi dilengkapi dengan persekitaran berinteraktif, bahan dan teks saintifik serta maklumat berbentuk grafik - Gambar Bernama

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif juga telah disusun bagi memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di PSKT, antaranya Pertandingan Dron, ‘Do It Yourself Science’, ‘STEM Challenge’ dan Sudut STEM.

Pameran Dunia Galaksi juga dilengkapi dengan persekitaran berinteraktif, bahan dan teks saintifik serta maklumat berbentuk grafik, agar pengunjung dapat memahami ilmu astronomi, fizik dan fenomena seperti fasa bulan, peredaran atmosfera, hukum Newton serta buruj dengan lebih berkesan. - Bernama

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 4 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN