Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup

Sempena meraikan bulan Oktober sebagai tarikh kanser payudara atau lebih dikenali sebagai Pinktober, TARA berkongsi kisah mengenai kanser ini di Malaysia 

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 11:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kanser payudara merupakan kanser utama dalam kalangan wanita dan ia menyebabkan perkara ini kurang diberi perhatian oleh kaum lelaki.

Hakikatnya, kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini harus disebarkan untuk meningkatkan kesedaran ramai.

Sempena Oktober yang juga bulan sambutan kanser payudara atau lebih dikenali sebagai Pinktober, TARA berkongsi kisah penyakit ini, dari sudut pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pejuang kanser dan aspek perubatan.

BCF adalah sebuah pertubuhan yang diwujudkan sejak 2005 dan merupakan sebuah platform untuk seluruh masyarakat mengetahui tentang kanser payudara
BCF adalah sebuah pertubuhan yang diwujudkan sejak 2005 dan merupakan sebuah platform untuk seluruh masyarakat mengetahui tentang kanser payudara

Baru-baru ini, penulis bertemu Yayasan Kanser Payudara atau Breast Cancer Foundation (BCF) dan berpeluang mendekati beberapa individu yang merupakan pejuang kanser untuk menyelami kisah mereka berhadapan ‘mimpi ngeri’ ini.

Diwujudkan pada 2005, BCF ialah platform untuk menyebarkan maklumat mengenai kanser berkenaan kepada orang ramai.

Sehingga kini, pertubuhan berkenaan telah menghimpunkan 1,300 ahli yang kesemuanya ialah pesakit kanser payudara dari seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BCF, Herrie Muhamad
Ketua Pegawai Eksekutif BCF, Herrie Muhamad

Ketua Pegawai Eksekutif BCF, Herrie Muhamad berkata, BCF meletakkan tiga objektif utama sebagai teras iaitu kesedaran, pemerkasaan dan sokongan yang melibatkan pengidap kanser. 

“Kesedaran yang dimaksudkan bukan sekadar penyebaran informasi, ia merangkumi variasi acara dan program seperti kempen jelajah kesedaran kanser kepada orang ramai. Pelbagai kerjasama turut diadakan bersama pihak lain seperti pasar raya besar Giant, Hospital Pakar Tawakkal KPJ dan banyak lagi bagi menyebarkan maklumat tentang kanser ini,” jelasnya.

Beliau memberitahu, BCF juga kerap mengadakan siri bengkel dan menjemput pesakit untuk hadir sebagai peserta. 

Bengkel Hidup Sihat Perubahsuaian Emosi BCF bersama pengidap kanser
Bengkel Hidup Sihat Perubahsuaian Emosi BCF bersama pengidap kanser

“Bengkel ini kami kendalikan dengan bantuan penceramah dan pakar motivasi professional untuk menyuntik semangat kepada semua pesakit, agar mereka terus bersemangat meneruskan hidup,” katanya.

TARA diberitahu, BCF juga memiliki tabung kebajikan untuk menyediakan dana kepada pesakit yang memerlukan bantuan.

Untuk bahagian sokongan, ia merujuk kepada kewangan dan emosi. BCF juga memiliki tabung kebajikan atau dana kepada pesakit kanser payudara yang datang memohon atau memerlukan bantuan. 

Antara pengidap kanser payudara yang menerima bantuan dari BCF
Antara pengidap kanser payudara yang menerima bantuan dari BCF

“Bantuan ini diberikan kepada mana-mana pesakit yang layak tanpa mengira bangsa atau agama. Setiap permohonan diterima akan diproses dengan bantuan pihak ketiga bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

“Setiap sumbangan atau dana akan terus disalurkan kepada pesakit dan mereka boleh menggunakan wang tersebut untuk sebarang keperluan,” katanya.

Seperti dijelaskan Herrie, BCF turut aktif menganjurkan pelbagai acara, antaranya Walk With Pride yang asalnya diadakan di United Kingdom (UK).

Pertunjukan fesyen istimewa ini menghimpunkan pesakit kanser yang akan berperanan sebagai model untuk memperagakan fesyen rekaan pereka tempatan.

 Acara Cook With Pride anjuran BCF bersama pengidap kanser
Acara Cook With Pride anjuran BCF bersama pengidap kanser

Selain itu, Cook With Pride juga antara acara yang sering menerima sambutan menggalakkan, apatah lagi ia melibatkan penyertaan cef profesional.

Herrie memaklumkan, BCF akan menganjurkan Cook With Pride edisi Krismas pada Disember nanti.

Aktiviti outdoor, Fit With Pride (Hiking) iaitu mendaki gunung bersama pengidap kasner payudara
Aktiviti outdoor, Fit With Pride (Hiking) iaitu mendaki gunung bersama pengidap kasner payudara

Tidak hanya itu, BCF juga aktif menganjurkan aktiviti luar seperti mendaki gunung yang dikenali sebagai Climb With Pride.

Ia pertama kali diadakan di luar negara, iaitu Gunung Aconcagua di Argentina.

Dalam perkembangan berkaitan, data BCF menunjukkan jumlah pesakit kanser payudara semakin menunjukkan peningkatan.

Ia didorong oleh tahap kesedaran yang semakin meluas dalam kalangan wanita untuk melakukan pemeriksaan berkala dari awal.

Ini menunjukan tanda positif bahawa kesedaran mengenai bahaya kanser ini sudah mula berkembang.

Roznashidayu Rodzi salah seroang penghidap kanser payudara yang baharu sahkan setahun yang lalu
Roznashidayu Rodzi salah seroang penghidap kanser payudara yang baharu sahkan setahun yang lalu

Pada pertemuan berkenaan, penulis berpeluang menyelami kisah Roznashidayu Rodzi, 38, yang baru disahkan menghidap kanser payudara.

Roznashidayu atau lebih dikenali sebagai Ayu berkata, kisahnya bermula apabila dia mengesan ketulan sebesar guli yang tidak menimbulkan rasa sakit di bahagian payudara.

Prihatin dengan penemuan itu, dia diminta suami dan rakan sekerja untuk membuat pemeriksaan di klinik.

“Ketika itu saya masih tidak terfikir ketulan berkenaan adalah kanser. Saya pergi ke klinik pun atas dasar untuk membuat pemeriksaan kesihatan sahaja sehinggalah keputusan mengesahkan bahawa ketulan itu sememangnya disebabkan oleh kanser.

“Soalan pertama saya selepas disahkan menghidap kanser ini, adakah ia bahaya atau tidak? Doktor yang membuat pemeriksaan terbabit begitu profesional dalam memberikan penjelasan, dan menasihati saya untuk meneruskan prosedur rawatan tanpa ragu-ragu,” katanya.

Jelas Ayu, dia hanya memperoleh kekuatan untuk berterus terang dengan suaminya selepas dua minggu menjalani pemeriksaan pertama.

“Ketika itu saya dalam perjalanan untuk temujanji kedua bersama doktor. Memang saya amat sebak, malah suami juga terdiam apabila diberitahu keadaan sebenar.

“Suami kemudian mendapatkan pandangan kedua daripada bapa saudaranya yang juga seorang doktor, dan Alhamdulillah, beliau memberikan nasihat yang amat positif untuk kami berdua,” katanya.

Bagaimanapun, Ayu mengakui agak sedih apabila dinasihatkan oleh majikan agar berhenti kerja, bagi memudahkan mereka mencari pengganti.

“Waktu itu saya terfikir, adakah di sini sahaja perjalanan karier saya?

“Tetapi disebabkan ada rakan sekerja dan beberapa pihak atasan yang lain memberi semangat yang positif, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berhenti kerja,” katanya.

Ayu bersama Tulasi yang sudah menjadi seorang ‘survivor’ selama 23 tahun berkongsi pengalaman tentang kanser payudara
Ayu bersama Tulasi yang sudah menjadi seorang ‘survivor’ selama 23 tahun berkongsi pengalaman tentang kanser payudara

Sepanjang perbualan, hati penulis tersentuh apabila Ayu memberitahu, dia pernah terfikir mengenai hidup anaknya jika ditakdirkan usianya terhenti lebih awal dari jangkaan.

“Masa mula-mula saya diagnosis kanser, saya tengok anak-anak saya. Hati berkata, jika saya mati siapalah yang nak jaga mereka yang masih kecil ini. Perkataan mati dan rasa diri tidak bernilai itu selalu bermain dalam fikiran. Malah banyak persoalan yang bermain di minda tetapi Alhamdulillah, saya berjaya melalui fasa demi fasa dengan baik,” tambahnya.

Memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Makkah, Ayu juga menaruh harapan agar dia dikurniakan usia yang panjang untuk menyaksikan semua cahaya matanya membesar.

Saya ada lihat satu perkongsian video dari Ustaz Kazim Elias, dia bawa pesakit kanser dan berdoa di sana. Kemudian selepas balik ke Malaysia, pengidap kanser payudara tersebut pulih. Itulah antara niat saya jika ada peluang dan rezeki satu hari nanti,” katanya.

Tulasi Govindasant
Tulasi Govindasant

Turut berkongsi kisah sebagai penghidap kanser ialah Tulasi Govindasant, 73, yang sudah menjadi survivor kanser selama 23 tahun. 

Berbanding Ayu, kisah wanita warga emas ini agak berbeza kerana dia hanya mengetahui dirinya menghidap kanser payudara selepas menjalani pembedahan membuang kedua-dua anggota tubuh tersebut.

Tulasi ketika memenangi maraton suatu ketika dahulu
Tulasi ketika memenangi maraton suatu ketika dahulu

Segalanya bermula apabila atlet maraton itu mengalami kesakitan di bahagian bawah payudaranya setiap kali tamat latihan. Memandangkan 20 tahun lalu teknologi perubatan tidak begitu canggih, keputusan pemeriksaan menunjukkan dia tidak mengalami sebarang masalah dan punca kesakitan pada bahagian bawah payudaranya juga gagal dikenal pasti.

Selepas menempuh situasi tersebut selama dua tahun, Tulasi akhirnya membuat keputusan membuang kedua-dua organ tubuh tersebut kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan payudaranya itu.

“Saya bertegas untuk membuang payudara saya kerana merasakan ada yang tidak kena dengan sakit yang dialami. Selepas selesai pembedahan pun, doktor hanya berkata pembedahan berjaya dan tiada apa-apa tanda bahawa saya mempunyai kanser payudara,” katanya.

Tulasi mengetahui dia menghidap kanser payudara selepas menjalani pembedahan membuang kedua-dua anggota tersebut
Tulasi mengetahui dia menghidap kanser payudara selepas menjalani pembedahan membuang kedua-dua anggota tersebut

Jelas Tulasi, dia hanya disahkan menghidap kanser payudara apabila hadir semula ke hospital untuk pemeriksaan susulan.

“Saya datang semula ke hospital untuk temujanji selepas pembedahan dengan rasa gembira sebab semuanya sudah selesai. Kemudian pada saat bertemu dengan doktor, dia terus meminta maaf dan memaklumkan bahawa saya mengidap kanser payudara. Saya terus menangis dan merasakan bahawa hidup saya akan berakhir,” kongsinya.

Dia ditenangkan oleh doktor terbabit dan ia membantu Tulasi untuk berfikir secara positif bagi membolehkannya menjalani kehidupan seperti biasa, kerana kanser bukan hukuman mati.

Tulasi ketika menyertai ekspedisi gunung Kinabalu anjuran BCF pada 2010
Tulasi ketika menyertai ekspedisi gunung Kinabalu anjuran BCF pada 2010

Sepuluh tahun kemudian, nama Tulasi semakin dikenali apabila dia menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu anjuran BCF dan berjaya sampai ke puncak.

“Kejayaan tersebut menerima laporan meluas media dan mendapat perhatian ramai. Ketika itu saya berasa bangga dan tidak lagi malu untuk memberitahu bahawa seorang cancer survivor juga boleh menawan Gunung Kinabalu.

“Sejak dari itu, saya tak pernah simpan diri saya sebagai cancer survivor. Tak perlu sorok kerana kami adalah seorang pejuang,” tegasnya

 KPJ Damansara
KPJ Damansara

Penulis juga berpeluang bertemu Pakar Perunding Onkologi Klinikal dan Radioterapi, Dr Sangeetha Poovaneswaran yang sudah hampir 15 tahun berkhidmat sebagai pakar kanser.

Menurut Dr Sangeetha, hanya 10 peratus penyakit kanser berpunca daripada keturunan dan majoriti pesakit dikesan menghidap penyakit ini tanpa disedari. 

Lebih mengejutkan, satu peratus golongan lelaki juga direkodkan menghidap kanser payudara.

 Pakar Perunding Onkologi Klinikal dan Radioterapi, Dr. Sangeetha Poovaneswaran yang sudah hampir 15 tahun berkhidmat sebagai pakar kanser
Pakar Perunding Onkologi Klinikal dan Radioterapi, Dr. Sangeetha Poovaneswaran yang sudah hampir 15 tahun berkhidmat sebagai pakar kanser

Kata Dr. Sangeetha, kanser payudara mutakhir ini tidak lagi mengenal usia bahkan beliau sendiri mempunyai pesakit yang mengidap kanser ini seawal usia 19 tahun.

Jelas beliau, kebarangkalian untuk golongan wanita menghidap kanser payudara ini ialah satu daripada setiap 20 orang.

“Dua puluh tahun yang lalu, biasanya wanita yang sudah menopaus atau berusia lebih 50 tahun sahaja yang akan mendapat kanser ini. Namun, pesakit saya yang paling muda sekarang berusia 19 tahun dan itu adalah risiko yang tak boleh dikawal,” katanya.

Merujuk kepada risiko boleh kawal, antara punca utama peningkatan kanser payudara dalam kalangan masyarakat adalah masalah obesiti, disusuli dengan gaya hidup yang tidak sihat. 

“Budaya dan gaya hidup tidak sihat sekarang ini cukup berbeza dengan zaman nenek moyang kita. Ramai di antara kita sedang mengamalkan gaya hidup sedentari, hanya duduk atau baring terlalu lama dan kurang bersenam,” jelasnya.

Dr Sangeetha berkata, ia diburukkan lagi dengan pengambilan makanan diproses atau mengandungi bahan kimia oleh masyarakat, terutamanya penduduk di kawasan bandar. 

“Betul makanan segera ini susah untuk dielakkan tapi kita perlu cuba untuk kurangkan dan amalkan masak di rumah. Lihat sekarang ini, ramai kanak-kanak dan individu dewasa terlalu banyak mengambil makanan segera atau fast food.

“Sekurang-kurangnya 70 peratus daripada hidangan mesti berunsurkan buah dan sayuran manakala 30 peratus lagi daging, tapi sekarang kita lihat sudah terbalik. Bukan di Malaysia saja, malah di luar negara pun sama,” katanya.

Dr Sangeetha sedang menunjukkan cara pemeriksaan kendiri yang boleh dipraktikkan di rumah
Dr Sangeetha sedang menunjukkan cara pemeriksaan kendiri yang boleh dipraktikkan di rumah

Generasi muda zaman sekarang termasuk wanita juga katanya, semakin kuat merokok dan mengambil minuman beralkohol. Amalan ini turut meningkatkan risiko kanser payudara.

Beralih kepada peralatan serta rawatan, kemajuan alat teknologi yang ada masa kini amat membantu dalam mengesan tahap kanser payudara dengan lebih awal.

 Jika 20 tahun dahulu alat rawatan yang ada hanya mamogram dan ultrasound, kini sudah terdapat 3D mamogram dan MRI Breast. 

Dengan kecanggihan kaedah diagnosis yang ada, pengesanan kanser payudara dapat dikenal pasti seawal tahap kosong atau nama saintifiknya Ductal Carcinoma In Situ (DCIS)

“Tahap kosong yang dimaksudkan adalah pengesanan paling awal terhadap sel dalam badan yang sudah bertukar menjadi abnormal tapi belum sampai jadi kanser. Jika ia dapat dikesan pada tahap kosong dan pembedahan dapat dijalankan dengan lebih awal, peluang untuk sembuh boleh jadi 90 peratus ke atas,” ujarnya sebagai penutup.

 Penghidap kanser payudara sememangnya pejuang yang kuat
Penghidap kanser payudara sememangnya pejuang yang kuat

Konklusinya, penghidap kanser payudara terutamanya golongan wanita merupakan seorang pejuang yang begitu kuat. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah jangan sesekali kita memandang rendah kepada mereka. Sentiasalah memberi mereka semangat dan sokongan moral. Untuk wanita di luar sana, buatlah pemeriksaan awal demi nyawa anda! - Getaran, 14 Oktober 2023

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Pertubuhan Yayasan Kanser Payudara & KPJ Damansara

Pengarang Urusan: M. Zulkifli Abd Jalil 

Teks & Penyelaras : Izwan Ramlan

Gambar : Izwan Ramlan dan Yayasan Kanser Payudara 

Rekaletak: Jusmiyati Jufri

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi