web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gandingan Hebat Jenama Kopi Dan Pereka Fesyen Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

Meriahkan perayaan Tahun Baru Cina dengan koleksi edisi terhad kopi, mesin dan aksesori Nespresso X Angel Chen.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 4:00PM

Sempena Tahun Arnab ini, Nespresso berganding bahu dengan pereka fesyen Angel Chen untuk mempromosikan koleksi edisi terhad Tahun Baru Cina bagi memeriahkan suasana - Gambar ihsan Nespresso

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemeriahan musim perayaan kini diteruskan dengan mengalu-alukan kedatangan Tahun Baru Cina yang hanya tinggal kurang dari tiga minggu. Seperti kebanyakan produk kegemaran yang lain, Nespresso juga tidak ketinggalan membawakan sesuatu yang istimewa untuk dikongsi bersama kenalan dan kaum keluarga. 

Sempena Tahun Arnab ini, Nespresso berganding bahu dengan pereka fesyen Angel Chen untuk mempromosikan koleksi edisi terhad Tahun Baru Cina bagi memeriahkan suasana. 

Koleksi yang dipersembahkan bertujuan untuk menggalak penggemar kopi bertemu khususnya untuk terus berhubungan dengan rakan dan taulan sambil menikmati secangkir kopi berkualiti menjelang tahun baru. 

Nespresso X Angel Chen memaparkan ciri kesepaduan rekaan tampal motif arnab – interpretasi kreatif dan ceria terhadap haiwan ini yang sering dikaitkan dengan simbol anggun, bijak serta lambang permulaan yang baharu. 

Diperbuat daripada bahan sulam tangan dan renda koleksi Angel Chen serta beg jut Nespresso yang dikitar semula, rekaan tampal cantum ini menarik dan pragmatik dalam memberikan wajah baru sambil menjadi lambang kepada sahabat dan taulan berkumpul merai detik istimewa tahun ini. 

Bahan kitar semula ini akan dipamerkan di Nespresso Boutique di The Gardens Mall sempena musim perayaan ini.

Seandainya anda sememangnya bercadang untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada orang yang tersayang, koleksi edisi terhad ini adalah jawapannya. Ini kerana ia membariskan pelbagai pilihan hadiah termasuk kopi berkualiti, mesin dan aksesori edisi rekaan terhad Tahun Baru Cina. 

“Kami teruja kerana dapat menerokai idea baharu, dan tahun ini kami ingin meraikan kemewahan warisan, tradisi turun-temurun dan masa berhimpun dengan sahabat handai dan sanak saudara. 

“Kolaborasi terbaharu ini bagi kami adalah sesuatu yang melangkau sempadan kreativiti dan memberi penuh makna serta pentafsiran moden kepada perayaan tahun arnab, khususnya buat semua penggemar kopi”, ulas Ketua Pegawai Jenama Nespresso, Melanie Brinbaum.

Sementara itu, pereka Angel Chen turut menjelaskan dia membuat banyak penyelidikan mengenai bahan dan kaedah tampal cantum sebelum menghasilkan rekaan eksklusif bersama Nespresso. 

“Kolaborasi ini adalah kerjasama amat paling istimewa dan kreatif untuk saya. Disebabkan tema rekaan berkisar tahun arnab, jadi saya membuat banyak penyelidikan kajian mengenai bahan dan kaedah tampal cantum atau patchwork.”

“Selain itu, saya juga mendapat ilham selepas membuat lawatan ke butik Nespresso di mana saya dapati betapa cantiknya rekaan berasas kapsul kopi kitar semula. Seronok apabila mendapat  kebebasan sepenuhnya untuk mengolah warna serta mengadun rekaan tampal dan cantum bertemakan arnab,” ujar Angel. 

 

Resipi hebat tanda permulaan lebih bermakna 

Diilhamkan daripada musim perayaan serta menggabungkan bahan-bahan kegemaran Angel Chen seperti limau bali, maka terciptalah dua resipi perisa istimewa khusus bagi memenuhi citarasa berbeza penggemar kopi. 

Sama ada sebagai penutup jamuan makan bersama dengan keluarga atau minuman petang bersama teman, resipi-resipi ini pasti dapat menjadikan perayaan Tahun Baru Cina kali ini lebih seronok lagi bermakna. 

Nikmati hirupan berperisa kerangupan lemak kacang The Peanut Mocha yang diperbuat daripada Nespresso Master Origins Nicaragua, susu, sirap coklat, mentega kacang dan kacang pistachio. 

The Peanut Mocha
The Peanut Mocha

Kacang dan pistachio adalah snek popular ketika perayaan tahun baru dan selalunya dikaitkan dengan nasib yang baik dan kebahagiaan. Jamulah tetamu dengan secangkir kopi berkrim yang enak dihidang dengan seni ceria 3D latte arnab untuk menyerlah kemahiran barista anda – dengan bantuan Aeroccino 3. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan:

1x kapsul Master Origins Nicaragua 

3 ml sirap coklat

2 gram mentega kacang

120 ml susu

Kacang pistachio

Alatan Nespresso:

Cawan VIEW Cappuccino (180ml)

Aeroccino 3 (pembuih susu)

Cara penyediaan:

1. Tuang 3 ml sirap coklat dan tambahkan 2 gram mentega kacang ke dalam Cawan VIEW Cappuccino.

2. Masukkan ekstrak 40ml Master Origins Nicaragua ke dalam Cawan VIEW Cappuccino.

3. Tuang 120 ml susu ke dalam Aeroccino 3 untuk buih susu panas and masukkan ke dalam Cawan VIEW Cappuccino.

4. Serlahkan kreativiti dan cuba lukiskan imej arnab 3D dengan buih susu. Sudahi dengan sirap coklat di atasnya dan hidang.

5. Taburkan sedikit kacang pistachio di sekeliling arnab 3D dan nikmati kemewahan rasanya.

Satu lagi resipi enak yang dipersembahkan oleh Nespresso ialah Sweet Reunion. Minuman yang dicipta untuk meraikan saat manis dan gembira ketika berhimpun dengan orang tersayang. 

The Sweet Reunion
The Sweet Reunion

Kombinasi World Explorations Shanghai Lungo, jus epal, jem madu limau bali dan hirisan epal menghasilkan minuman yang memberi kesegaran buah-buahan. Sebutan limau bali dalam bahasa Cina mirip bermakna ‘berkat’ manakala  bentuk bulat buahnya melambang ‘keluarga berhimpun’. 

Bagi kepercayaan orang Cina, limau bali dikaitkan dengan ‘berkat rumah tangga’. Penggunaan limau bali adalah saranan Angel Chen kerana ia ramuan buah kegemaran beliau. Jom ikuti resepi berikut untuk pengalaman rasa yang diidamkan.

Bahan-bahan:

1 biji kapsul World Explorations Shanghai Lungo 

1 sudu kecil jem madu limau bali

80 ml jus epal

3 ketul kiub ais (30g setiap satu)

Beberapa keping hirisan epal

Alatan Nespresso

Gelas VIEW Recipe (350ml)

Cara penyediaan:

1. Masukkan 1 sudu kecil jem madu limau bali ke dalam Gelas VIEW Recipe.

2. Tuang 80 ml jus epal dan tiga kiub ais ke dalam Gelas VIEW Recipe.

3. Masukkan ekstrak 110 ml Shanghai Lungo ke dalam Gelas VIEW Recipe.

4. Hias dengan beberapa hirisan epal dan sedia dihidangkan.

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendapatkan koleksi Tahun Baru Cina ini, anda boleh layari www.nespresso.com  - Getaran, 7 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini