web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Makanan Tradisional Iraq Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Lima makanan tradisional dari Iraq ini mungkin tidak pernah anda ketahui dan boleh dimasukkan dalam ‘bucket list’ sebagai menu wajib cuba!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 6:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia amat kaya dengan kepelbagaian makanan, malah negara ini sering dilabel sebagai 'syurga makanan'.

Lantaran itu, hidangan seperti rendang daging, dim sum, tosai dan sebagainya bukan sesuatu yang asing buat kita. 

Tapi bagaimana pula dengan makanan dari negara Asia Barat? Kali ini Getaran membawa anda mengenali lima makanan tradisional Iraq yang mungkin boleh dimasukkan dalam  ‘bucket list’ anda.

Masgouf

Masgouf adalah hidangan tradisional Mesopotamia yang lazat, menggunakan ikan yang ditangkap dari Sungai Tigris. Dikategorikan sebagai ikan air tawar, ia diperap bersama minyak zaitun, garam, kunyit dan asam jawa, sebelum dipanggang selama beberapa jam. Masgouf lazimnya dihidangkan bersama limau, bawang cincang, tomato dan roti leper yang dibakar menggunakan periuk tanah liat khas.

Kuba

Turut dikenali sebagai kibbe, kebbah, kubbeh, kubbah atau kubbi, kuba ialah bebola daging kambing kisar yang diadun bersama pelbagai rempah ratus, malah ada ketikanya disumbat dengan cili sebelum digoreng.

Kuba terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya bulat dan bujur. Walaupun kuba lazimnya digoreng, ada juga yang menggunakan kaedah rebus atau bakar, atau lebih ‘hebat’, dimakan mentah. Kata mereka, versi mentah lebih lazat!

Kunafa

Kunafa adalah antara makanan yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Ia adalah sejenis manisan atau pencuci mulut dari Asia Barat yang direndam bersama sirap gula mawar, manakala tekstur luarannya pula rangup dan berserat. Manisan ini menggabungkan keju akawi, mentega dan kacang pistachio atau walnut. 

Setelah berabad merentasi pelbagai budaya, resipi asli kunafa kini turut melalui pelbagai evolusi dan dipelbagaikan mengikut citarasa penggemar seperti kunafah red velvet, coklat dan banyak lagi.

Bamia

Bamia adalah campuran tiga bahan asas iaitu sup kambing, bendi dan tomato. Ia lazim ditemui di negara Asia Barat, malah turut terdapat di benua lain, antaranya Greece. Dalam bahasa Arab, bamia bermaksud bendi.

Selain campuran tiga bahan asas tersebut, bamia turut menggunakan rempah ratus seperti jintan manis, kayu manis dan kunyit. Bagi mengimbangi rasa manis dan masam, gula dan cuka juga digunakan. Selain bendi segar, bamia juga boleh menggunakan bendi sejuk beku. Makanan ini enak sekali jika dihidangkan bersama sepinggan nasi panas!

Dolma

Terdiri daripada campuran daging kambing atau lembu cincang, dolma dihidangkan dalam periuk bersama nasi, dan dilengkapi dengan jus delima.

Menu ini berasal dari utara Iraq dan turut dikenali sebagai yaprakh dalam kalangan kaum Asyur, yang membawa maksud daun anggur yang disumbat.

Sering dihidang tanpa yogurt, ada kalanya dolma menggunakan tulang rusuk ayam bagi menggantikan daging lembu atau kambing, yang dimasak dalam sos berasaskan tomato.

Di Mosul, dolma sangat popular dan dimakan bersama zucchini , tomato, bawang dan lada. - Getaran, 29 Oktober 2023

Sumber dan Foto: thetravelhackinglife.com

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini