Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Sneakers’ Puma Gaya Retro Dan Moden, Ambil Inspirasi Model Porsche 911

Sempena ulang tahun Porsche 911 yang ke-60, mereka mengumumkan kerjasama dengan Puma untuk menghasilkan dua model kasut edisi terhad

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 9:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak kenal dengan Porsche, antara jenama kereta mewah yang terkenal dengan reka bentuk rendah atau lowered. Jenama berasal dari Jerman yang sudah bertapak di pasaran sejak 1931 ini sudah mengeluarkan hampir 90 model kereta. Antara evolusi yang dapat dilihat daripada klasik ke rekaan lebih moden adalah Porsche 911.

 Dua jenis model Porsche 911
Dua jenis model Porsche 911

Sempena ulang tahun Porsche 911 yang ke-60, model yang dahulunya digunakan untuk perlumbaan ini menjadi pilihan Porsche untuk kerjasama dengan Puma, bagi menghasilkan dua rekaan kasut edisi terhad.

Kedua-dua rekaan berkenaan masing-masing diinspirasikan daripada model 911 S/T untuk sentuhan lebih model dan model asal 911 S(T) yang lebih klasik. Kemunculan edisi terhad ini pasti membuatkan peminat Porsche rambang mata, mahu beli satu atau ‘sambar’ sahaja keduanya?

Kasut Puma diinspirasikan daripada model retro 911 S(T)
Kasut Puma diinspirasikan daripada model retro 911 S(T)

Buat peminat model retro 911 S(T), anda dapat menyaksikan kasut ini menggunakan warna asas biru muda atau light blue dengan penampilan yang rendah dan saiz lebih kecil. Di bahagian tumit belakang pula, ia diserlahkan dengan bulatan bernombor 56 sebagai lambang atau penghormatan kepada nombor perlumbaan digunakan jentera 911 S(T).

Menggunakan campuran kulit dan baldu, ia turut didatangkan bersama dua pasang tali kasut berwarna hitam dan merah yang terdapat tag lencana retro khas berlogo 60s 911 serta tapak kasut berwarna coklat. Hanya 1,972 pasang kasut akan dikeluarkan, sebagai simbolik kepada tahun kelahiran Porsche 911 S(T). Setiap pasang kasut juga didatangkan dengan nombor siri eksklusif kasut.

 Kasut Puma diinspirasikan model generasi terkini 911 S/T 2024
Kasut Puma diinspirasikan model generasi terkini 911 S/T 2024

Beralih kepada varian kasut yang diinspirasikan oleh model yang sama tetapi menjadi antara keluaran terkini Porsche iaitu 911 S/T 2024. Kasut ini lebih sesuai digayakan individu yang gemar berpakaian model dan lebih ranggi.

Selain itu, ia memiliki warna kelabu atau shore blue metallic dan turut memiliki bulatan nombor di bahagian tumit dengan angka yang berbeza iaitu 63. Bahkan tag eksklusif logo 60s 911 juga mengikut warna kasut tersebut berserta dua warna tali kasut yang berbeza, sama seperti kasut 911 S/T.

Sementara itu, reka bentuk kasut ini juga agak berlainan kerana ia nampak lebih besar dan memiliki tapak kasut berwarna putih yang lebih tebal. Ia memperlihatkan gaya yang lebih sporty, muda dan aktif.

Bagi varian ini, Puma hanya menghasilkan 1,963 unit kasut sahaja, menyamai bilangan jentera Porsche 911 S/T 2024 yang ditawarkan di pasaran.

Setakat ini, tiada lagi sebarang maklumat atau pendedahan terhadap harga kasut ini. 

Kedua-dua model 911 S
Kedua-dua model 911 S

Memandangkan produk ini merupakan antara kolaborasi Puma yang sangat rare dan sangat terhad, kasut ini hanya boleh didapati menerusi laman web rasmi Porsche bermula 6 September ini atau di kedai fizikal di Porsche Museum di Stuttgart, Zuffenhausen dan Weissach. 

Buat peminat atau pengumpul kasut di Malaysia, jangan kecewa dan rebutlah peluang tersebut sejurus sahaja pembelian dalam talian dibuka.

Buat masa ini, tiada sebarang tanda harga diumumkan. - Getaran, 2 September 2023

Sumber foto: Puma dan Porsche.newsroom.com

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia