Berita Terkini

22 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Dari Bilik Berita Ke Jabatan Bomba, Tinggalkan Dunia Glamor Demi Minat

Wanita sertai pasukan bomba? Mengapa tidak. Selami kisah dua Penguasa Bomba wanita ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 11:28AM

Gambar hiasan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dek  minatnya yang mendalam dalam bidang kebombaan, Frediana Kamilis sanggup meninggalkan kerjaya 'glamor' sebagai pembaca berita serta keluarga tersayang di Negeri di Bawah Bayu untuk merantau bagi membina kerjaya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kini bergelar Penguasa Bomba, bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah itu menyertai pasukan bomba pada Julai 2017 selepas menjalani latihan intensif selama 11 bulan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kuala Kubu Bahru, Selangor dan kini ditempatkan di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat JPBM Putrajaya.

Frediana, 33, berkata walaupun realiti kerjaya bomba didominasi kaum Adam namun itu bukan penghalang untuk beliau mencurah khidmat bakti kepada negara dan menggalas tugas berat sebagai anggota bomba.

“Untuk mengatasi kudrat kaum Adam memanglah sukar tetapi ia bukan halangan bagi kaum Hawa untuk sama-sama menjalankan tugas. “Kalau ada kes kebakaran, kami juga mampu mengangkat peralatan memadam kebakaran serta memandu jentera,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Malaysia Sabah itu.

Penguasa Kanan Bomba II Siti Farizun Naim (kiri) dan Penguasa Bomba Frediana Kamilis. Gambar: fotoBERNAMA
Penguasa Kanan Bomba II Siti Farizun Naim (kiri) dan Penguasa Bomba Frediana Kamilis. Gambar: fotoBERNAMA

Penguasa Kanan Bomba II Siti Farizun Naim, 33, pula berkata beliau sememangnya meminati kerjaya pasukan beruniform dan menyimpan cita-cita menyertai bomba sejak di bangku sekolah.

Berkongsi pengalaman menyertai JBPM, Siti Farizun berkata beliau memohon pelbagai jawatan dalam pasukan beruniform melalui laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Alhamdulillah, saya dipanggil untuk menjalani ujian fizikal termasuk beberapa fasa temu duga sebelum lulus dan diterima masuk menjalani ujian kelayakan sebelum secara rasmi menjadi anggota bomba,” kata anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu.

Mengakui pada peringkat awal berkhidmat beliau tidak mengetahui secara mendalam mengenai tugas anggota bomba, selepas lapan tahun dalam JBPM, Siti Farizun mula menyedari cabaran besar dan pengorbanan pasukan itu yang sanggup menggadaikan nyawa ketika berdepan sebarang kes kecemasan bagi menyelamatkan mangsa.

Siti Farizun, atau lebih mesra dengan panggilan Yun, berkata pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika bertugas di Pangkalan Udara JBPM Subang pada 2013 hingga 2017. 

“Saya terpaksa menjalani latihan menggunakan pesawat antaranya ‘abseiling,’ ‘fast-roping’ dan terjun dari pesawat ke dalam laut.

“Perasaan takut memang tidak dinafikan tetapi berkat keyakinan serta doa ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan membantu saya mengatasi segala perasaan takut,” katanya.

Penguasa Kanan Bomba II di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Siti Farizun Naim. Gambar: fotoBERNAMA
Penguasa Kanan Bomba II di Bahagian Latihan, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Siti Farizun Naim. Gambar: fotoBERNAMA

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad pula berkata peratusan anggota bomba wanita kini ialah 4.96 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota iaitu 15,658.

Terdapat 645 anggota bomba wanita dengan 125 daripadanya adalah pegawai kanan manakala 520 lagi anggota biasa.

“Kalau kita lihat peratusan anggota bomba wanita, di negara Eropah adalah antara dua hingga lima peratus.

“Sebagai contoh, di Amerika Syarikat mereka ada 4.0 peratus, Belanda 3.3 peratus dan Jerman 2.3 peratus. Kita boleh katakan peratusan anggota wanita dalam JBPM adalah tinggi,” katanya.

Ditanya mengenai syarat lantikan bagi golongan wanita, Nor Hisham berkata mereka mestilah memenuhi ukuran fizikal iaitu memiliki ketinggian sekurang-kurangnya 1.53 meter dengan berat badan sekurang-kurangnya 46 kilogram (kg).

Menyentuh ujian kelayakan pula, beliau berkata antara yang perlu dilalui rekrut wanita ialah ujian mengangkat beban seberat 46 kg, ‘shuttle run,’ menjulang dan menegakkan tangga serta memanjat tali setinggi 4.75 meter.

“Kekuatan bahu dan tulang belakang juga diambil kira sebab tugas bomba khususnya apabila ada kes kebakaran, mereka perlu angkat peralatan berat,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Amyra Rosli, Menyemai Cinta

22 May 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi