Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Program Korea Terhebat Terbaharu Di Astro Oktober Ini

Saksikan bintang-bintang pujaan anda beraksi dalam drama dan filem romantik, mendebarkan dan mencuit hati

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 12:51PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Oktober ini, semua peminat hiburan Korea boleh jangkakan barisan program menarik di Astro. Berhiburlah dengan K-drama, K-filem dan program pelbagai yang ditayangkan menerusi ONE (Saluran 393 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). 

Selain itu peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO pada bila-bila masa, walau di mana jua anda berada.  Berikut adalah enam program atau rancangan menarik yang menanti. 

1. Evilive (bermula 14 Oktober, tayangan hari yang sama dengan Korea] 

Masa tayangan : Sabtu & Ahad, 10.30 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Han Dong-soo (Shin Ha-kyun) merupakan seorang peguam yang berdedikasi, namun dia telah memilih seorang banduan secara rawak untuk bekerja dengannya. Beom-jae menyaksikan perubahan Dong-soo yang sebelumnya rasional, tetapi berubah ke sisi yang lain setelah mengendalikan sebuah kes. Kes tersebut melibatkan Seo Do-Young (Kim Young-Kwang), seorang ahli kumpulan jenayah berprofil tinggi. 

2. My Dearest Part 2 (bermula 14 Oktober, ditayangkan 24 jam selepas Korea] 

Masa tayangan : Sabtu & Ahad, 9.45 malam, ONE (Saluran 393 HD)

Drama Korea My Dearest merupakan garapan sutradara Kim Sung Young. Dalam proses produksinya, si sutradara bekerjasama dengan penulis Hwang Jin Young, yang pernah meraih penghargaan Best Screenplay dalam MBC Drama Awards menerusi karyanya The Rebel pada 2017.

Drama percintaan yang memasuki musim kedua ini mengisahkan percintaan antara Lee Jang-hyun dan Yoo Gil-chae ketika pencerobohan Qing ke atas Joseon. Pada episod terakhir musim pertama, Yoo Gil-chae mempercayai bahawa Lee Jang Hyun telah meninggal dunia setelah ia pergi ke Shenyang. Saat itulah dia menyedari sebenarnya dia mencintai lelaki itu. 

Drama ini membariskan Nam Koong-min, Ahn Eun-jin, Lee Hak-joo, Lee Da-in dan ramai lagi.

3. Perfect Marriage Revenge, (bermula 29 Oktober, ditayangkan 24 jam selepas Korea)

Masa tayangan : Ahad & Isnin, 9.15 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Diadaptasi daripada webtoon ‘The Essence of a Perfect Marriage’, ia mengisahkan tentang Han Yi-joo, seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan kontrak dengan seorang lelaki bernama Seo Do-guk untuk membalas dendam kepada bekas suaminya. Pada hari pengkhianatan berlaku, suaminya Se-hyuk mengaku kepada kakak tirinya, Yi-joo meninggal dunia dalam kemalangan kereta dan dibawa kembali ke setahun yang lalu.

 4. My Worst Neighbour, [Tayangan Perdana]

Masa Tayangan : Sabtu, 21 Oktober, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD).

Filem komedi romantik ini dibintangi oleh Han Seung-Yeon, Lee Ji-Hoon, Kim Yoon Sung, Hong Ra Kyung dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang dua jiran yang tinggal bersebelahan rumah. 

Seung Jin sedang bersedia untuk melalui sebuah uji bakat untuk mencapai impiannya menjadi penyanyi. Ketika dia bersedia untuk tidur di biliknya pada malam pertama, tangisan seorang wanita datang dari sebelah! Bermula dari itu, hubungannya dengan jiran yang telah dikenali sering tegang. Namun, pada akhirnya mereka terperangkap dengan emosi dan mempunyai perasaan terhadap satu sama lain. 

5. Rebound (Tayangan Perdana]

Masa tayangan : Sabtu, 14 Oktober, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Dibintangi oleh Ahn Jae-Hong, Lee Sin Young, Jeong Jin-woon dan ramai lagi.  Rebound merupakan filem yang memberi inspirasi kepada penonton. 

Kisah benar ini adalah penceritaan semula kisah luar biasa Kejohanan Bola Keranjang Sekolah Menengah Kebangsaan 2012 di Korea, di mana seorang jurulatih baharu dan enam pemain daripada pasukan bola keranjang paling lemah berlari tanpa henti selama lapan hari. 

Latihan ini dibuat bagi menghadapi perlawanan besar dan keazaman pasukan untuk mengubah perkara yang mustahil. 

6. GBRB: Reap What You Sow [Tayangan Perdana]

Masa tayangan : Rabu, 18 Oktober, tvN (Saluran 395 HD)

Pelakon Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo dan Kim Ki-bang merupakan kawan baik dalam kehidupan sebenar. Program realiti ini membawa penonton melihat keempat-empat selebriti ini menikmati kehidupan luar bandar di kawasan 'ladang' terpencil di mana mereka mengambil bahagian dalam penuaian organik.

Program yang mana satu menarik minat anda? Untuk maklumat lanjut tentang program-program yang ditayangkan di Astro, boleh layari https://content.astro.com.my/.

Selamat berhibur! - Getaran, 7 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

2

Gaya 2 bulan yang lalu

Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

3

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM