Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bangkitkan Semangat Dengan Kopi Tropika Dan Mantra Positif

Kopi mempunyai aroma tersendiri yang mampu meningkatkan konsentrasi semasa menjalankan aktiviti harian. Ayuh, bangkitkan semangat positif dengan resipi-resipi kopi tropika baharu ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 8:07PM

Gambar ihsan Nespresso

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun ada segudang fakta diberikan supaya tidak mengambil kopi (kafein) terlalu banyak dalam sehari, pencinta kopi juga punya segunung alasan untuk menikmati kopi untuk berasa lebih bahagia. 

Menurut sebuah penelitian yang dilakukan oleh Journal of Enviromental Psychology, aroma yang dihasilkan oleh kopi ternyata dapat meningkatkan konsentrasi dan membuat seseorang lebih fokus ketika melakukan sebarang aktiviti. 

Ini kerana kopi mengandungi sebatian yang dapat mempengaruhi rasa dan bau suatu makanan atau minuman. Kita tentu menyukai aroma yang dapat membuat kita relaks dan tenang. 

Jadi, kerana itulah pencinta kopi tidak mungkin dapat meninggalkan minuman ini dalam diet harian. Kopi yang mempunyai aroma tersendiri juga mampu membuat otak lebih  tenang dalam menjalankan aktiviti harian.

Jenama kopi kapsul kegemaran ramai, Nespresso membawakan detik positif dan feel-good kepada para penggemar kopi di Malaysia menerusi rangkaian kopi Barista Creations for Ice dan resipi-resipi kopinya yang direka dengan teliti. 

Diilhamkan oleh keenakan rasa tropika dan minuman kebangsaan Brazil, Caipirinha dengan gandingan limau nipis dan pudina, maka terhasillah kopi Barista Creations Liminha over Ice baharu yang cukup menyegarkan. 

Warna kuning lemon dan cetakan daun tropika yang menghiasi corak musim panas Nespresso yang terkini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada kesemarakan landskap Brazil, yang bakal menyatukan penggemar kopi menerusi semangat yang positif dan aura yang baik.

 

Ritual positif

Kempen yang mengetengahkan aura positif Brazil ini menggalakkan penggemar kopi untuk memperbaharui rutin kehidupan mereka dan memulakan rutin positif baharu untuk membantu merealisasikan aspirasi mereka, menerusi set amalan kesejahteraan yang dikenali sebagai ‘Summer Rituals’. 

Ritual yang bertujuan menawarkan inspirasi dan panduan positif ini terdiri daripada amalan-amalan kesejahteraan yang boleh dipraktikan termasuklah Sip & Shine (menyediakan diri untuk menjalani kehidupan harian), Sip & Breathe (memupuk hubungan dengan diri sendiri), Sip & Escape (mendekati alam semula jadi), dan Sip & Bloom (mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan dan orang di sekeliling), di mana semuanya membawa kepada rutin dan gaya hidup yang lebih baik. 

Ritual ini akan disampaikan sepanjang kempen ini menerusi mantra positif, resipi kopi dan kandungan lain berkaitan dengan kehidupan yang sihat.

Nespresso percaya bahawa ini adalah masa yang ideal untuk memulakan rutin baharu, sama ada dengan menikmati secawan espresso di pagi hari di samping amalan yoga, atau dengan segelas kopi ais yang menyegarkan sambil merenung kembali dan menulis jurnal, di mana kopi merupakan elemen asas yang membantu mengekalkan ritual yang membangkitkan semangat ini.

Coconut Flavour over Ice
Coconut Flavour over Ice

Lebih menarik lagi, Nespresso kini berkolaborasi dengan personaliti antarabangsa terkenal dari Brazil, Alessandra Ambrosio, yang akan mewakili kempen ini dalam mencerminkan mantra positif dan ritual-ritual yang meningkatkan semangat ini. Alessandra Ambrosio sememangnya sentiasa menggalakkan gaya hidup sihat dan seimbang. 

“Musim panas adalah masa yang paling saya sukai sepanjang tahun dan sebagai orang Brazil, saya berasa bangga kerana dapat mewakili kempen yang diilhamkan oleh negara asal saya.

“Saya amat menyukai konsep kempen ini di mana kopi menandakan detik-detik penting yang dilalui sepanjang hari.  Saya berasa amat teruja kerana dapat turut serta dalam kempen yang penuh semangat ini,” ulas Alessandra Ambrosio.

 

Campuran kopi menyegarkan untuk mengelak bahang

Tahun ini, rangkaian Nespresso Barista Creations for Ice membawakan sensasi limau nipis dan daun pudina tropika sebagai tambahan yang menyegarkan untuk membantu mengelak bahang cuaca panas.

Bagi menawarkan aura musim panas di Brazil, Liminha over Ice dihasilkan dengan ilham perisa Brazil dengan nota rasa limau nipis dan daun pudina menerusi kopi yang dipanggang ringan dari serata dunia.

Liminha over Ice
Liminha over Ice

Kombinasi tropika klasik yang digandingkan bersama Arabica dengan unsur buah-buahan yang ringan menimbulkan rasa manis seakan lemon serta bayangan kepahitan kopi ini begitu sesuai dinikmati dengan ais.

Kopi baharu ini boleh didapati bersama kopi Barista Creations for Ice, Coconut Flavour over Ice yang terkenal dan Barista Creations for Ice yang bermusim – Freddo Intenso dan Freddo Delicato – yang kini kembali khususnya buat para penggemar kopi.

Freddo Intenso dan Freddo Delicato
Freddo Intenso dan Freddo Delicato

Barista Creations for Ice sebaiknya disediakan dengan satu kapsul kopi (espresso, 40ml) dituang atas segenggam kiub ais (90g) dan diikuti dengan air sejuk dan susu sejuk (90ml) supaya nota rasanya benar-benar menonjol. 

Nespresso meneliti parameter panggang dan kisar bagi setiap campuran, untuk memastikan rasa dan kualiti kopi tetap berada di tahap terbaik walaupun setelah ais cair.

Dengan hanya satu sentuhan butang pada mesin kopi Nespresso (Nespresso Atelier atau Nespresso Essenza Mini) penggemar kopi boleh merasai detik feel-good pada musim panas ini.

Untuk menyemarakkan lagi detik-detik kopi, Nespresso mencipta resipi kopi ais yang inovatif untuk dinikmati dalam cuaca panas di Malaysia, iaitu Brazilian-Inspired Mocktail, Liminha Over Ice Refresher, Coconut Flavour Over Ice Coffee Frappé , Freddo Intenso Fig Banana Shake dan Freddo Delicato Maracujá Frappé  bagi pengalaman kopi yang menyegarkan.

Resipi-resipi tersebut boleh didapati di laman web rasmi Nespresso.

Rangkaian Barista Creations for Ice kini boleh didapati di Butik Nespresso di The Gardens Mall, 1 Utama Shopping Centre, IOI City Mall, Pavilion Kuala Lumpur dan Gurney Plaza, Pulau Pinang; serta menerusi aplikasi mudah alih Nespresso dan laman web rasmi Nespresso. - Getaran, 25 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Neymar Akan Jalani Pembedahan Selepas Cedera ACL

2

Semasa 6 bulan yang lalu

PLKN 3.0 Terima Respon Positif, Terapkan Juga Persediaan Hadapi Krisis Kesihatan Mental

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Patutlah Samseng, Positif Dadah Rupanya...

4

TARA 8 bulan yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan