web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Selebriti Hollywood Memiliki Tesla 

Penulis berkongsi lima selebriti Hollywood yang sudah memiliki Tesla. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 5:26PM

Tesla tidak ketinggalan menjadi antara jenama kenderaan pilihan selebriti Hollywood - gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cerita tentang kenderaan berkuasa elektrik (EV) Tesla masih hangat diperkatakan walaupun sudah lebih dua minggu jenama kenderaan tersebut dilancarkan di Malaysia. Ada juga beberapa kenalan penulis yang sudah pun membuat tempahan untuk merasai pengalaman memiliki kereta tidak berenjin ini. 

Jika diperhatikan, pembelian Tesla oleh golongan selebriti di Malaysia belum begitu mendapat sambutan, justeru timbul persoalan, apakah mereka berminat dan sudah membuat tempahan? 

Berbeza dengan luar negara, ramai selebriti terkenal yang sudah memiliki kenderaan tersebut. Jadi hari ini, penulis berkongsi lima selebriti Hollywood yang sudah  memiliki Tesla. 

Ben Affleck

Ben Affleck bersama Tesla S miliknya yang berwarna hitam - gambar evtopspeed.com
Ben Affleck bersama Tesla S miliknya yang berwarna hitam - gambar evtopspeed.com

Pelakon yang memegang watak adiwira terkenal Batman dalam filem terbitan DC ini memiliki model Tesla S berwarna hitam.  Affleck yang juga seorang pembuat filem, penulis skrip, dermawan serta pemenang Anugerah Akademi Oscar dua kali memiliki pendapatan lebih AS$15 juta dan menjadikan Tesla sebagai antara koleksi eksklusif kereta miliknya. 

Selain daripada Bentley dan Maybach yang menjadi antara kenderaan mewah dimilikinya. Affleck berasa bangga memiliki kenderaan EV tersebut dan sering dilihat jentera berkenaan.  

Justin Bieber

 Justin Bieber bersama Tesla X di parkir - gambar justjared.com
Justin Bieber bersama Tesla X di parkir - gambar justjared.com

Justin Bieber yang dikenali seluruh dunia dan menjadi bintang terkemuka di Hollywood ini mempunyai Tesla X berharga sekitar AS$99,990 (RM912,454). Bieber dikesan memandu kenderaan tersebut pada 2021 bersama isterinya Hailey Bieber, selepas selesai makan malam di sebuah restoran di Beverly Hills.  

Mereka berdua dilihat sedang berdiri di luar restoran dan sedang menunggu kereta EV tersebut di bahagian parkir valet. Bieber mempunyai garaj yang sangat mewah dengan beberapa kereta terhebat dunia, antaranya Rolls-Royce Wraith. 

Blake Lively

Blake Lively dan suaminya Ryan Reynolds masing-masing memiliki Tesla mereka sendiri - gambar evtopspeed.com
Blake Lively dan suaminya Ryan Reynolds masing-masing memiliki Tesla mereka sendiri - gambar evtopspeed.com

Isteri kepada pelakon terkenal Ryan Reynolds yang memegang watak utama dalam filem The Hitman’s Bodyguard, Blake Lively ialah antara pelakon wanita yang memiliki Tesla Model S 85. Lively yang terkenal menerusi filem Sandman (1998) arahan bapanya ini memiliki model Tesla keluaran generasi pertama yang dibeli dengan harga sekitar AS$85,000 (RM387,812). 

Pada masa yang sama, kenderaan ini turut menarik minat Ryan Reynolds kerana dia juga memiliki sebuah Tesla Model X AWD dan pasangan suami isteri ini menjadikan kenderaan EV tersebut sebahagian daripada koleksi kereta eksklusif milik mereka. 

Chris Evans 

Chris Evans keluar dari Tesla miliknya - gambar evtopspeed.com
Chris Evans keluar dari Tesla miliknya - gambar evtopspeed.com

Pemegang watak superhero dalam siri Marvel, Captain America, Chris Evans tidak telepas untuk memiliki kenderaan EV ini iaitu Tesla Model S. Evans juga merupakan seorang pengumpul kereta mewah dan mempunyai beberapa koleksi kereta unik antaranya, 1961 250 SWB California Spyder dan 1965 275 GTS Spyder. 

Kerjaya lakonan Evans bermula dengan siri televisyen 2000 Opposite Sex, sebelum mula terkenal dengan filem popular seperti Fantastic Four, TMNT, Snowpiercer, Captain America, dan Avengers. 

Michelle Rodriguez

Michelle Rodriguez memilih Tesla Model S sebagai koleksi kenderaannya - gambar evtopspeed.com 
Michelle Rodriguez memilih Tesla Model S sebagai koleksi kenderaannya - gambar evtopspeed.com 

Bintang filem Fast & Furious, Michelle Rodriguez yang sering memandu pelbagai jenis kereta di dalam filem tersebut dengan aksi menakjubkan juga memiliki sebuah Tesla Model S sebagai koleksi kenderaannya 

Memulakan kerjaya pada tahun 2000-an dengan filem Girlfight, Rodriguez merupakan antara pelakon lasak dengan pelbagai aksi  melibatkan kenderaan mewah seperti 1970 Chevrolet Nova SS serta motosikal Harley Davidsons Scrambler seperti ditampilkan menerusi filem Fast X. 

Dia turut mempunyai garaj peribadi untuk menempatkan beberapa koleksi kereta lain secara tertutup. - Getaran, 29 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa