Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Cara Untuk Sembuhkan Hati Selepas Dicurangi

Pengkhianatan besar terhadap kepercayaan oleh yang tersayang boleh membuatkan anda hilang arah dan keliru. Jom pujuk hati dengan cara berikut

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 2:08PM

Ingat, kecurangan pasangan bukan salah anda - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hati yang tersakiti sukar untuk dipulihkan. Untuk sembuh, ia pasti mengambil masa yang lama.  Memikirkan cara untuk sembuh sahaja adalah sangat sukar. Inikan pula untuk melalui prosesnya. 

Pengkhianatan besar terhadap kepercayaan oleh yang tersayang boleh membuatkan anda berasa keliru, marah dan bersendirian. Anda juga akan banyak mempersoalkan tentang hubungan itu, malah mempersoalkan nilai diri anda.

Sama ada anda memutuskan untuk mengakhiri perhubungan itu atau memutuskan untuk meneruskan, berikut adalah senarai cara untuk membantu anda menyembuhkan hati dan menjaga diri selepas dicurangi oleh pasangan. 

1. Fikir Apa Yang Anda Mahukan

Dicurangi adalah sesuatu yang sungguh menyakitkan. Mereka yang melaluinya pasti berasa luluh hati dan tidak dihargai. 

Sama ada anda memilih untuk memutuskan hubungan itu atau sebaliknya, ia terpulang kepada anda. Tidak ada orang lain yang boleh memaksa anda mengambil langkah selanjutnya. Ini kerana hanya anda yang benar-benar tahu tentang luar dalam pasangan anda. 

Sebagai orang yang sudah menghabiskan masa bersama dalam tempoh tertentu, anda pasti boleh membuat pertimbangan sama ada perhubungan itu boleh diperbaiki atau tidak. Ambil kira reaksi pasangan anda selepas ‘terkantoi’. Adakah mereka cuba memanipulasi dengan meletakkan kesalahan pada anda? Adakah mereka mengakui kesilapan mereka? Adakah mereka kelihatan benar-benar menyesal?

Luangkan masa sebanyak yang anda perlukan untuk memikirkan langkah seterusnya. Jika pasangan tidak bertindak ganas, berkomunikasi dengan pasangan tentang keperluan dan perasaan anda. Jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru.

2. Berkongsi Rasa Dengan Mereka Yang Sentiasa Memberi Sokongan

Orang-orang tersayang seperti teman baik atau adik-beradik akan menjadi sistem sokongan yang sangat diperlukan apabila anda menghadapi konflik ini. Hubungi mereka, luangkan masa dengan mereka, dan luahkan segalanya. 

Apa sahaja yang anda perlukan daripada mereka, beritahu mereka. Terutamanya apabila ada perkara yang perlu difikirkan, seperti mengakhiri perkahwinan dengan perceraian, mempunyai seseorang untuk sama-sama melaluinya akan sangat melegakan.

3. Pilih-Pilih Orang Untuk Berkongsi Cerita

Untuk apa kawan dan keluarga, bukan? Tetapi berhati-hati dengan siapa yang anda beritahu, dan berapa banyak hal yang ingin dikongsikan.

Jika anda sangat kecewa, berkongsi tentang kecurangan pasangan di media sosial mungkin kelihatan seperti idea yang bagus. Anda mungkin puas hati apabila kisah kecurangan itu menjadi tular dan ramai pula bersimpati dengan anda. Tetapi percayalah, tindakan memalukan pasangan atau pihak ketiga secara terbuka tidak akan membantu sama sekali. Jauh sekali membuatkan anda berasa lebih baik.

Kongsilah cerita anda dengan individu yang diyakini boleh menyimpan rahsia. Sama ada sahabat baik atau ahli keluarga. Jangan bercerita ke sana- sini, takut nanti ada yang cenderung menyebarkan gosip. 

4. Ikuti Terapi 

Mengikuti sesi terapi dengan pakar mungkin kedengaran asing di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana kita tidak didedahkan dengan perkara ini sejak awal. Menempah sesi terapi dengan profesional kesihatan mental sebenarnya sangat membantu proses penyembuhan.

Ahli terapi bersedia untuk membantu dan membimbing anda untuk melalui konflik. Sahabat baik atau keluarga mungkin mempunyai perspektif yang boleh dijadikan panduan, namun mungkin pandangan mereka ini semata-mata mengikut perasaan.  

Jadi, jika anda berasa kehilangan, sakit hati dan keliru, ahli terapi boleh membantu anda menavigasi emosi tersebut untuk membawa anda kembali ke tempat yang lebih selamat.

Jika anda memutuskan untuk memperbaiki hubungan dengan pasangan, pergilah ke kaunseling untuk pasangan yang telah berkahwin. Perkongsian dan perbincangan dengan seorang profesional boleh membantu membimbing perbualan dan mengelakkan penyelesaian konflik yang memburukkan keadaan. 

5. Kembalilah Kepada Perkara Yang Menggembirakan

Apa yang membuatkan anda gembira?  Apabila anda dicurangi, sudah pasti anda akan berasa sangat tidak yakin dengan diri sendiri dan mula mencari kekurangan diri. Dengan memfokuskan diri kepada sesuatu yang boleh menggembirakan, anda boleh membantu membina nilai diri dengan cara yang yang terbaik. 

Cara ini sangat membantu apabila anda ingin melupakan pasangan yang telah berkali-kali mencurangi anda. Jadi tunggu apa lagi, tempahlah tiket penerbangan untuk memulakan pengembaraan epik, atau keluarkan kasut sukan anda untuk berlari.  

6. Jangan Terlalu Fikirkan Masa Lalu

Ingat! Bukan salah anda apabila pasangan berlaku curang. Walaupun terdapat atau ada masalah dalam perhubungan itu, pasangan yang memilih untuk curang adalah 100 peratus bertanggungjawab dengan keputusan mereka. 

Jangan terlalu memikirkan masa lalu atau percaya kononnya anda boleh melakukan perkara itu dengan lebih baik sebelum ini. Memandangkan kecurangan itu telah terbongkar, pertaruhan terbaik ialah anda mengakui bahawa ia berlaku, dan cari jalan untuk memperbaiki hubungan (jika anda masih mahu kekal bersama). 

Buat anda yang sedang melalui waktu-waktu yang sukar, moga perkongsian ini sedikit-sebanyak boleh membantu anda memujuk hati yang luka. Ingat, Allah hanya menguji hambaNya yang mampu. - Getaran, 17 September 2023

Foto : Netflix (The World of The Married) / https://www.pexels.com/ (lain-lain)

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

3

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja