Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penghidupan Semula Seni Lestari Red Hong Yi

Seniman ini hasilkan kaleidoskop yang terbuat daripada 24,000 kapsul Nespresso terpakai.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jul 2021 1:19PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertemakan ‘Doing is Everything’, Red Hong Yi telah mempamerkan instalasi seninya yang menzahirkan kelestarian. Ia memberikan kehidupan kedua kepada barangan terpakai. 

Mendapat kerjasama Nespresso Malaysia, sebanyak 24,000 kapsul-kapsul Nespresso terpakai digunakan sebagai medium oleh artis kontemporari ini dan telah dipamerkan di Butik Nespresso di The Gardens Mall.

Kolaborasi ini bertujuan bagi mengetengahkan kepentingan kitar semula dan memperjelaskan bahawa semua orang, termasuk penggemar kopi, memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesan positif terhadap dunia dan alam sekitar. 

Diberi nama ‘Kaleidoscope’, instalasi seni ini terdiri daripada tujuh panel bercermin yang menggambarkan konsep ‘lakukan segalanya’. Red memperlihatkan kraf dan ketelitiannya dalam menyusun kapsul Nespresso di posisi tertentu bagi memberi ilusi permainan teropong ini. 

Ia menyampaikan mesej yang barangan terpakai itu layak mempunyai kehidupan kedua dengan mempamerkan hasil seni yang secantik itu. Instalasi seni ini berukurun 1.46m dengan berat 70kg, menjelmakan konsep amalan kitar semula yang berterusan, yang patut diamalkan semua.

“Saya berbesar hati diberi peluang bekerja bersama Nespresso. Ia sentiasa menggalakkan kita mengitar semula. Ia satu pengalaman yang unik kerana saya dapat memberi makna kepada kehidupan kedua kapsul-kapsul terpakai ini menjadi satu karya seni.”

“Saya percaya setiap orang memainkan peranan penting dalam membawa perubahan terhadap planet kita. Melalui tindakan kita sehari-hari, saya pasti kita akan selangkah lebih dekat ke arah lestari,” kata Red Hong Yi. 

Pegawai Eksekutif Nespresso Malaysia, Floriane Novello berkata, “Kelestarian adalah tunjang kepada setiap perkara yang kami lakukan di Nespresso. Kami membina syarikat, produk dan amalan atas asas yang mudah iaitu setiap cawan Nespresso perlu mempunyai impak positif.”

“Sejajar dengan konsep ‘Doing is Everything’, setiap tindakan kecil yang dilakukan secara berterusan bakal menyumbang ke arah sasaran yang lebih besar. Kami berasa gembira bekerjasama dengan Red untuk projek lestari dan kitar semula ini.”

“Sangat mengagumkan, Red mampu menghidupkan dua mesej ini melalui karya seninya. Melalui instalasi seni ini, kami harap semua orang akan menyertai kami dalam usaha untuk mengurangkan, menggunakan dan mengitar semula, sambil menikmati kopi kami,” ucapnya. 

 

Usaha seluruh dunia untuk meningkatkan kadar kitar semula

Sampai hari ini, Nespresso telah mencapai 30% kadar kitar semula global dan masih berusaha meningkatkan peratusan tersebut. Sejak 2014, syarikat kopi perdana ini telah melabur lebih CPH 185 juta dalam program kitar semula di 53 negara seluruh dunia. 

Pada 2020, Nespresso memperkenalkan kapsul kopi pertama dalam pasaran yang dihasilkan menggunakan 80% aluminium kitar semula sebagai sebahagian daripada inisiatif meminimumkan bahan buangan dan memaksimumkan penggunaan semula bahan produk.

Pada 2021, Nespresso mensasarkan untuk mempunyai kapsul kopi yang diperbuat sepenuhnya dengan aluminium kitar semula dan semua mesin kopi dijual dalam pembungkusan yang dihasilkan daripada 95% bahan kitar semula. 

 

Kitar semula di Malaysia: Usahasama setiap orang

Di Malaysia, Nespresso menggalakkan pengguna untuk menyertai kempen kitar semulanya ini. Anda boleh menghantar kapsul terpakai anda ke Butik Nespresso di Gardens Mall atau 1 Utama Shopping Centre. 

Anda juga boleh menyerahkan beg kapsul terpakai kepada wakil Nespresso semasa penghantaran pesanan kopi anda yang seterusnya menerusi inisiatif Recycling@Home. Hampas kopi dalam kapsul terpakai ini akan dihantar ke ladang organik tempatan untuk dijadikan baja kompos. 

Melalui usaha ini, setiap satu kapsul Nespresso yang dihantar oleh pengguna akan dimanfaatkan sepenuhnya, memaksimumkan sumbangan positif kepada komuniti di samping meminimumkan bahan buangan supaya planet kita kekal terjaga dan mampan untuk generasi mendatang.

Layari Nespresso Malaysia untuk maklumat selanjutnya. - Getaran, 24 Julai 2021

Semua gambar: Nespresso Malaysia

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Hantar Gajet Lama, Rosak Ke Pusat Pengumpulan E-sisa MCMC - Teo

4

TARA 10 bulan yang lalu

Kisah Hidup Kopi Di Sungai Kivu, Congo Kembali Dihidupkan Dalam Program Nespresso Reviving Origins

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan