web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:36AM

Ab Rauf bersama tetamu kenamaan menggaul Yee Sang pada sambutan Tahun Baharu Cina malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Konsep mesra penjaja yang diketengahkan pada sambutan Tahun Baharu Cina Negeri Melaka malam ini, menarik kehadiran lebih 30,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Lebih istimewa, buat julung kalinya sambutan yang dimulakan dengan tarian singa dan naga serta paluan gendang itu, dianjurkan secara terbuka di Jonker Walk.

Keterujaan pengunjung juga terserlah, apabila mula membanjiri perkarangan perkarangan Pentas Utama Jonker Walk seawal 5 petang, dengan majlis perasmian disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama memeriahkan sambutan, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datin Radiahtun Malkam, serta barisan kepimpinan negeri yang bersama-sama mengaul Yee Sang, iaitu simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran bagi masyarakat Tionghua.

Sambutan yang bermula pada 8 malam itu, turut dimeriahkan pelbagai segmen persembahan bagi menghiburkan pengunjung tempatan serta pelancong asing.

Antara pengisian persembahan menerusi segmen tersebut seperti Orkestra Tradisional Cina oleh Persatuan Teo Chew Melaka, Sketsa Peranakan, Paluan Gendang 24 Musim, serta persembahan wushu.

Sambutan menampilkan konsep mesra penjaja dengan melibatkan 323 penjaja itu, turut memeriahkan suasana, yang mana kerajan negeri menghadiahkan kupon makanan bernilai RM15 kepada 10,000 orang terawal, untuk membeli makanan di sepanjang Jonker Walk.

Di samping persembahan, laluan hampir satu kilometer di sekitar Jonker Walk turut dihiasi dengan tanglung, lampu hiasan serta sembilan replika naga, yang menjadi simbol zodiak bagi tahun ini.

Ab Rauf dalam ucapan aluannya berkata, pertemuan pada malam ini, merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

"Kita semua berkongsi di bawah satu payung yang sama, iaitu keluarga Malaysia MADANI yang amat signifikan dengan unsur keharmonian dan kesejahteraan rakyat, untuk sama-sama berganding bahu.

"Saya menyeru kepada pemimpin dan rakyat mengekalkan nilai toleransi, perpaduan dan kerjasama antara kaum, bagi meneruskan keharmonian agar pembangunan negara dapat dipacu bersama," kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

oleh Rahayu MN