web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artis Antarabangsa Bergandingan Dalam Video Muzik 'You Gotta Be'!

Video yang dihasilkan di Singapura arahan Dr. Sydney Tan dan Jasper Tan ini membawa sesuatu yang lebih besar daripada sekadar persembahan artis.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 8:59AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

13 artis ternama dunia dari 9 buah negara dihimpunkan dalam satu muzik video ‘You Gotta Be’ bersempena True Colors Festival. Barisan artis ini mewakili negara masing-masing menyanyikan lagu klasik R&B , ‘You Gotta Be’ oleh Des’ree.

Selebriti yang terlibat menjayakan projek ini bukan calang-calang. Antaranya ialah Mandy Harvey yang pernah mendapat buzzer emas dari Simon Cowell semasa program ‘America’s Got Talent’.

Raul Midon, selebriti kurang upaya yang yang tercalon anugerah Grammy. Kenta Kambara merupakan penari yang pernah membuat persembahan semasa majlis penutup Paralimpik Rio 2016.

Kenta Kambara
Kenta Kambara

Seterusnya ialah Signmark, iaitu artis pekak pertama yang dinaungi syarikat rakaman serta Alienette Coldfire yang mendapat tempat ketiga dalam ‘France’s Got Talent’.

Menurut Des’ree, video tersebut sangat segar. Ia memberi semangat melalui mesej yang terkandung dalam lagu tersebut. 

Video yang dihasilkan di Singapura arahan Dr. Sydney Tan dan Jasper Tan ini membawa sesuatu yang lebih besar daripada sekadar persembahan artis. 

“Setiap daripada kita, tak kisahlah siapa pun kita atau di mana kita berada. Kita semua memiliki peluang untuk bangun setiap hari untuk mendengar, melihat dan menjadi seorang manusia. Tak kisahlah di mana lokasi kita, kita semua boleh merasai pengalaman yang ditawarkan hidup kepada kita,” kata Dr. Tan.

Pandemik membuatkan proses penghasilan video ini bergantung sepenuhnya kepada teknologi. Ia melibatkan Whatsapp, Messenger dan Zoom walaupun selebriti ini tinggal di zon masa berbeza. 

Bayangkan proses suai kenal dengan para artis, pengenalan projek dan juga rakaman semuanya dibincangkan secara atas talian. 

Namun begitu, kerjasama yang diberikan para artis sangat membanggakan membuatkan video lagu ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. 

Video tersebut juga dihasilkan dengan mengambil kira pelbagai kondisi penonton iaitu kapsyen untuk penonton yang mempunyai masalah pendengaran, huraian bentuk audio untuk pendengar pekak. - Getaran, 19 Jun 2021

Semua gambar: True Colours Festival

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kekurangan Diri Tidak Halang Pemuda Tunaikan Solat Tarawih

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini