Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Hidup Kopi Di Sungai Kivu, Congo Kembali Dihidupkan Dalam Program Nespresso Reviving Origins

Pencinta kopi perlu bawa diri ke Hotel M untuk menikmati seleksi hidangan memikat selera yang mempersembahkan Nespresso Professional’s Limited Edition Congo Organic.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 8:00PM

Barisan menu bertemakan Nespresso Professional’s Limited Edition Congo Organic yang yang menyerlahkan semangat pemulihan dan kemampanan. - Gambar Nespresso

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Negara Republik Demokratik Congo (RDC) yang terletak di pantai barat Afrika Tengah di barat Sungai Congo mempunyai sejarah yang cukup lama dengan hasil pengeluaran kopi. 

Bahkan, industri kopi di Congo tersebut telah dinasionalisasikan pada era tahun 1970-an dan pada era tahun 1980-an, ia kekal menjadi salah satu bahan eksport utama di negara tersebut. 

Namun, saat memasuki era 1990-a dan 2000-an, industri kopo menyaksikan penurunan mendadak dalam pengeluaran Congo. Banyak faktor yang mencetus kepada penurunan tersebut, antaranya, kemelut politik yang tiada kesudahan dan ekonomi yang tidak menentu.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Walaupun ada usaha untuk memulihkan pengeluaran Kopi Congolese pada tahun 2012, namun hingga hari ini, sukar untuk mengetahui jumlah sebenar kopi yang dihasilkan oleh RDC. 

Kes penyeludupan kopi dalam kuantiti yang banyak di negara jiran adalah hal yang cukup biasa dan kopi tida  dijual sebagai produk RDC. 

Disebabkan situasi yang tidak konsisten dari sudut memenuhi permintaan dan ketersediaan, sukar untuk menikmati cawan yang penuh dengan kopi dari Congo. 

Begitupun, penglibatan sektor swasta dalam industri kopi Congelese menawarkan harapan bahawa akan ada konsistensi yang lebih besar pada masa akan datang.

Dalam usaha untuk melindungi kopi dari RDC  yang digemari ramai, Nespresso memulakan perjalanan jangka panjang melalui Nespresso Reviving Origins untuk memulihkan komuniti dan produksi kopi yang semakin menghilang di negara tersebut. 

Ketidakstabilan politik dan ekonomi yang dialami bertahun-tahun telah menyebabkan banyak ladang di Republik Demokratik Congo, termasuk ladang kopi, ditinggalkan.

Tahun ini, Nespresso Professional’s Limited Edition Congo Organic kembali dalam tempoh masa  untuk menyampaikan detik kopi yang tidak dapat dilupakan kepada  penggemar kopi yang menghargai secawan kopi citarasa mewah negara itu yang dipenuhi dengan rasa aromatik buah-buahan dan sedikit kemanisan bijirin dan dan kacang. 

Program Nespresso Reviving Origins diwujudkan untuk membantu golongan petani di kawasan Tasik Kivu, memberi mereka peluang untuk menghidupkan semula kisah kopi yang luar biasa. Kisah asal-usul kopi ini menjadi tambah menarik apabila biji kopi ditanam di tanah gunung berapi yang subur  bersempadan dengan kawasan Sungai Kivu di sebelah timur Congo.

Untuk meraikan kepulangan semula kopi hebat ini, Nespresso bekerjasama dengan M Resort & Hotel Kuala Lumpur untuk menghasilkan barisan menu bertemakan Nespresso Professional’s Limited Edition Congo Organic yang yang menyerlahkan semangat pemulihan dan kemampanan.

1)  Quackling Delight - (RM45 bersih)

Quackling Delight - Gambar Nespresso
Quackling Delight - Gambar Nespresso

Quackling Delight meneroka kelazatan dada itik rangup yang diperap dengan Nespresso Congo Organic. Perapan kopi istimewa ini memberikan protein tekstur yang unik dan lembut, ditambah lagi dengan bahan-bahan yang menarik seperti jeruk timun, filo garing, puri labu dan minyak selasih. Sos kopi melengkapkan hidangan dan memberikan pengalaman gastronomi yang menarik.

2) Te-rib-fic (RM110 bersih)

Te-rib-fic - Gambar Nespresso
Te-rib-fic - Gambar Nespresso

Sesuai dengan namanya, Te-rib-fic menonjolkan kelembutan dan kemewahan rasa daging tulang rusuk. Setiap gigitan mendedahkan nota aromatik buah dan bunga yang tersendiri daripada Nespresso Congo Organic. Ia didatangkan dengan gorgonzola polenta yang berkrim dan masam, sayuran dan sudah semestinya sos kopi untuk membangkitkan rasa.

3) Wooly Wonder (RM120 bersih)

Wooly Wonder - Gambar Nespresso
Wooly Wonder - Gambar Nespresso

Penggemar kambing, anda patut cuba hidangan yang satu ini. Dengan Wooly Wonder, anda akan temui rasa yang diharmonikan dengan sempurna. Sentuhan rasa kopi dan kambing memberikan rasa yang unik sehingga membuatkan pengalaman menjamu selera anda cukup menggembirakan. Menu ini dihidangkan bersama lobak merah, bawang putih tumbuk, dan sos yang diselitkan dengan kopi.

4) Congo Organic-infused Tai Tai Afternoon Tea Set (RM138 bersih)

Congo Organic-infused Tai Tai Afternoon Tea Set - Gambar Nespresso
Congo Organic-infused Tai Tai Afternoon Tea Set - Gambar Nespresso

Jadual kerja atau rutin harian yang sama membuatkan kita sentiasa punya sebab untuk berehat seketika dengan menikmati hidangan minum petang yang menyelerakan. Congo Organic-infused Tai Tai Afternoon Tea Set untuk dua orang ini mempersembahkan seleksi hidangan yang merupakan gabungan sempurna hidangan manis dan savoury. Semua pastri yang cantik dipadankan dengan dua cawan kopi Nespresso Limited Edition Congo Organic.

Set hidangan minum petang Quackling Delight, Te-rib-fic dan Wooly Wonder boleh dinikmati dari 15 hingga 30 Jun 2023, manakala Congo Organic-infused Tai Tai Afternoon Tea Set tersedia selama sebulan, iaitu mulai 15 Jun 2023 dan seterusnya. 

Penggemar kopi boleh menikmati menu bertemakan kopi ini di Hive Bar & Lounge dan Fairway Coffee House, yang terletak di M ​​Resort & Hotel Kuala Lumpur. - Getaran, 18 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Gabungan Kopi Penuh Bergaya Dan Memukau, Nespresso Bersama Chiara Ferragni

2

TARA 1 tahun yang lalu

Gandingan Hebat Jenama Kopi Dan Pereka Fesyen Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

3

TARA 1 tahun yang lalu

Bangkitkan Semangat Dengan Kopi Tropika Dan Mantra Positif

4

Selera 2 tahun yang lalu

Nikmati Secawan Kopi Inspirasi Budaya Miami

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara