Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Jenis Teleskop Dan Teropong Luar Biasa

Teleskop dan teropong mempunyai pelbagai fungsi dan jenis. Minggu ini kami berkongsi empat jenis teleskop dan teropong luar biasa yang wujud di dunia.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 11:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teropong atau teleskop adalah sebuah alat optik yang berfungsi untuk melihat objek yang jauh menjadi lebih dekat dan jelas. 

Peralatan ini berfungsi buat kali pertama pada 1608 di Belanda. Ia hasil penemuan Hans Lippershey dan Zacharias Janssen yang bekerja sebagai pembuat kaca mata. 

Selain itu, peralatan ini juga mempunyai pelbagai fungsi tambahan lain bergantung pada jenis dan saiz sesebuah teropong sama ada secara khusus atau kasual. 

Segmen Teknovasi hari ini ingin berkongsi empat jenis teropong yang wujud di dunia.

Gambar: Capuncless.ga
Gambar: Capuncless.ga

Teleskop Galileo

Teleskop ini diinspirasikan pakar astronomi Galileo Galilei. Beliau telah mengembangkan teknologi teropong dan teleskop sejak 1609. Beliau merupakan orang pertama yang menggunakan alat ini untuk menghayati dan mengkaji cakerawala yang dilihat dari muka bumi. 

Selain memiliki dua lensa iaitu lensa objektif dan lensa okuler, ia direka hanya dengan satu tong teropong dan memerlukan salah satu mata sahaja untuk melihat melalui lensa okuler. 

Teleskop ini mempunyai kemampuan luar biasa untuk melihat objek yang jauh ke atas sehinggakan paparan gelung cincin planet Zuhal kelihatan pada 1610. 

Imej tersebut diterbitkan melalui teleskop milik Galileo Galilei namun pada ketika itu terdapat keraguan dalam mengenal pasti adakah benar cincin tersebut milik planet Zuhal atau tidak.

Gambar: Astrogeartoday.com
Gambar: Astrogeartoday.com

Opticron Adventurer II WP 10x50 

Ini pula sejenis teropong yang mempunyai dua tong dan menggunakan kedua-dua belah mata untuk melihat objek dengan jarak pupil maksimum 57mm hingga 77mm. Ia juga memiliki diameter lensa objektif sebesar 50mm dan berat 771g. 

Kebiasaannya ia digunakan secara kasual seperti memburu di dalam hutan dan ia sesuai digunakan di kawasan sungai kerana alat ini kalis air. Selain itu, ia mempunyai pemegang getah yang akan memberikan cengkaman kuat dan stabil ketika menggunakannya. 

Selain itu, tahap kejelasan dan pendekatan yang ada pada lensa teropong ini dilaraskan secara manual malah panduan ukuran ketinggian dapat dilihat menerusi lensa objektif. 

Tambahan pula, kecerahan dan kontra pada warna yang terpapar pada model ini menghasilkan pandangan yang tidak menyakitkan mata sekali gus membolehkan individu untuk menggunakannya dalam satu tempoh yang lama. 

Dengan mempunyai 10 kali ganda pendekatan, harga bagi sebuah unit teropong ini bernilai kira-kirar RM67,000.

Gambar: meteorologiaenred.com
Gambar: meteorologiaenred.com

Teleskop Hubble 

Ini adalah salah sebuah teleskop berteknologi tinggi. Oleh kerana itu, ia adalah sebuah peralatan yang berada di angkasa lepas dan dinamakan sempena salah seorang pakar astronomi iaitu Edwin Hubble. 

Teleskop Hubble dibangunkan oleh Akademi Sains Nasional Amerika pada 1962. Teleskop ini telah menemukan gambaran bima sakti di ruang angkasa dan mengira kadar putaran angkasa berkembang serta imej bentuk muka bumi dari angkasa. 

Ia telah dilancarkan pada 24 April 1990 melalui pelepasan kenderaan roket angkasawan dan sehingga kini, ia telah menjadi salah satu alat terpenting dalam sejarah astronomi. 

Teleskop yang merakam gambar menggunakan kamera yang dipasangkan bersama akan dihantar terus kepada pihak kajian angkasa lepas NASA bagi tujuan penyelidikan. 

Ia dijaga dengan amat rapi namun setelah beberapa tahun, berlaku situasi di mana imej yang dihasilkan tidak lagi jelas dan kabur. Pihak NASA kemudian menerbangkan pesawat Endeavor sekali lagi pada 1993 untuk memperbaiki lensa yang ada pada teleskop tersebut demi mendapatkan hasil yang sempurna.

Gambar: Breakingdefense.com
Gambar: Breakingdefense.com

Teropong Penglihatan Malam (Night Vision)

Bagi teropong penglihatan malam pula, ia telah diperkenalkan seawal perang dunia kedua pada 1939 oleh tentera Jerman. Ia dicipta oleh seorang ahli fizik bernama Kalman Tihanyi pada 1930 sebelum alat ini dihantar dan digunakan oleh tentera. 

Secara khususnya ia digunakan oleh peninjau kereta kebal Jerman bernama Panther semasa operasi dijalankan. Fungsinya adalah untuk mengesan dan menyerang kedudukan kubu pihak lawan pada waktu malam umpama haiwan yang bergerak dan aktif . 

Kebiasaannya paparan optik lensa akan berwarna hijau menerangi kawasan yang gelap dan ia mampu mengesan haba atau sensitiviti inframerah dalam gelap. 

Kini model teropong ini sudah boleh dimiliki oleh orang ramai terutamanya individu yang gemar memburu pada waktu malam. Namun, alat ini masih digunakan oleh anggota tentera terutamanya pasukan khas dengan teknologi dan kualiti yang lebih tinggi sebagai alat sokongan semasa operasi dijalankan. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini