Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JDT x Aston Martin – Kolaborasi Mantap!

Penyumbang kami, Shazreeq Alhadi berpendapat kolaborasi antara JDT dan jenama automotif antarabangsa, Aston Martin adalah sesuatu yang mengujakan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada tanggal 27 Julai yang lalu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan kerjasama dengan jenama automotif terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia.

Rekaan edisi terhad bertemakan JDT akan dikeluarkan oleh rangkaian kereta terkemuka yang berpangkalan di United Kingdom itu.

Saya rasa langkah ini akan menjadi pemula kepada badan-badan sukan yang lain terutamanya kelab-kelab bola sepak di Malaysia, malahan di Asia sekalipun untuk berkerjasama dengan nama-nama besar antarabangsa untuk meningkatkan reputasi kelab.

JDT, sebuah kelab bola sepak yang diterajui oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ialah bukan calang-calang kelab.

Selain memiliki stadium dan pusat latihan bertaraf antarabangsa, JDT sudah lama menempa nama di peringkat antarabangsa apabila menjuarai Piala AFC pada tahun 2015. JDT juga merupakan wakil Malaysia untuk kejohanan AFC Champions League buat kesekian kalinya.

Kepimpinan TMJ juga adalah sesuatu yang luar biasa dan sukar ditandingi. Antara jenama terkemuka antarabangsa lain yang menjadi penaja dan rakan strategik termasuk UNICEF, Nike, Hublot, Subway, F&N, SWAG EV dan banyak lagi, hasil pimpinan TMJ.

Aston Martin pula, sebuah jenama automotif mewah yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Jenama dari United Kingdom ini sangat sinonim dengan kelajuan, gaya mewah serta prestij.

Aston Martin juga terkenal dengan reka bentuknya yang menawan dan ramai orang menganggap kereta yang dihasilkan oleh syarikat ini sebagai karya seni sejati. Kereta Aston Martin telah menjadi ikon British meskipun ia adalah jenama automobil global.

Pengeluar automotif ini mempunyai sejarah panjang menghasilkan kereta untuk kedua-dua sukan permotoran dan pengguna yang mahukan kereta untuk melambangkan kekuatan, status dan kekayaan mereka.

Apatah lagi, Aston Martin kerap kali ditonjolkan dalam filem aksi perisik British, James Bond. Berikut ialah senarai model Aston Martin yang muncul di filem-filem 007:

Aston Martin DB5

Filem: Goldfinger, Thunderball, GoldenEye, Tomorrow Never Dies, Casino Royale, Skyfall, Spectre

Aston Martin DBS

Filem: On Her Majesty’s Secret Service

Aston Martin V8 Vantage Volante

Filem: The Living Daylights, No Time To Die (akan datang)

Aston Martin V12 Vanquish

Filem: Die Another Day

Aston Martin DBS V12

Filem: Casino Royale, Quantum of Solace

Aston Martin DB10

Filem: Spectre

DBS Superleggera dan Aston Martin Valhalla

Filem: No Time To Die (akan datang)

Sebelum menjalinkan kerjasama dengan JDT, Aston Martin pernah berkerjasama dengan sebuah kelab bola sepak Jerman, 1860 Munich. Ini bermakna JDT adalah kelab pertama di Asia yang akan berkolaborasi dengan Aston Martin.

Kerjasama ini sangat mengujakan peminat automotif dan bola sepak seperti saya.

Ini adalah kolaborasi yang terbaik kerana ia boleh dianggap sebagai 'sempurna' kerana JDT adalah juara Liga Super tujuh kali berturut-turut manakala Aston Martin pula adalah juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.

Terbaik di dalam kelas masing-masing.

Perjalinan hubungan ini juga bukan sahaja dapat membantu pasukan-pasukan lain mendapat tempias reputasi, bahkan ini juga dapat memberi manfaaat kepada JDT, Aston Martin dan negeri Johor sendiri.

Siapa tahu, pelaburan lebih besar nanti akan menanti Johor dan secara amnya, Malaysia.

Menurut laman rasmi JDT, ibu pejabat Aston Martin di UK telah bersetuju untuk mengeluarkan kereta bertema 'JDT Edition' untuk dijual dimana keuntungan dari jualan akan dikongsi antara JDT dan Aston Martin. - Getaran, 7 Ogos 2021

Semua gambar ihsan Aston Martin Racing Asia dan Johor Southern Tigers

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan