Berita Terkini

1 jam yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 1 jam yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 1 jam yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 1 jam yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 1 jam yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Gabungan Kopi Penuh Bergaya Dan Memukau, Nespresso Bersama Chiara Ferragni

Nespresso Kolaborasi Nespresso bersama ikon fesyen Itali, Chiara Ferragni dengan menghasilkan kopi rangkaian Ispirazione Italiana, Milano Intenso bersama aksesori dan mesin edisi terhad.

TARA Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 4:38PM

Chiara Ferragni - Gambar ihsan Nespresso

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin berat bagi segelintir individu untuk memikirkan gabungan dunia kopi bersama dunia fesyen.

Namun, Nespresso sekali lagi menghasilkan kolaborasi dengan penuh gaya bersama ikon fesyen Itali, Chiara Ferragni bagi mewarnai cita rasa penggemar minuman kopi.

Ferragni bersama Nespresso telah menghasilkan sebuah koleksi edisi terhad dalam mengembangkan lagi rangkaian Ispirazione Italiana
Ferragni bersama Nespresso telah menghasilkan sebuah koleksi edisi terhad dalam mengembangkan lagi rangkaian Ispirazione Italiana

Diinspirasikan oleh rasa lazat dan tradisi kopi serantau Itali, Ferragni bersama Nespresso telah menghasilkan sebuah koleksi edisi terhad dalam mengembangkan lagi rangkaian Ispirazione Italiana dengan pelancaran kopi Milano Intenso.

Bukan itu sahaja, ia termasuklah aksesori serta sebuah mesin kopi eksklusif bagi memberi penghormatan kepada suasana bandar dan tempo kontemporari bandar Milan. 

Menurut Ferragni, koleksi kali ini adalah bagi memperlihatkan kreativiti dan budaya Milan dalam menghasilkan kopi khas buat pencinta minuman tersebut.

"Rangkaian terbaharu ini diilhamkan oleh kreativiti dan budaya Milan yang kaya dan saya sangat gembira dapat menghasilkan kopi yang penuh kelazatan dengan aksesori dan mesin yang cantik untuk dinikmati para penggemar kopi di mana sahaja mereka berada," katanya.

Milano Intenso menghidupkan deria rasa dengan kombinasi klasik biji kopi panggang dan koko
Milano Intenso menghidupkan deria rasa dengan kombinasi klasik biji kopi panggang dan koko

Penambahan edisi terhad rangkaian dinamakan Milano Intenso ini memiliki intensiti sehingga tahap 8, jadi penulis sebagai penggemar minuman berasaskan kopi mencubanya sendiri dalam bentuk racikan espresso tanpa gula.

Ya, ia tidak terlalu keras dan amat disarankan untuk minum ketika waktu petang secara santai bersama kawan-kawan. Aroma kopi yang dipanggang secara sederhana dapat menenangkan pemikiran anda. 

Selain itu, ia menghidupkan deria rasa dengan kombinasi klasik biji kopi panggang dan koko, peminum kopi akan dapat merasai roti dan coklat gelap dengan dalam satu masa untuk setiap hirupan.

Menurut Nespresso, mereka mengesyorkan kopi ini dinikmati sebagai kopi kapucino, di mana nota-nota lada, beri dan buah-buahan dapat dirasai. Tidak rasa berpuas hati, penulis mencuba sekali lagi Milano Intenso dalam jenis racikan kapucino.

Sejujurnya, walaupun penulis amat gemar memilih racikan espresso dalam minuman kopinya, ya kopi Milano Intenso lebih tepat digunakan bersama racikan kapucino.

Ia lebih mengeluarkan rasa pahit buah kopi yang lebih menyerlah ditambah lagi dengan elemen susu segar yang lemak, sungguh mantap. Anda patut mencubanya seperti peminum kopi professional ‘sip by sip’.

Mesin kopi Nespresso CitiZ edisi terhad ini memberikan penghayatan budaya Itali yang direka dengan elegan - Gambar oleh Izwan Ramlan
Mesin kopi Nespresso CitiZ edisi terhad ini memberikan penghayatan budaya Itali yang direka dengan elegan - Gambar oleh Izwan Ramlan

Beralih kepada koleksi aksesori dan mesin, mesin kopi Nespresso CitiZ edisi terhad ini memberikan penghayatan budaya Itali yang direka dengan elegan.

Rugi rasanya jika penggemar kopi tidak mendapatkan Koleksi edisi terhad yang disekalikan bersama satu set edisi terhad cawan espresso berwarna hitam dan emas matte. Memang bergaya!

Ia dibaluti karya seni menarik yang mengingatkan kepada Villa Necchi Campiglio di Milan dan sesuai digunakan untuk menikmati rangkaian kopi Ispirazione Italiana Nespresso, termasuklah Milano Intenso. 

Pelbagai jenis kapsul kopi Nespresso - Gambar oleh Izwan Ramlan
Pelbagai jenis kapsul kopi Nespresso - Gambar oleh Izwan Ramlan

Jadi kepada coffee lovers, pastikan anda menikmati kopi Ispirazione Italiana Milano Intenso dengan harga RM 3.20 per kapsul.

Anda juga boleh membawa pulang mesin kopi Nespresso CitiZ dengan harga RM999 manakala set dua cawan espresso berwarna hitam dan emas matte pula pada harga RM159.

Dapatkan juga kopi Ispirazione Italiana yang lain seperti Napoli, Kazaar Ristretto dan Arpeggio di premis Nespresso berdekatan anda - Gambar oleh Izwan Ramlan
Dapatkan juga kopi Ispirazione Italiana yang lain seperti Napoli, Kazaar Ristretto dan Arpeggio di premis Nespresso berdekatan anda - Gambar oleh Izwan Ramlan

Dapatkan juga kopi Ispirazione Italiana yang lain seperti Napoli, Kazaar Ristretto dan Arpeggio di premis Nespresso berdekatan anda.

Koleksi edisi terhad tersebut boleh didapatkan di The Gardens Mall, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, 163 Retail Park, Mont Kiara and Gurney Plaza, Penang selain melalui aplikasi mudah alih Nespresso atau laman web rasmi Nespresso www.nespresso.com. - Getaran, 18 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 bulan yang lalu

Gandingan Hebat Jenama Kopi Dan Pereka Fesyen Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

2

TARA 5 bulan yang lalu

Scha Dan Awal Duduk Sebaris Bersama Lee Min Ho Di Pertunjukan Fesyen Milan

3

TARA 8 bulan yang lalu

Bangkitkan Semangat Dengan Kopi Tropika Dan Mantra Positif

4

Selera 1 tahun yang lalu

Nikmati Secawan Kopi Inspirasi Budaya Miami

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

3

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis