web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Coach X Def Jam: Konsert Maya Menyatukan Hip Hop Asia Tenggara!

Coach telah mempersembahkan konsert maya pertama di Asia Tenggara dengan kerjasama Def Jam SEA baru-baru ini. Warna keriangan yang diperlukan kala pandemik suram.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 11:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berlatarkan set berbeza bagi setiap negara tapi tetap berpaksi pada zaman retro 80-an, penonton disajikan dengan persembahan dari barisan artis yang terkenal di tanah air serta jiran serantau Singapura, Thailand dan Indonesia yang mengayakan koleksi Coach Pre Fall 2021.

Konsert berdurasi 1 jam itu dimulakan dengan satu persembahan bertenaga dari penyanyi rap Malaysia Joe Flizzow, SonaOne, SYA dan YonnyBoii, yang tampil ke dalam set dengan dekorasi kereta vintaj.

Mereka turut menyarungkan busana Coach ketika menyanyikan lagu-lagu hit mereka. Tumpuan lebih diberikan kepada Joe Flizzow yang memeriahkan persembahan dengan lagu hit beliau, 'Ciao' dan 'Sampai Jadi.'

Namun begitu, bagi penulis, persembahan ‘Ciao’ yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow berasa tidak lengkap dengan ketiadaan MK dari K-Clique dan Jay Park yang memainkan peranan besar dalam gubahan dan irama lagu tersebut. 

Dalam arked bergaya retro yang juga merupakan set paling digemari penulis, penyanyi Singapura Yung Raja, Fariz Jabba dan Alyph mempersembahkan beberapa lagu mereka yang terkenal.

Yung Raja, yang menjadi penyanyi pertama, membuka setnya dengan persembahan dengan lagu-lagu terbarunya, 'Mami' serta 'The Dance Song' yang mendapat sambutan yang hebat. 

Rapper serta barisan artis utama Indonesia, Rayi Putra, Ben Utomo, dan A. Nayaka, meneruskan pertunjukan di tengah-tengah kafe bertema tahun 80-an. Mereka menampilkan lagu-lagu hit mereka yang dimulakan oleh Rayi Putra dengan lagu 'Apa Kabar?' dan 'Bagaimana Dengan Aku?'

Persembahan diteruskan oleh artis Thailand Daboyway, Tarvethz dan Pradaa, yang menghidupkan sebuah kedai rakaman vintaj dengan persembahan hebat lagu-lagu terbaik mereka.

Konsert itu diakhiri dengan persembahan oleh Daboyway, yang menyanyikan lagu hitnya 'Tonight' bersama rakan-rakan artis yang lain.

Koleksi Coach's Pre Fall 2021 yang diperagakan oleh artis-artis tersebut diilhamkan oleh visi jiwa bebas Pengarah Kreatif Stuart Vevers untuk jenama itu. Ia menggabungkan legasi kraf rumah fesyen unggul ini dengan sentuhan pakaian sukan Amerika, menawarkan gaya klasik namun terkini dengan semangat ‘sport-meet-vintage’ yang menarik 

Penulis merasakan konsert ini merupakan satu inisiatif yang baik namun begitu terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi konsert yang akan datang termasuk menambah hos yang mampu menghibur dan berinteraksi bersama penonton.  

Walaupun konsert tersebut tidak boleh menggantikan pengalaman berada di konsert yang sebenar, ia merupakan inisiatif yang sangat bernas bagi membantu para artis di luar sana yang tidak dapat membuat persembahan di kala pandemik ini serta menghubung dan menghiburkan para peminat dari tempat yang berbeza dalam satu platform secara selamat! - Getaran, 27 Jun 2021

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 21 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

2

Muzik 2 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

4

Muzik 3 minggu yang lalu

4 Dekad Fauziah Latiff: Kembara Kejujuran, Nostalgia Malar Segar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini