Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa yang menarik Minggu Ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin Teknovasi kali ini dimulakan dengan dua telefon pintar baharu  jenama Realme iaitu model GT 2 Pro dan Narzo 50A Prime. Seterusnya Sebuah aplikasi pembelian barangan online game iaitu Kachicshop serta teknologi sistem palet hasil gabungan syarikat Knight Aerospace dan Rossell Techsys.

 

Realme GT Pro

Pada 24 Mac yang lepas, telefon pintar jenama Realme telah melancarkan model terbaharunya iaitu GT Pro 2 secara langsung di laman facebook rasmi mereka. 

Model ini telah dipasangkan dengan sistem dan teknologi yang dipertingkatkan bagi memberi kepuasan kepada pengguna telefon pintar.

Dengan ditanamkan chipset Snapdragon 8 Gen 1 5G dan mempunyai jumlah storan 12 RAM+256GB, permukaan skrin pada model ini menggunakan paparan 2K AMOLED Flat Display serta teknologi LTPO yang akan menyempurnakan kemampuan dan ketahanan apabila disentuh. 

Pada bahagian kameranya pula, resolusi yang dipasangkan pada kamera depan dan ultra lebar ialah  50 MP. Tambahan lagi, pada bahagian kamera ultra lebar, ia mempunyai lensa sebesar 150 darjah dan ia merupakan keluasan yang terbesar untuk lensa serupa di dunia setakat ini. 

Antara kelebihan yang ada pada model ini, ia memiliki sembilan lapisan penyejuk wap di dalam badan telefon. 

Sistem ini merupakan antara perkara yang sangat penting dan diperlukan oleh pengguna telefon pintar yang menggunakannya secara intensif. Jadi anda tidak perlu risau untuk menggunakannya dalam tempoh yang lama dan tak perlu khuatir soal peranti menjadi panas. 

Bagi kuasa baterinya pula, Realme GT Pro mempunyai kuasa 5000mAh dengan kelajuan pengecasan sebanyak 56 watt dan hanya memakan masa 33 minit sahaja untuk bekalan bateri penuh semula. 

Dengan dua varian warna iaitu hitam dan putih, anda boleh memilikinya dengan harga RM 2,599 seunit.

 

Realme Narzo 50A Prime

Sebuah lagi telefon jenama Realme yang dilancarkan pada bulan Mac juga ialah model Narzo 50A Prime. 

Kali ini reka bentuknya agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan model lain yang pernah dikeluarkan. 

Ia mempunyai saiz yang agak kecil dan nipis dengan permukaan 164.4 mm (panjang) x 75.6 mm (lebar) berserta ketebalan sebanyak 8.1 mm sahaja. 

Dari segi spesifikasi model ini, ia boleh dikatakan lebih sesuai buat penstrim permainan dalam talian dengan harga yang sangat berpatutan. 

Ini kerana ia dilengkapi dengan 120hz kadar segar semula dan menggunakan chipset Unisoc Tiger T612 (12 nm). 

Ia berada di tahap yang stabil untuk kebanyakan jenis online game yang menggunakan telefon pintar. 

Tidak kurang hebat juga, bahagian kameranya hadapannya yang memiliki resolusi sebanyak 50 MP namun hanya 2 MP sahaja pada kamera mikro. 

Memiliki bateri jenis Li-Po dengan kuasa 5000mAh, ia juga mempunyai kuasa kadar pengecas segara sebanyak 18 watt. 

Mengapa penulis menyatakan model ini berbaloi dan khusus kepada penggemar pentsrim permainan dalam talian?. Ini kerana anda boleh mendapati model ini dengan harga serendah RM649.00 (4+64GB) dan RM529.00 (4+64GB) bersama dua jenis varian yang dikeluarkan iaitu hitam dan biru. 

Harga yang ditawarkan agak murah dan sepadan dengan spesifikasi teknologi yang dipasangkan.

 

KachiShop

Adakah anda bersedia untuk meningkatkan prestasi permainan dalam talian anda? Aplikasi KachiShop adalah sebuah platform global yang membolehkan pemain membeli barangan permainan dalam talian dengan mudah. 

Ia telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Mac baru-baru ini. Aplikasi ini menawarkan tambah nilai eksklusif dan promosi hebat serta mempercepatkan anda untuk meningkatkan prestasi permainan dalam talian. 

Individu yang bermain online game seperti Mobile Legend pasti mengenali dan sentiasa ingin memburu item yang digelar berlian atau gem. 

Anda berpeluang untuk memperolehi sehingga 2,196 berlian atau gem tersebut dengan mengajak dan menggalakkan rakan-rakan anda untuk bersama-sama menggunakan aplikasi ini. 

Selain itu, melalui Kachisop pengguna akan menerima pembelian mereka terus ke akaun permainan sebaik sahaja pembayaran dibuat. 

Tambahan pula, transaksi pembelian tersebut juga boleh dibuat melalui aplikasi pembayaran Malaysia termasuk Touch 'n Go eWallet, GrabPay dan Boost eWallet.

 

Teknologi Sistem Palet Kargo

Jalinan kerjasama antara syarikat Knight Aerospace dan Rosell Techsys pada 24 Mac baru-baru ini telah menghasilkan sebuah sistem palet kargo yang baharu dan ia memudahkan proses keluar masuk dari dalam pesawat dengan lebih lancar. 

Produk rangkaian ini akan disalurkan dan menjadi satu-satunya pusat perhubungan untuk para pelanggan yang berpangkalan di India. 

Sistem penukaran akan dibuat mudah melalui kargo termasuk dapur,tandas atau barangan yang berat. 

Ia boleh diangkut dengan mudah untuk dieksport atau diimport ke luar negara. 

Sistem ini juga berfungsi untuk penghantaran pesakit atau penjagaan kritikal semasa berada di pesawat namun ia masih memerlukan beberapa alat sokongan untuk menjalankan proses tersebut. 

Teknologi yang tercipta ini merupakan salah satu cara yang praktikal dan menjimatkan kos untuk aktiviti pesawat kargo. Ia sudah menjadi teknologi penukaran kargo yang lulus untuk diterbangkan dan paling canggih yang tersedia pada masa ini di seluruh dunia. - Getaran, 30 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 13 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 22 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya