Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkembangan Baharu Jaya Grocer, Pejoy Dan Coolblog

Daripada produk terbaharu Pejoy, sehinggalah pembukaan cawangan terbaharu Coolblog. Rebut juga tawaran menarik di Jaya Grocer.

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 8:28PM

Jaya Grocer turut menawarkan beberapa pembaharuan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Untuk pengguna yang sentiasa menantikan sesuatu yang baharu dalam pasaran pengguna tempatan, berikut adalah tiga perkembangan terkini jenama ternama untuk makluman anda. 

Boleh curi masa hujung minggu ini untuk menikmati produk terbaharu yang ditawarkan atau luangkan masa membeli-belah keperluan harian atau barangan basah di pasaraya terbabit. 

1. Perisa Baharu Pejoy Daripada Glico!

Pejoy Vanilla Hokkaido Milk
Pejoy Vanilla Hokkaido Milk

Glico Malaysia dengan bangganya memperkenalkan penambahan terbaru kepada keluarga Pejoy iaitu perisa Coklat Belgian dan perisa Susu Vanilla Hokkaido! Dua  perisa Pejoy premium baharu ini dicipta khas buat mereka yang menyukai momen santai dan kenikmatan sepanjang hari.

Dua perisa baharu ini diberi nama sesuai dengan adanya bahan-bahan premium di dalamnya seperti Coklat Belgian pekat, serta Susu Vanilla Hokkaido yang lembut. Bukan itu sahaja, penambahan menarik ini turut disaluti dengan biskut batang elegan keluaran khas Pejoy yang diperbuat daripada 100 peratus tepung gandum import serta dicipta dengan sempurna melalui teknik-teknik permbakaran oleh pakar.

Diasaskan di Osaka, Jepun pada 1922, Glico baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-100 yang luar biasa. Dibimbing oleh matlamat syarikat ‘Hari Yang Lebih Sihat, Kesejahteraan Sepanjang Hayat’ Glico secara konsisten telah melaksanakan perjalanan penyelidikan, inovasi, dan komitmen di atas tujuan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sambil menikmati keseronokan kehidupan seharian.

Pejoy Belgian Chocolate
Pejoy Belgian Chocolate

Perisa Coklat Belgian dan Susu Vanilla Hokkaido Pejoy kini boleh didapati di pasar raya utama seperti Aeon, Jaya Grocer, dan Village Grocer, serta di Shopee Malaysia. Mulakan perjalanan yang mengasyikkan ini dengan #ReclaimYourCalm di mana anda boleh follow tanda pagar ini di media sosial untuk mengetahui sendiri bagaimana anda boleh menikmati momen peribadi ke tahap keseronokan maksimum.

2. Coolblog Raikan Ulang Tahun Ke-18, Lancar Semula Creme Brûlée Cheese Milk Tea

Foto : Coolblog

Coolblog, jenama tempatan Malaysia dan perintis rangkaian kiosk halal berasaskan teh susu Mutiara di negara ini meraikan ulang tahun ke-18 jenama itu dengan melancarkan kedai utamanya di Pavilion KL.  

Pengerusi Coolblog Malaysia, Tunku Ali Redhauddin menegaskan, komitmen Coolblog melangkaui penyediaan pencuci mulut berkualiti sambil memupuk semangat keusahawanan melalui francais. 

Sebagai sebahagian daripada pembukaan besar mereka, Coolblog melancarkan semula minuman Creme Brûlée Cheese Milk Tea yang sangat dinanti-nantikan iaitu campuran teh susu yang kaya dengan sirap gula perang premium, mutiara hitam dan mousse keju karamel. 

Pengerusi Coolblog Malaysia (dua dari kiri), Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog Malaysia (dua dari kanan) Sueli Lew, diiringi Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) (kiri)  Datuk Zahriah Abd Kadir, dan Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur (kanan) Kung Suan Ai, semasa pelancaran Coolblog's Flagship Store di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengerusi Coolblog Malaysia (dua dari kiri), Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog Malaysia (dua dari kanan) Sueli Lew, diiringi Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) (kiri)  Datuk Zahriah Abd Kadir, dan Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur (kanan) Kung Suan Ai, semasa pelancaran Coolblog's Flagship Store di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Boleh didapati secara eksklusif di Coolblog Pavilion KL, Creme Brûlée Cheese Milk Tea menjanjikan pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan bagi pencinta teh susu. 

Sebalik itu, kedai flagship ini akan menampilkan menu eksklusif yang menawarkan  pilihan minuman panas dan wafel premium. Dengan penawaran eksklusif kedai ini, Coolblog berhasrat untuk memenuhi  pelbagai pilihan yang lebih luas dan memberikan pengalaman pencuci mulut yang tinggi untuk pelanggannya yang dihargai.

Coolblog juga bakal membuka 20 lagi kedai baharu menjelang akhir 2023. Walaupun kos sara hidup meningkat, Coolblog tetap teguh dalam komitmennya untuk menyediakan pencuci mulut yang berpatutan dengan kualiti terbaik daripada hanya RM 4.90. Antara minuman yang menjadi kegemaran sehingga kini ialah Chocolate Ice Blended, Honeydew Smoothies dan Strawberry Cheese Smoothies. 

3. Jaya Grocer ‘Pop Up’ Di Sunway Pyramid

Foto : Jaya Grocer

Rangkaian pasar raya terkemuka Jaya Grocer membuka cawangan baharunya berkonsepkan ‘pop-up’ di Sunway Pyramid bermula 1 Oktober lalu untuk memberikan pengalaman serta gambaran awal kepada pengunjung setia pusat membeli-belah tersebut, tentang apa yang mereka boleh jangkakan apabila pasaraya itu dibuka pada tahun depan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer Adelene Foo menjelaskan bahawa kedai berkonsepkan ‘pop-up’ ini adalah cara untuk mereka ‘menanda ruangan’ di pusat membeli-belah tersebut sementara kerja-kerja pengubahsuaian dan pemasangan dijalankan.

“Ini seiring dengan jaminan perkhidmatan Jaya Grocer, di mana kami sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk memenuhi harapan dan keperluan pelanggan kami.

"Kami menyedari bahawa kerja-kerja pengubahsuaian tersebut akan mengambil masa berbulan-bulan. Oleh itu, kami ingin segera memberi pilihan kepada pelanggan setia kami untuk terus berbelanja dengan kami buat sementara waktu ini. Kami menghargai sokongan padu yang telah diberikan selama ini, sehingga Jaya Grocer mencapai kedudukan terkemuka di Malaysia pada hari ini.

"Ini adalah langkah terbaik yang dapat kami lakukan untuk menjaga pelanggan kami, serta menggembirakan komuniti Sunway dan pelanggan tetap di Pyramid," ujar Adelene.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan Sunway Pyramid, Jaya Grocer kini menawarkan promosi pembukaan istimewa dari 1 hingga 15 Oktober bagi  produk-produk di setiap kategori.

Kedai pop-up ini akan mempunyai dua bahagian, yang mana bahagian utama terletak di ruang legar biru yang menawarkan barangan runcit kepada orang ramai mulai dari 1 Oktober, manakala bahagian lainnya berada di ruang legar oren yang menawarkan Baker's Son dan produk import seperti Coles dari Australia yang akan dibuka minggu depan.

Cawangan utama baharu Jaya Grocer di Sunway Pyramid dijangka akan dibuka sepenuhnya pada suku keempat 2024. - Getaran, 7 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'