Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aksesori Atau Alatan Mengembara Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Jom semak senarai aksesori perjalanan berikut untuk memastikan pengembaraan anda berjalan lancar dan lebih menyeronokkan 

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 1:04PM

Kasut boleh lipat Fitkicks antara yang wajib ada untuk pengembaraan anda

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang suka mengembara melihat dunia, pasti anda akan cuba mencari masa untuk melakukan aktiviti sekerap yang mungkin, sejauh yang boleh dan selama yang mampu. Sukar memadamkan ‘nafsu’ dalam diri. Ada sahaja destinasi baharu yang ingin dijejak.

Apabila bercakap tentang pengembaraan atau percutian, sudah tentu anda perlu mengemas beg untuk memastikan perjalanan itu berjalan lancar dan semua keperluan telah dibawa. Jika ada itu ini yang tidak lengkap, sedikit sebanyak ia akan menjejaskan mood ketika sedang bercuti. Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan!

Jom semak senarai aksesori perjalanan berikut untuk memastikan pengembaraan anda berjalan lancar dan lebih menyeronokkan.   

1. Solgaard Check-In Closet

Pengembaraan sentiasa lebih menyeronokkan apabila anda boleh membawa seberapa banyak yang anda mahu. Produk daripada Solgaard ini merupakan bagasi pakaian yang sangat berbaloi untuk dimiliki, terutamanya jika anda melakukan perjalanan yang lama. 

Solgaad Bag
Solgaad Bag

Dengan sistem rak terbina dalam dan rangka luar yang diperbuat daripada polikarbonat yang tahan lasak dah tak boleh dipecahkan, bagasi ini sedia untuk sebarang pengembaraan yang menanti. 

Menurut pengasas jenama ini, Adrian Solgaard, idea menghasilkan bagasi ini bermula apabila dia menyedari bahawa bagasi yang kemas tersusun memudahkan pengembara memuatkan pelbagai barangan untuk dibawa ke sana sini. 

Gallery CoC M Closet
Gallery CoC M Closet

The Carry-On Closet telah diiktiraf oleh Majalah TIME sebagai rekaan perjalanan terbaik untuk tahun ini. Antara fungsi bijak yang ada pada bagasi ini ialah port pengecasan USB mudah dicapai untuk memastikan gajet anda boleh digunakan sepanjang perjalanan, roda tanpa geseran yang hampir tidak berbunyi, kunci tiga digit diluluskan TSA dan pemegang ergonomik untuk keselesaan dan kawalan maksimum. 

2. Kasut boleh lipat FITKICKS

Memakai kasut ketika penerbangan jarak jauh yang mengambil masa lebih 10 jam bukanlah perkara paling selesa untuk dilakukan. Jika ingin membuka kasut dan biarkan kaki tersarung dengan stokin pula, ia mungkin boleh menimbulkan bau kaki yang mengganggu keselesaan orang lain.

Cara terbaik adalah dengan membawa kasut boleh lipat yang ringan dalam beg sandang atau galas anda. Kasut FitKicks dengan tapak getah yang ringan ini merupakan salah satu pilihan terbaik.  Ia juga berfungsi hebat sebagai selipar dalam bilik hotel dan boleh dicuci dengan mudah menggunakan mesin basuh atau cuci di sinki hotel.

Boleh dapatkan kasut ini di sini. 

3. Beg Peralatan Mandian Boleh Gantung Sea To Summit 

Beg peralatan mandian boleh gantung berbaloi dimiliki kerana ia memudahkan anda menyimpan produk-produk kebersihan diri dan kosmetik yang dibawa. Poket dalaman berbilang memastikan penyusunan alat solek dan peralatan mandian anda dengan mudah. 

Selain itu, ia juga ringan, kuat dan kalis air. Ini bermakna, anda tahu ia akan bertahan apabila dimuatkan dalam bagasi yang didaftar masuk dengan mana-mana syarikat penerbangan.

Semak harga beg ini di https://boardinggate.com.my/ 

4. Bose Noise Cancelling Headphones 700

Fon kepala ini mempunyai pembatalan hingar aktif paling serba boleh dengan 10 pilihan tahap pengurangan hingar. Reka bentuknya juga ringan dan selesa serta mempunyai kawalan yang mudah digunakan. 

Kebanyakan fon kepala yang membatalkan hingar menawarkan kawalan untuk dihidupkan dan dimatikan sahaja, tetapi dengan Bose 700, anda boleh menetapkan tahapnya daripada 0 hingga 10. Ini bermakna anda boleh laraskan mengikut keselesaan telinga anda.

Bateri fon kepala ini boleh bertahan sehingga 20 jam, jadi ia lebih daripada mencukupi untuk membawa anda ke kebanyakan destinasi. Tentang harga, memang hampir mencecah RM2,000, tetapi seperti yang dikatakan pada awal-awal tadi, peralatan yang dicadangkan ini berbaloi untuk dimiliki jika anda mempunyai bajet. 

Jika mahukan pilihan yang lebih murah, ada banyak pilihan lain yang boleh didapati di pasaran, namun pengalaman dan kualiti yang ditawarkan pasti tidak sama. 

Mereka yang berminat dengan Bose Noise Cancelling Headphones 700 boleh dapatkan di Harvey Norman dengan harga menarik ketika ini. - Getaran, 29 Oktober 2023 

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji