web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Jam Mewah Rolex Khusus Buat Kaum Hawa Di Malaysia

Penulis berkongsi lima jam mewah Rolex yang dicipta khusus untuk wanita

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 7:35PM

Rolex sejak dahulu terkenal sebagai jenama mewah yang menjadi idaman ramai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melintasi butik atau premis Rolex, hati pasti berdetik dan mata semestinya terpukau melihat kilauan jam mewah berkenaan. Semua sedia maklum, Rolex antara jenama jam tangan yang sangat eksklusif dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit dan menjadi kegemaran golongan elit.

Ada antara model dihasilkan menggunakan komponen diperbuat dari emas, justeru tidak hairan harganya begitu lumayan. Jam tangan mewah berasal dari Swizland ini mula diperkenalkan sejak 1905. Sesuai dengan prestij dimiliki, si pemakai pastilah tampak begitu elegan dan bergaya. Namun tahukah anda terdapat juga jam Rolex yang khusus untuk golongan wanita?

Berikut adalah lima model jam Rolex yang dikhususkan untuk kaum hawa.

1) Lady-Datejust Oyster (Oyster Steel Yellow Gold 28mm)

Lady-Datejust Oyster (Oyster Steel Yellow Gold 28mm)
Lady-Datejust Oyster (Oyster Steel Yellow Gold 28mm)

Reka bentuk dan pengeluaran gelang serta pengancing bagi model Rolex ini diuji dengan begitu terperinci kerana melibatkan teknologi tinggi dan termaju bagi menghasilkan kualiti yang luar biasa. 

Seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetik terhadap jam ini dapat menjamin kecantikan yang sempurna. Bahkan, gelang logam yang lembut dan selesa telah direka dan dibuat khas untuk jam tangan wanita ini.

Bezel bergalur yang ada pada Datejust Oyster juga adalah tanda kecemerlangan terhadap emas yang dipasangkan bersama saduran emas. Model ini bernilai RM42,000.

2) Oyster Perpetual 31 (Oystersteel 31mm)

 Oyster Perpetual 31 (Oystersteel 31mm)
Oyster Perpetual 31 (Oystersteel 31mm)

Bagi model ini pula, ia mempunyai tujuh varian,dengan versi terkini ini diberi nama Celebration. Perbezaan yang ditunjukkan di antara ketujuh-tujuh model ini adalah pilihan warna pada wajah jam tangan (dial) yang terdiri daripada perak, biru, turquoise, hijau, merah jambu dan hitam.

Rekaan versi terbaharu ini yang menggabungkan corak buih berwarna dengan asas dial berwarna turquoise yang diperkenalkan pada 2022.

Selain itu, oystersteel yang digunakan tergolong dalam kategori keluli 904L dan aloi yang paling biasa digunakan dengan bantuan teknologi tinggi dan dalam industri aeroangkasa dan kimia. Reka bentuk model yang lebih kemas dan tidak terlalu menonjol ini menawarkan harga RM22,650 dan harga yang sama ditawarkan untuk enam varian yang lain.

3) Datejust 31 Oyster (Everose gold, 31 mm)

Model ini menampilkan emas Everose 18 karat bersama dial aubergine, set berlian dan gelang jensi presiden yang eksklusif.

 Datejust 31 Oyster (Everose gold, 31 mm)
Datejust 31 Oyster (Everose gold, 31 mm)

Dial pada jam ini pula agak luar biasa kerana mempunyai set VI besar dengan 11 butir berlian bersamanya. Kemasan pada permukaan jam mampu menghasilkan pantulan cahaya halus yang diperoleh menggunakan teknik khas dari pembuat jam.

Untuk mengekalkan keindahan jam tangan emas merah jambu ini, Rolex menggunakan tuangan aloi emas merah jambu 18 karat bagi memperlihatkan signature pada keluaran yang diperkenalkan sejak 2005. Seutas jam ini bernilai RM137,900.

4) Yacht-Master 37 Oyster (Oystersteel Everose Gold, 37 mm)

Model ini merupakan sebuah lagi keluaran yang menggunakan bahan emas everose tetapi memiliki ciri-ciri yang sedikit berbeza. Bezel yang ada pada model ini boleh diputar dua hala dan dibuat sepenuhnya daripada logam berharga. Ia seterusnya dipasangkan dengan campuran bahan krom dan seramik menggunakan alat berkteknologi tinggi.

Yacht-Master 37 Oyster (Oystersteel Everose Gold, 37 mm)
Yacht-Master 37 Oyster (Oystersteel Everose Gold, 37 mm)

Reka bentuk model ini lebih profesional dan menawarkan kebolehbacaan yang luar biasa dalam semua keadaan termasuk dalam gelap, kerana menggunakan paparan jenis chromalight. Harga seutas jam tangan ini ialah RM57,600.

5) Day-Date 36 Oyster (white gold/diamonds 36 mm)

Rolex ini menggunakan emas putih 18 karat dengan dial biru bersama pemasangan berlian pada bezel dan gelang presiden. Dialnya menampilkan penanda jam yang diperbuat daripada emas putih tersebut dengan 32 berlian termasuklah nombor roman VI dan IX yang juga dibentuk menggunakan 24 berlian.

 Day-Date 36 Oyster (white gold/diamonds 36 mm)
Day-Date 36 Oyster (white gold/diamonds 36 mm)

Menariknya, Rolex memilih warna turquoise pada dial jam bagi menunjukan keindahan struktur dan ciri khas yang jarang ditemui. Jam ini lebih sesuai digayakan secara santai oleh pemakai dengan warna yang nampak tenang. Bagaimanapun, harga bagi model ini tidak dipaparkan dan peminat atau pelanggan yang ingin membelinya perlu menghubungi talian rasmi Rolex Malaysia atau hadir sendiri ke premis mereka. - Getaran, 5 Ogos 2023

Sumber dan Foto: Rolex.com

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini