web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lamborghini Huracán STO SC 10° Anniversario, Edisi Tunggal Untuk Keluaran Terakhir Huracán

Kereta ini direka dan dibangunkan oleh Lamborghini Ad Personam Opera Unica, khas buat penggemar model Huracán

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 5:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

September lalu, Getaran berkongsi artikel mengenai model Lamborghini pertama menggunakan teknologi High Performance Electrified Vehicle (HPEV) V12 6.5 L yang turut dikenali sebagai Revuelto.

Kali ini, syarikat sama memperkenalkan pula model Lamborghini Huracán STO SC 10° Anniversario.

Lamborghini sebelum ini mengumumkan bahawa pengeluaran Huracán akan ditamatkan dan ini adalah edisi terakhir model berkenaan, sempena ulang tahun ke-10 perlumbaan Squadra Corse.

Lebih eksklusif, hanya ada satu Lamborghini Huracán STO SC 10° Anniversario dihasilkan. 

Model terbabit direka dan dibangunkan Lamborghini Ad Personam Opera Unica, khusus buat penggemar model Huracán. 

Diketuai oleh jurutera Squadra Corse yang memanfaatkan pengalaman dari litar, model ini mempunyai kualiti dinamik yang tinggi berkonsepkan litar perlumbaan.

Menggunakan gentian karbon baharu pada bonet bersama sayap belakang bagi meningkatkan kerendahan atau mendap depan dan belakang, kereta ini pasti memberikan kestabilan yang kukuh ketika memecut.

Dari sudut cengkaman pula, ia ditingkatkan secara signifikan melalui empat penyerap hentak yang sama seperti dalam perlumbaan. Penyerap hentak tersebut mempunyai empat laras dengan tetapan lantunan dan kepadatan terhadap kedua-dua frekuensi tinggi dan rendah. 

Bagi menyerlahkan lagi kereta mewah varian perlumbaan ini, ia menggunakan tayar baharu yang dibangunkan bersama Bridgestone. Selain itu, model ini dikuasakan enjin 5.2 liter V10 dengan padanan dua kotak gear dua bersama tujuh kelajuan dan pacuan roda belakang. Ia menghasilkan kelajuan sehingga 631 HP kuasa kuda dan tork 565 Nm.

Memandangkan Lamborghini Huracán STO SC 10° Anniversario merupakan model istimewa dan akan menjadi sejarah dalam dunia automotif, ia dipadankan dengan ekzos titanium Akrapovič sebagai ciri asas. 

Bahagian luar pula diilhamkan dari model prototaip SC63 yang bakal menyertai perlumbaan 24 Jam Le Mans dan 12 Jam Sebring pada 2024. Kereta ini dicat dengan warna Verde Mantis (hijau) dan Nero Noctis (hitam) serta jaluran tiga warna bagi menarik perhatian penonton apabila beraksi di litar.

Garisan Rosso Mars (merah) menjalar dari depan dan belakang kereta serta logo Squadra Corse pula boleh dilihat pada sirip belakang, termasuk logo Squadra Corse 10° Anniversario bagi meraikan ulang tahun permotoran itu.

Beralih kepada bahagian dalaman pula, ia dihiasi dengan kerusi sport balutan Alcantara Nero Ade (hitam) dan sulaman Verde Fauns (hijau) manakala tali pinggang keledar empat sudutnya pula menggunakan oleng aluminium bagi melindungi pemandu.

Bagaimanapun, harga Lamborghini Huracán STO SC 10° Anniversario ini tidak dinyatakan, tetapi pastilah ia mencecah jutaan ringgit. - Getaran, 26 November 2023

Sumber. Foto: Lamborghini.com

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini