Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 Ciri Canggih Teknologi Kereta Api Shinkansen

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi empat ciri  teknologi yang ada pada perkhidmatan kereta api laju yang terkenal di Jepun, iaitu Shinkansen atau lebih popular digelar kereta api peluru.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 10:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta api merupakan sebuah kenderaan yang bergerak di atas landasan untuk membawa penumpang dan beberapa unit gerabak bagi tujuan tertentu. 

Menurut sejarah, landasan dan kereta api pertama di dunia dicipta oleh George Stephenson yang menyambungkan perjalanan dari bandar Stockton dengan Darlington, England pada 1825. 

Ketika itu, teknologi enjin wap dan arang kayu digunakan bagi menggerakkan kenderaan tersebut. 

Kini dengan teknologi yang kian maju, ia sudah menjadi kenderaan awam dan alat penghantaran barang yang mampu membawa bilangan besar penumpang serta barangan ke destinasi yang dikehendaki. 

Malah kelajuan sesebuah kereta api juga telah dipertingkatkan bagi menjimatkan masa perjalanan.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi empat ciri  teknologi yang ada pada perkhidmatan kereta api laju yang terkenal di Jepun bernama Shinkansen atau lebih popular digelar kereta api peluru.

Gambar: railway-technology.com
Gambar: railway-technology.com

Bentuk Badan kereta api

Kereta api peluru merupakan antara kereta api yang terlaju di dunia dan ia direkodkan mampu memecut sehingga 320 km/j. 

Jika dilihat pada reka bentuknya, gerabak di bahagian pemandu seakan-akan sebutir peluru. Ini menyebabkan ia digelar sedemikian. 

Rekaan ini membantu kereta api tersebut bergerak dengan pantas kerana ia berbentuk tirus di bahagian hadapan. 

Keadaan tersebut menyebabkan ia tidak akan menahan atau memberi rintangan terhadap aliran angin ketika memecut dan memecahkan ruangan udara dengan mudah. 

Jadi tidak hairanlah dengan gerabak yang dipenuhi penumpang, ia masih mampu memecut pantas sehingga 200 km/j.

Gambar: mainichi.jp
Gambar: mainichi.jp

Kurang Bergetar

Getaran pada sesebuah keretapi akan terjadi jika kenderaan ini berada dalam kelajuan yang maksimum. 

Ia akan menyebabkan pergerakan menjadi sedikit perlahan apatah lagi jika gerabak dipenuhi oleh penumpang. 

Namun kereta api peluru telah dilengkapi teknologi spring udara yang canggih dan akan menyerap getaran di bahagian roda hadapan supaya ia tidak sampai ke ruang penumpang. 

Maka penumpang akan terasa seperti menaiki kenderaan di atas jalan yang rata dan dapat duduk atau berdiri di dalam gerabak dengan tenang.

Gambar: japanistry.com
Gambar: japanistry.com

Landasan Moden

Landasan juga merupakan komponen yang boleh mempengaruhi kelajuan kereta api ini.

Sehingga pembinaan kereta api peluru, Jepun telah menggunakan spesifikasi landasan yang lebih lebar dan beranggapan ia mampu menampung penumpang dan barangan dengan lebih banyak. 

Pembinaan bentuk landasan ini mempunyai lebar yang lebih besar sehingga 1,435 mm. 

Tambahan lagi, trek yang ada di Jepun juga tidak mempunyai lencongan yang tajam dan setiap landasan perjalanan tidak akan dikongsi bersama kereta api lain yang menuju arah bertentangan. 

Jadi kereta api ini tidak perlu berhenti seketika untuk memberi lalu kepada kereta api yang lain dan menjimatkan masa. 

Gambar: economictimes.indiatimes.com
Gambar: economictimes.indiatimes.com

Sistem Pengawalan Automatik (ATC)

Semasa dalam perjalanan, kebanyakan pemandu kereta api akan bersedia menerima isyarat pergerakan daripada pusat perkhidmatan bertujuan untuk melaraskan kelajuan pada titik tertentu. 

Berbeza dengan kereta api peluru, teknologi sistem pengawalan automatik (ATC) digunakan pada setiap hari. 

Hampir sepanjang perjalanan pemandu tidak perlu membaca paparan isyarat yang ada kerana ia telah dirancang dan ditetapkan sebelum bergerak. 

Jadi di setiap titik perjalanan yang perlu dilaraskan kelajuannya, ia akan bertukar secara automatik.

Walau bagaimanapun, setiap maklumat akan terpapar di skrin pemandu sebagai rujukan. 

Tambahan pula, ia bergantung juga pada pusat kawalan trafik di ibu pejabat untuk menetapkan masa perjalanan yang efektif supaya kenderaan ini dapat memecut dengan laju dan selamat serta tepat dengan masa ketibaan. - Getaran, 27 April 2022

Sumber: japan.org

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

3

Gaya 1 bulan yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

4

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran