web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Pilihan Coklat Premium Kacang Pistachio Royce’ Sempena Hari Bapa

Sempena Hari Bapa yang bakal menjelma tidak lama lagi, kejutkan ayah tercinta dengan hadiah coklat pistachio.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 2:00PM

Gambar Royce'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Benar tanpa ibu siapalah kita, begitu juga individu bergelar bapa yang mempunyai posisi penting sebagai kepala atau ketua dalam sesebuah keluarga. 

Kadang-kadang terdapat sesetengah bapa, tidak menunjukkan secara zahir kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Namun jauh di lubuk hati, golongan bapa ini sebetulnya amat menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati.

Jika sebelum ini anda sudah memberikan hadiah istimewa kepada ibu sempena Hari ibu. Apa kata sempena Hari Bapa yang bakal menjelma tidak lama lagi, kejutkan mereka dengan bingkisan coklat pistachio dari Royce’.

Sempena Hari Bapa, Royce’ menawarkan lima koleksi coklat premium berasas kacang pistachio pedas masin dan coklat yang diperbuat daripada susu Hokkaido licin. Ia adalah gandingan rasa rangup, lemak masin serta manis yang pasti dapat mengukir senyuman di wajah bapa anda.

Jadi berikut adalah lima jenis coklat koleksi Royce’ Pistachio yang ditawarkan untuk dijadikan hadiah kepada bapa anda. Koleksi Pistachio Royce’ termasuk:

Coklat Pistache (RM90)

Coklat Pistache menampilkan cengkerang coklat berintikan campuran krim kacang pistachio. Kacang tersebut juga hasil daripada panggangan yang mengeluarkan rasa masin. Diserlahkan lagi dengan krim lemak dengan sedikit elemen perahan strawberi dalam coklat. Jadi ia akan menghasilkan sedikit rasa masam ringan strawberi pada setiap gigitan.

Coklat Pistachio Bar (RM65)

Coklat Pistachio Bar pula menampilkan coklat susu klasik penuh dengan rasa dan aromatik pistachio yang kaya! Tambahan lagi, ia dicampurkan bersama kacang pistachio panggang cincang, buah cranberry, strawberi baku kering, ketulan biskut dan kacang badam. Jadi ia memberikan rasa coklat dengan tekstur yang rangup diserikan dengan rasa masam buah beri.

Coklat Pistachio (RM65)

Coklat Pistachio dicipta dengan seketul kacang pistachio California yang dipanggang dan  disalut dengan coklat secara berasingan. Rangup dan lembut, gabungan coklat susu sutera bersama kacang pistachio ini menambahkan lagi lapisan kemewahan untuk hidangan kecil.

Coklat Pistachio Crunch

Gabungan sempurna antara manis dan masam, Coklat Pistachio Crunch pastinya menjadi kegemaran bermusim! Ia juga menggunakan kacang pistachio California panggang yang dihancurkan bersama biskut dan puff badam. Kemudian digabungkan dengan coklat susu yang diadun bersama pes pistachio. Setiap gigitan memberikan tekstur rangup dan perisa pistachio aromatik!

Coklat Pistachio Petit Bear (RM55)

Coklat Pistachio Petit Bear direka dengan pembungkusan yang lebih menarik. Menampilkan 10 coklat susu praline berbentuk beruang comel dan setiap beruang tersebut memiliki perisa kacang pistachio yang diisi dengan krim pistachio. Ia juga turut diberi penambahan perisa raspberi tart pada mulut dan kaki beruang, sekaligus memberikan rasa kontras masam manis yang menarik!

Oleh itu, apa tunggu lagi dapatkan koleksi Pistachio Royce’  ini butik Royce' di seluruh negara atau anda boleh membelinya secara dalam talian sebagai hadiah istimewa buat  bapa tersayang anda. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Royce’. Tawaran ini berlangsung mulai 1 Jun hingga 30 Jun 2023. - Getaran, 3 Mei 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

03 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Cocoa Straits 1778 Perkenal Coklat Dihiasi Kerajang Emas 24k Pertama Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

4

TARA 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Terbang Ke Langkawi Untuk Coklat, Shouq Shoppe Menanti Anda Di Putrajaya!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa