web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lihat Kereta Idaman Dalam Talian Kemudian Terus Beli Di Pusat Jualan

Jenama E-Dagang kereta terkenal tampil dengan ruang fizikalnya dalam bentuk Carsome PJ Automall.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 4:52PM

Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Carsome memang dikenali kerana menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti jual beli kereta, pemeriksaan kereta, pemindahan hak milik sehinggalah urusan pembiayaan kereta dalam talian.

Kini jenama itu tampil dengan ruang fizikalnya dalam bentuk Carsome PJ Automall. 

Dengan kawasan luas, ruangan dalaman premis ini dipenuhi dengan pelbagai perkhidmatan serta dilengkapi dengan stesen pengecasan kenderaan elektrik di bahagian tempat letak kereta.

Syarikat yang membawakan konsep 'Cara Baharu Membeli Kereta' ini memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk membuat pilihan tanpa merasakan apa-apa tekanan.

Ruang baharu ini memberikan pengalaman kepada pelanggan untuk meluangkan masa melihat dan meneliti dalam merancang membeli kereta impian.

Menariknya, di premis ini, terdapat beberapa buah komputer untuk pengunjung melihat senarai pilihan kereta yang ada. 

Kemudian mereka boleh memilih jenis warna, spesifikasi kereta dan lain-lain mengikut kehendak pelanggan. 

Seterusnya pengunjung akan diiringi ke kaunter pendaftaran untuk membuat perbincangan berkaitan kereta yang ingin dimiliki.

Pusat ini memanfaatkan ruangan dalaman untuk pelanggan meninjau lebih daripada 200 buah kereta dengan pelbagai jenama. 

Ia diasingkan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kereta yang ada seperti kategori SUV, MPV, sedan, hatchback sehinggalah kereta mewah.

Selain itu, pelanggan juga dibenarkan untuk masuk dan melihat sendiri ruang dalam setiap kereta termasuk bahagian enjin sebelum sesi pandu uji dilaksanakan.

Perkhidmatan pinjaman bank juga disediakan di premis ini bagi memudahkan pelanggan yang berhasrat untuk terus membuat pembelian kereta. 

Pusat ini juga menjadi tuan rumah kepada rakan kongsi perbankan bersama beberapa bank tempatan terkenal. 

Mereka juga mengadakan kerjasama pintar untuk perincian dan pemasangan cermin gelap kereta dengan beberapa jenama hebat.

Carsome juga telah memperluaskan industri ke arah bidang pendidikan dengan mewujudkan Carsome Academy

Ia bukan sahaja membuka peluang pendidikan, malah mereka juga menawarkan pekerjaan bersama Carsome selepas tamat belajar dengan syarat tertentu. - Getaran, 19 Jun 2022

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Mangsa Ditikam Berulang Kali Dengan 2 Senjata Berbeza - Polis

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa