Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

Pilihan hadiah disenaraikan ini akan memperkayakan kehidupan harian insan tersayang dan bersesuaian dengan gaya hidup unik setiap individu

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 7:46AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, pejam celik kita sudah hampir menuju ke penghujung tahun 2023. Pasti ada banyak episod suka dan duka telah tercipta sepanjang tempoh ini. Mendekati tahun 2024, ramai antara kita akan mula menyimpan angan untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Inilah juga masanya untuk kita menzahirkan penghargaan, bermuhasabah diri, dan saling bertukar hadiah. Pemberian hadiah adalah salah satu cara ikhlas untuk menghargai seseorang dan mengeratkan hubungan dengan insan tersayang. 

Jadi, sempena meraikan kedatangan 2024 dan juga musim perayaan kali ini, Anker Innovations Malaysia ingin mengajak anda meneroka pelbagai hadiah berteknologi yang menyatukan inovasi, gaya dan fungsi, bagi menceriakan insan tersayang anda!

Anker Soundcore A20i Wireless Earbuds dalam warna hitam
Anker Soundcore A20i Wireless Earbuds dalam warna hitam

Ditubuhkan pada 2011, Anker Innovations telah berkembang pantas daripada sebuah jenama pengecasan mudah alih yang terkemuka, kepada gergasi teknologi di Malaysia. 

Ia melambangkan gaya hidup pintar dengan pelbagai jenama di bawahnya — Anker, Soundcore, Eufy, Nebula, MACH, dan AnkerWork, yang masing-masing mewakili inovasi dalam pengecasan, audio, keselamatan rumah dan sebagainya. 

Bagi meningkatkan gaya hidup pintar anda, kami telah menyediakan beberapa pilihan hadiah yang akan memperkayakan kehidupan harian insan tersayang dan bersesuaian dengan gaya hidup unik setiap individu. Jom semak senarai berikut:

Untuk Mereka Dengan Gaya Hidup Aktif

Untuk mereka yang sentiasa berada di dalam talian walau di mana pun berada, Anker 622 Magnetic Battery adalah pencetus revolusi buat mereka! Produk ini bagaikan penyelamat tatkala mereka memerlukan kuasa untuk menghidupkan gajet.

Anker 622 Magnetic Battery
Anker 622 Magnetic Battery

Bank kuasa mudah alih yang anggun ini terpasang secara mudah pada peranti dan menjana kuasa berpanjangan. Ia bukan sekadar tentang pengecasan, malah mengupayakan gaya hidup dinamik dan memastikan mereka kekal berhubung dan bersedia untuk apa sahaja kemungkinan. Pengecasan bebas tangan yang mudah bermakna mereka boleh terus bergerak, meneroka, dan memanfaatkan setiap saat.

Untuk Si ‘Perosak Kabel’

Di antara ramai-ramai individu yang ada di sekeliling kita, pasti ada sekurang-kurangnya seorang ‘perosak kabel’. Mana-mana kabel yang terjatuh pada tangan mereka akan terputus dalam sekelip mata!

Anker 322 USB-C to USB-C Braided Cable
Anker 322 USB-C to USB-C Braided Cable

Jadi, apa yang mereka perlukan adalah Anker 322 USB-C to USB-C Braided Cable, kabel yang mempunyai ketahanan yang cukup tinggi. Dengan reka bentuk yang diperkukuh, kabel ini mampu bertahan penggunaan harian, sekali gus memastikan peranti mereka kekal dicas dan bersedia digunakan. 

Ia bukan sekadar tentang jangka hayat yang panjang, malah, ia adalah ‘talian hayat’ yang teknologinya boleh dipercayai, bagi memastikan mereka kekal berhubung pada saat paling penting. Ucapkan ‘selamat tinggal’ kepada kabel yang rapuh!

Untuk Si Pencinta Muzik

Anker Soundcore A20i Wireless Earbuds menawarkan satu ‘syurga muzik’ dalam format yang kecil, padat dan mudah. Fon telinga mini ini menyatukan bunyi bermutu tinggi dengan reka bentuk anggun dan berfungsi, sekali gus memberikan pengalaman audio yang luar biasa. 

Anker Soundcore A20i Wireless Earbuds dalam pilihan warna ungu
Anker Soundcore A20i Wireless Earbuds dalam pilihan warna ungu

Dengan masa bermain sehingga sembilan jam, ia menyediakan sambungan yang lancar untuk muzik kegemaran mereka, dan memperkaya rutin harian mereka dengan kuasa bunyi. Ia bukan semata-mata tentang soal pendengaran. Lebih penting lagi, ia adalah tentang mengalami muzik secara mendalam dan menghayati setiap not dan rentak dengan sepenuh jiwa.

Untuk Mereka Yang Berjiwa Pesta 

Sudah tentu kita menghargai orang yang sentiasa menzahirkan semangat positif dan sentiasa memeriahkan setiap sambutan. Kehadiran mereka akan menjadikan setiap sambutan meninggalkan memori yang sukar dilupakan.

Anker Soundcore Motion X600 direka khas untuk mereka yang berjiwa pesta ini. Ia menyampaikan pengalaman audio hi-fi yang imersif, menyediakan suasana sempurna untuk sebarang pesta dan perhimpunan. Dengan masa bermain sehingga 12 jam dan reka bentuk kalis air, pembesar suara ini bersedia merancakkan segala sambutan, daripada pesta tarian hinggalah waktu malam yang santai di bawah gemerlapan bintang. 

Ia adalah tentang mencipta detik bermakna, berkongsi gelak ketawa dan menari sepanjang malam beriringan rentak muzik yang hebat.

Untuk Si Pembersih

Mach V1 Ultra Vacuum, Steamer, and Mop  pilihan bijak untuk si dia yang gemar mengemas dan sentiasa mementingkan kesempurnaan.  Pembersih ajaib 3-dalam-1 ini akan merevolusikan rutin pembersihan dengan menggabungkan kecekapan dan keberkesanan untuk menghasilkan ruang kediaman yang bersih dan bersinar. 

Ia bukan sekadar satu alat pembersihan, ia dapat mentransformasi rumah kepada sebuah syurga yang bersih, selesa dan tenang. Fungsi sedut, stim dan mop semua-dalam-satu memastikan setiap sudut rumah dibersih dengan baik, sekali gus mencerminkan perhatian yang teliti terhadap setiap perincian.

Moga panduan ini membantu anda mendapatkan hadiah terbaik untuk mereka yang sentiasa dekat di hati. Selamat menghabiskan cuti tahunan, dan semoga hadiah istimewa daripada anda akan mengukir senyuman pada wajah penerima yang anda hargai. - Getaran, 18 November 2023

Foto : Anker Innovations Malaysia

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

2

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja