Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cara Mudah Memohon Pinjaman Kereta Untuk Graduan Baharu

Berikut adalah cara bagaimana anda boleh memohon dan mendapat kelulusan dengan mudah.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahniah! Sekarang anda secara rasminya seorang graduan, anda mungkin telah mendapat pekerjaan dan sekarang mahu membeli kereta pertama anda.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang graduan baharu, mendapatkan kelulusan pinjaman mungkin sukar disebabkan oleh kriteria bank yang ketat. Berikut ialah lima sebab yang biasa mengapa bank mungkin menolak permohonan pinjaman anda. 

 

1. Anda Tiada Skor Kredit

Apabila anda memohon pinjaman kereta, anda pasti akan mendengar istilah Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Credit Tip-Off Service (CTOS). CCRIS diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia, manakala CTOS pula merupakan sebuah agensi swasta.

Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia menggunakan kedua-dua laporan CTOS dan CCRIS untuk menilai skor dan kedudukan kredit anda.

Sebagai graduan baharu, anda mungkin tidak mempunyai skor kredit kerana anda tidak memiliki sebarang pinjaman di bawah nama anda.

Oleh yang demikian, bank tidak dapat menentukan status kewangan anda dan juga membuat keputusan sama ada anda mampu membayar balik pinjaman atau tidak.

Bank akan lebih berhati-hati untuk memberi pinjaman kepada anda kerana mereka tiada jaminan bahawa anda boleh membayar balik jumlah pinjaman yang dimohon.

 

2. Anda Baru Mendapat Kerja dan Tidak Boleh Menyediakan Dokumen yang Diperlukan

Semasa memohon pinjaman kereta, anda perlu menunjukkan dokumen kewangan termasuk slip gaji untuk individu yang bekerja. Kebanyakan bank memerlukan sejarah pekerjaan selama sekurang-kurangnya enam bulan untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil untuk membiayai pinjaman.

Malangnya sebagai graduan baharu, anda mungkin baru mendapat pekerjaan yang pertama.

Ini bermakna anda perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum boleh memohon pinjaman. Dokumen sokongan yang diperlukan termasuklah penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mungkin anda tidak miliki melainkan anda sudah bekerja sebelum ini.

 

3. Nisbah Bayar Hutang (NBH) Terlalu Tinggi

Sekiranya anda telah mengambil kad kredit, ini akan ditunjukkan dalam laporan CCRIS dan CTOS anda.

Daripada laporan tersebut, bank akan merujuk kepada kewajipan kredit ini sebagai komitmen kewangan bulanan anda. Mereka kemudiannya akan mengira Nisbah Bayar Hutang (NBH) anda untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar pinjaman yang lain.

NBH dikira dengan membahagikan komitmen kewangan bulanan anda (pinjaman, kad kredit dan sebagainya) dengan jumlah pendapatan bulanan anda. Ianya penting bagi menentukan keputusan permohonan anda.

Secara asasnya, nisbah ini mengukur sama ada anda mempunyai wang tunai dalam tangan yang cukup untuk mengekalkan gaya hidup selepas menolak komitmen bulanan anda.

Setiap had NBH adalah berbeza mengikut bank. Sebagai contoh, jika had NBH bank ialah 70 peratus, sebarang peratusan NBH melebihi 70 berkemungkinan besar akan ditolak atau tertakluk pada semakan yang lebih ketat. NBH yang sihat adalah antara 30 dan 40 peratus.

 

4. Dokumen Penjamin Anda Tidak Cukup Kukuh

Salah satu cara untuk mengukuhkan permohonan pinjaman anda adalah dengan menggunakan penjamin, iaitu seseorang yang akan terikat secara undang-undang untuk menjelaskan sebarang amaun yang tertunggak jika anda sebagai peminjam utama atau pemohon pinjaman gagal membayar hutang.

Bank lebih cenderung untuk meluluskan permohonan anda sekiranya anda mempunyai penjamin yang kuat. “Kuat” merujuk kepada status kewangan penjamin anda serta kemampuan mereka memberikan komitmen sekiranya anda tidak mematuhi syarat pembayaran balik. Penjamin perlu menyerahkan dokumen pendapatan mereka selain bank akan memastikan kedudukan kewangan mereka dapat diterima.

 

5. Kelulusan Pinjaman Kereta Lebih Sukar Semasa Pandemik

Selain sebab-sebab di atas, kelulusan pinjaman kereta oleh bank menjadi semakin ketat.

Presiden Malaysian Automotive Association (MAA) Datuk Aishah Ahmad berkata pemohon menghadapi tempoh kelulusan yang lebih panjang disebabkan pemberi pinjaman menambah kriteria yang diperlukan untuk kelulusan.

Ini termasuklah sama ada bakal peminjam bekerja dari rumah dan jenis industri yang diceburi oleh mereka.

Situasi ini menyukarkan lagi para graduan untuk membiayai kereta. Mereka yang baru mendapat pekerjaan yang pertama mungkin terpaksa melupakan rancangan mereka untuk memiliki kereta.

Mujurlah Carsome melancarkan produk yang khusus untuk graduan membiayai kereta dengan mudah.

 

Anda Masih Boleh Membeli Kereta Pertama Anda dengan Langkah Mudah Ini

Oleh sebab penolakan permohonan pinjaman untuk graduan, Carsome Capital telah melancarkan penyelesaian yang mudah dan bebas dari masalah di mana graduan baru, atau mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah dalam tempoh lima tahun selepas tamat pengajian, kini dapat membeli kereta pertama mereka.

Ini disebabkan skim ini menerima pemohon graduan yang berumur 35 tahun ke bawah untuk memohon hanya dengan Surat Tawaran Pekerjaan mereka! Anda juga boleh memohon tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun. Ini bermakna bayaran bulanan merupakan jumlah yang anda mampu bayar. Berikut adalah syarat-syarat lengkap:

Memohon dengan Surat Tawaran Pekerjaan: Anda hanya perlu menunjukkan surat tawaran anda bagi membuktikan bahawa anda akan mempunyai pendapatan untuk menyokong pembayaran balik pinjaman. Anda tidak perlu menyediakan dokumentasi pendapatan sehingga enam bulan seperti dengan bank konvensional.

Memiliki sekurang-kurangnya sijil Ijazah: Anda layak selagi permohonan dalam masa lima tahun selepas tarikh tamat pengajian.

Anda hanya memerlukan seorang penjamin keselesaan: Anda boleh memohon dengan ibu bapa anda sebagai penjamin keselesaan tanpa syarat minimum dari segi pendapatan bagi penjamin keselesaan. Ini berbeza dengan penjamin konvensional yang diperlukan oleh bank biasa.

Lesen dan Kad Pengenalan Pemandu (KP): Anda perlu menyediakan KP dan lesen memandu anda. Ibu bapa anda, sebagai penjamin keselesaan, juga perlu menyediakan KP mereka.

Pilihan pinjaman ini terbuka kepada mereka yang membeli kereta Carsome Certified. Jadi, sekiranya anda berminat untuk membeli kereta pertama anda dengan Carsome, layari laman web mereka untuk memilih kereta pilihan hati anda.

Anda boleh membuat janji temu untuk melihat kereta (mereka turut menawarkan janji temu secara maya semasa tempoh kawalan pergerakan) dan jika anda berminat untuk membeli kereta, anda boleh miliki kereta pilihan anda dengan pinjaman kereta Carsome Capital. Caranya sungguh mudah. 

Kami mengucapkan anda selamat membeli dan memandu! - Getaran, 14 Ogos 2021

Rencana ini diinspirasikan daripada “Pinjaman Kereta Ditolak? Inilah Punca & Cara Anda Boleh Membeli Kereta sebagai Graduan Baru” di Carsome.my.

Semua gambar: Ihsan Carsome

Isu Pada

Whulandary โ€“ Puspa Bangsa Di Bumi Malaysia

14 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Inisiatif 'Women Take the Wheel' Tingkatkan Pengalaman Wanita Membeli Kereta

2

TARA 1 tahun yang lalu

Lihat Kereta Idaman Dalam Talian Kemudian Terus Beli Di Pusat Jualan

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini?

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini?

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low โ€“ Saksi