web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 4:09PM

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari menunjukkan lambang 'hakim' milik kenderaan Hakim Mahkamah Persekutuan yang dirosakkan remaja lelaki dalam kejadian di Taman Koperasi Polis Fasa Dua, Kuala Lumpur pada Isnin lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang remaja lelaki yang merosakkan lambang 'hakim' pada kenderaan rasmi milik Hakim Mahkamah Persekutuan untuk dihadiahkan kepada abangnya, membawa padah selepas kedua-duanya ditahan polis pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pemandu hakim terbabit berusia 30 tahun yang menyedari kenderaan tersebut digores dengan benda tajam dan nombor pendaftaran serta lambang 'hakim' dicabut kira-kira jam 8.30 malam pada Ahad lalu, semasa kereta tersebut diparkir di tepi jalan di Taman Koperasi Polis Fasa Dua di sini.

Menurutnya semakan rakaman kamera litar tertutup di sekitar lokasi kejadian mendapati dua beradik berusia 15 tahun itu menconteng permukaan kereta tersebut menggunakan batu dan mengaku dengan sengaja mematahkan lambang hakim di kereta terbabit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bermain bola di padang berhampiran.

"Siasatan mendapati seorang daripada remaja itu bertindak mencabut lambang 'hakim' untuk dihadiahkan kepada abangnya yang akan menyambut hari kelahiran pada Mac ini.

"Dua remaja terbabit ditahan di rumah mereka di Batu Caves, Selangor Isnin lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun keseksaan.

Sementara itu, dua lelaki ditahan kerana disyaki aktif dalam kegiatan samun berkumpulan di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar ibu negara dan Perak.

Ahmad Sukarno berkata, kedua-dua suspek ditahan di kediaman masing-masing di Perak dan Pahang pada 4 dan 6 Januari lalu.

"Tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima kira-kira 12.09 tengah malam pada 28 Disember lalu daripada lelaki berusia 30 tahun berkaitan kejadian samun mendatangkan kecederaan di ruang mesin ATM di sebuah bank di Kepong.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek aktif dalam jenayah itu sejak 2020 dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun serta direman tujuh hari sehingga esok," katanya.

Beliau berkata dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan enam kes samun berkumpulan sehingga mendatangkan kecederaan di Kuala Lumpur dan 28 kes di Perak.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan sehingga menyebabkan kecederaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bell Ngasri Dapat Kereta Mini Cooper, Akui Tak Tidur Malam Terfikir Bakal Dapat Kereta Apa 

3

TARA 3 tahun yang lalu

5 Pilihan Coklat Premium Kacang Pistachio Royce’ Sempena Hari Bapa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

JPA Teliti Semula Pekeliling Pemberian, Penerimaan Hadiah Penjawat Awam

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad