Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Janganlah Malas Periksa Payudara, Pengesanan Awal Boleh Selamatkan Nyawa

Bancian payudara Avon baharu mendapati sehingga 1/3 wanita tidak memeriksa payudara mereka dengan kerap

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2023 11:24AM

Kempen 'Feel the #BoobLove bertujuan memberi kesedaran kepada wanita untuk menjalani pemeriksaan payudara sejak awal bagi mengesan kanser. gambar Avon

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini, jenama kecantikan global, Avon telah melancarkan bancian payudara terbaharu. Hasil bancian mendapati lebih daripada satu pertiga (34 peratus) wanita mengakui tidak memeriksa payudara mereka untuk mengesan sebarang perubahan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Lebih dari satu per sepuluh (13 peratus) pula tidak pernah memeriksa langsung, dengan satu perlimanya (17 peratus) adalah dari golongan berusia 18–24 tahun. 

Bagi yang tidak memeriksa secara bulanan, 39 peratus terlupa untuk memeriksa, 29 peratus tidak pasti apa yang perlu dibuat, jadi mereka tidak melakukannya dan 16 peratus terlalu takut untuk memeriksa.  

Kajian Avon ini telah meninjau sejumlah 4,065 responden wanita dewasa (18+) dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Poland, dan Filipina. Selain itu, satu lagi kajian telah dilakukan melibatkan 2,976 gadis remaja berusia 14-17 tahun dari UK, Itali, Filipina, Turkiye, Poland, Romania dan Afrika Selatan. 

Hasil kajian ini menunjukkan senario komprehensif mengenai keadaan semasa bagi kesedaran dan pendidikan kesihatan payudara merentasi pelbagai populasi. 

Dengan satu dalam tujuh wanita didiagnos dengan kanser payudara sepanjang hidup mereka serta pentingnya pengesanan awal, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini, Avon menggalakkan komunitinya untuk mencintai payudara  menerusi kempen 'Feel the #BoobLove’. 

Kempen ini bertujuan menjadikan pemeriksaan tubuh sebahagian rutin bulanan, dan tahu apa yang normal supaya lebih mudah untuk mengesan perubahan yang mungkin berkaitan kanser.   

Tidak Tahu Cara Dan Malu 

Agak membimbangkan, lebih dari satu per sepuluh (14 peratus) wanita memberitahu mereka tidak pernah diajar cara memeriksa payudara. Bagi yang tahu, mereka mempelajarinya daripada doktor atau pakar perubatan (34 perautus), kajian atas talian (30 peratus), TV (20 peratus), ibu bapa atau penjaga (15 peratus) dan dari sekolah/universiti/kolej (14 peratus).

Selain tidak tahu cara memeriksa, alasan lain yang diberikan oleh gadis berusia 14-17 yang dibanci, lebih daripada satu per lima (21 peratu) menyatakan tidak selesa berbincang mengenai kesihatan payudara bersama rakan, kerana mereka malu berbicara mengenainya (33 peratus) dan rasa ianya terlalu peribadi (48 peratus). 

Orang ramai yang membeli produk Avon turut berpeluang menyumbang kepada Tabung Kanser Payudara Avon
Orang ramai yang membeli produk Avon turut berpeluang menyumbang kepada Tabung Kanser Payudara Avon

Kajian Avon mendapati hampir satu perlima (18 peratus) berasa tidak selesa berbincang mengenai kesihatan payudara bersama ahli keluarga kerana ianya ‘memalukan’ (40 peratus) dan ‘terlalu peribadi’ (33 peratus).

Data juga menunjukkan, lebih dari separuh (63 peratus) gadis remaja mendedahkan mereka tidak pernah mempelajari hal kesihatan payudara di sekolah. Bagi yang pernah mendapat pendedahan, ahli keluarga (51 peratus) adalah sumber utama pengetahuan tersebut.   

Platform media sosial, termasuk TikTok, memainkan peranan penting dalam kesedaran kesihatan payudara untuk satu pertiga remaja (33 peratus), manakala lebih dari dua pertiga (72 peratus)menyatakan kecenderungan untuk lebih memberi perhatian kepada mesej kesedaran kesihatan payudara apabila melihatnya di media sosial. 

Secara keseluruhan, kajian Avon mendapati masih banyak yang perlu dilakukan untuk menggalakkan perbualan mengenai kanser payudara. Menggalakkan perbualan mengenai kesihatan payudara amat penting dari usia yang muda untuk memperkasa wanita dan gadis dengan kesedaran serta keyakinan menjaga diri dan kesihatan jangka masa panjang. 

Sebagai sebahagian daripada Breast Cancer Promise Avon, Avon terus memperkasa komuniti pekerja dan jutaan wakilnya di seluruh dunia untuk mengetahui tanda-tanda serta risiko berkaitan kanser payudara, dan bagaimana untuk bertindak. 

Ketua Pegawai Eksekutif Avon, Angela Cretu, berkata, kehidupan sebagai wanita cukup sibuk sehingga membuatkan mereka sering terlupa menjaga diri. 

“Demi diri sendiri dan insan tersayang, kita sepatutnya memikirkan mengenai kesihatan payudara kita.

“Bila berbicara mengenai kanser payudara, kesedaran dan pengesanan awal dapat menyelamat nyawa. Kerana itulah di Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini, kami mahu semua wanita Feel the #BoobLove. Dengan berkongsi mengenai pengalaman kita, kita bersama meningkatkan kesedaran, meruntuhkan hadangan, serta memperkasa lebih ramai wanita untuk mengambil langkah proaktif demi kesihatan mereka sendiri,” katanya.

Kempen 2023 Di Malaysia 

Kempen Feel the #BoobLove di tanahair menampilkan Azreen Hakim, seorang pejuang kanser payudara muda yang cukup positif.  Pejuang kanser ini berkongsi perjalanannya melawan kanser, dan kelantangannya dalam menggalakkan kepentingan pemeriksaan sendiri. 

Pejuang kanser payudara, Azreen Hakim menyertai kempen Feel the #BoobLove anjuran Avon.
Pejuang kanser payudara, Azreen Hakim menyertai kempen Feel the #BoobLove anjuran Avon.

Avon turut mengadakan pengumpulan dana melalui jualan dari Oktober sehingga Disember ini. Sepanjang tempoh ini, RM1 dari setiap pembelian barangan terpilih akan didermakan ke Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM), salah satu rakan NGO Avon Malaysia. 

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk pendidikan awam serta aktiviti di peringkat akar umbi berkaitan kanser payudara. Pembelian dan sumbangan boleh dilakukan melalui mana-mana wakil Avon, butik kecantikan Avon serta dari laman web https://shop.avon.my .

Untuk mengetahui cara ‘Feel The #BoobLove’ serta akses terhadap sokongan dan info, sila layari https://www.avonworldwide.com/supporting-women/breast-cancer. - Getaran, 1 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Gaya 4 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

3

Jelajah 4 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

4

TARA 6 bulan yang lalu

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja