web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertunjukan Fesyen Gabungan Neonate, SVG Luar Biasa! Cat Walk Di Tengah-Tengah Litar Perlumbaan

Neonate dan SVG, berjaya melaksanakan acara di luar kebiasaan apabila mengadakan pertunjukan fesyen di Litar Sepang Antarabangsa (SIC)

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 6:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengadakan pertunjukan fesyen di tengah litar lumba sememangnya bukan satu perkara biasa kerana lazimnya, acara seperti ini dijalankan di pentas besar, pusat beli belah, hotel dan premis. Neonate dan SVG berjaya membuktikan bahawa mereka berjaya melangkaui kebiasaan menerusi pertunjukan fesyen di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Seramai 83 model memperagakan pelbagai jenis koleksi dari Neonate dan SVGS
Seramai 83 model memperagakan pelbagai jenis koleksi dari Neonate dan SVGS

Gabungan dua jenama streetwear tempatan ini telah mempersembahkan koleksi pakaian mereka di litar tersebut pada waktu malam dengan konsep yang digelar Race Day. Acara ini menampilkan 83 model yang memperagakan pelbagai jenis koleksi dari Neonate dan SVG di hadapan bangunan South Paddock, SIC.

Apa yang mengejutkan, cat walk dilakukan oleh semua model tersebut bukan sahaja melibatkan kawasan laluan di bahagian South Paddock, tetapi juga di tengah litar. Kesemua peserta berjalan di  atas petak permulaan dan membuat satu pusingan sebelum kembali ke South Paddock. Memang luar biasa!

Race Day menampilkan 83 koleksi set persalinan
Race Day menampilkan 83 koleksi set persalinan

Disenaraikan sebagai pertunjukan luar jadual bagi acara tahunan Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23), Race Day menampilkan 83 koleksi set persalinan yang dibahagikan kepada lapan jenis warna iaitu merah, oren, biru, kuning, perak, hijau, coklat dan hitam. 

Laluan di tengah-tengah litar telah dibuka dan mereka akan berjalan dia atas petak permulaan litar
Laluan di tengah-tengah litar telah dibuka dan mereka akan berjalan dia atas petak permulaan litar

Idea daripada Neonate dan SVG untuk mengadakan pertunjukan fesyen di litar lumba ini memberi nafas baharu kepada industri fesyen dan impaknya dapat dilihat menerusi kehadiran penonton yang turut berada di tempat duduk utama GrandStand kira-kira 3000 orang.

Ini merupakan jenama dan acara pertunjukan fesyen pertama yang mengadakan konsep seperti ini. Malah cara ini turut memperlihatkan kematangan industri fesyen Malaysia. 

 Beberapa sut perlumbaan lelaki dan wanita yang diperagakan bersama topi keledar
Beberapa sut perlumbaan lelaki dan wanita yang diperagakan bersama topi keledar

Bukan itu sahaja, set pakaian pelumba turut diketengahkan oleh kedua-dua jenama ini yang berasaskan tema Race Day. Ia memaparkan sut perlumbaan lelaki termasuk beberapa sut wanita yang diperagakan bersama helmet. Ini menggambarkan bahawa sut ini bukan sahaja dipakai ketika berada di litar, bahkan ia juga boleh digayakan sebagai pakaian harian.

Pertunjukan fesyen yang ditaja oleh jenama minyak wangi tempatan De'Xandra ini melibatkan 300  kru. Kemeriahan acara Race Day ini begitu menakjubkan dan ia satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan.

 Pandangan kawasan South Paddock, SIC dari atas
Pandangan kawasan South Paddock, SIC dari atas

Buat makluman, Neonate dan SVG telah merancang pertunjukan ini sejurus sahaja tamat perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang memberikan kesan teruk kepada industri fesyen. Acara ini merupakan antara langkah diambil bagi membangunkan semula industri fesyen dan mengukuhkan lagi jenama pakaian yang dicipta oleh barisan pereka tempatan.

 Seramai 77 individu telah dipilih dalam kalangan bakat baru yang anggap pilihan terbaik untuk mewakili kedua-dua jenama
Seramai 77 individu telah dipilih dalam kalangan bakat baru yang anggap pilihan terbaik untuk mewakili kedua-dua jenama

Race Day ini telah memulakan kempen mereka pada bulan Jun 2023 dan 700 peserta telah menghadiri uji bakat. Seramai 77 individu telah dipilih dalam kalangan bakat baharu yang dianggap pilihan terbaik untuk mewakili kedua-dua jenama. Mereka juga akan terlibat dengan koleksi baharu yang akan dilancarkan.

Jadi mari kita ikuti perkembangan industri fesyen terkini melalui acara Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW) yang sedang berlangsung minggu ini untuk melihat perkembangan dunia ini di Malaysia. - Getaran, 26 Ogos 2023

Sumbera Foto: JCPR dan Izwan Ramlan

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini