web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikmati Secawan Kopi Inspirasi Budaya Miami

Kopi edisi terhad ini merangkumi kekayaan warisan Hispanik Miami dalam secawan kopi dan menjemput penggemar kopi untuk menikmati kemewahan rasa kopi Amerika Latin dan Caribbean yang kuat.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2022 3:16PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar kopi kini boleh menikmati secawan kopi yang diinspirasikan daripada budaya kopi tempatan Miami dengan edisi terhad Nespresso World Explorations Miami Espresso. Mungkin ada tidak tahu bahawa penduduk Miami menghirup secawan kopi sebagai cara untuk meraikan kehidupan.

Inilah yang ingin dipersembahkan oleh Nespresso World Explorations Miami Espresso kepada penggemar kopi. 

Kopi edisi terhad ini merangkumi kekayaan warisan Hispanik Miami dalam secawan kopi dan menjemput penggemar kopi untuk menikmati kemewahan rasa kopi Amerika Latin dan Caribbean yang kuat.

Nespresso World Explorations Miami Espresso diilhamkan untuk membawa setiap penggemar kopi menerokai pelbagai budaya kopi tempatan dari seluruh dunia, dengan satu sentuhan butang dari rumah anda sendiri.

Dimanfaatkan daripada kepakaran dan semangat Nespresso, koleksi World Explorations mempersembahkan beberapa bijian kopi terbaik yang telah dipertingkatkan dengan teliti demi menghasilkan secawan kopi yang asli dan mewah dengan rasa. 

Terokai Miami dengan Nespresso World Explorations Miami Espresso

Jika anda pernah melawat Miami, pasti anda menyedari tentang kewujudan berpuluh-puluh tingkap kecil yang dikenali sebagai ventanitas. Tingkap-tingkap comel ini merupakan tingkap kepada kedai-kedai kopi Cuba yang menghidang makanan ringan bersama kopi.

Dalam budaya di mana orang ramai berhenti untuk menghargai dunia dan juga orang-orang di sekeliling mereka, tidak hairanlah mereka menganggap meminum kopi sebagai aktiviti sosial dan budaya. Cafecito yang popular di sana lebih lazat dihidangkan tanpa susu dan ditaburi dengan gula perang.

Edisi terhad Nespresso World Explorations Miami Espresso merupakan campuran kopi kuat yang dihasilkan daripada gabungan kopi Arabica dan Robusta. Terbaik jika dihidangkan dalam saiz 40 ml, ia boleh dinikmati sebagai Ristretto, Espresso atau dengan susu.

Dengan tahap intensiti 9, Nespresso World Explorations Miami Espresso adalah kopi yang dipanggang dengan menggunakan teknik panggang terbelah. Kisaran halusnya menghasilkan krim gelap yang merupakan langkah terakhir untuk membangkitkan aroma memikat selera.

Edisi terhad Nespresso World Explorations Miami Espresso berharga RM29.50 setiap satu pek.

Ia juga tersedia secara set duo berharga RM59.00. Kopi ini boleh didapati di Butik Nespresso di The Gardens Mall dan pusat beli-belah One Utama, IOI City Mall dan Pavilion Kuala Lumpur, aplikasi mudah alih Nespresso, serta laman sesawang Nespresso. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

3

TARA 2 tahun yang lalu

Kisah Hidup Kopi Di Sungai Kivu, Congo Kembali Dihidupkan Dalam Program Nespresso Reviving Origins

4

TARA 3 tahun yang lalu

Gabungan Kopi Penuh Bergaya Dan Memukau, Nespresso Bersama Chiara Ferragni

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini