Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Amal Snek Bijak, Tapi Tak Peka Dengan Alam Sekitar

Rakyat Malaysia sedang berusaha untuk menjadi lebih bijak dalam tabiat snek mereka, namun masih jauh daripada budaya kitar semula.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 9:59AM

Tabiat pengambilan snek perlu diubah menjadi lebih sihat - gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan, rakyat Malaysia sedang berusaha untuk menjadi lebih bijak dalam tabiat snek mereka, dengan 54% responden mengawal jumlah pengambilan secara aktif, manakala 51% menggunakan semua pancaindera untuk meningkatkan pengalaman snek mereka.

Dari segi alam sekitar, tinjauan yang sama bagaimanapun mendapati kitar semula masih jauh daripada menjadi budaya rakyat Malaysia. Hanya 36% mengitar semula bungkusan snek berbanding membuang terus ke dalam tong sampah biasa.

Di samping itu, empat daripada lima responden berpendapat penggunaan bungkusan yang lebih rendah atau bungkusan yang sedia dikitar semula tidak penting bagi mereka.

Data ini dipetik daripada tinjauan ‘Tingkah Laku Snek Malaysia 2023’ yang dijalankan oleh Mondelēz International, iaitu pengeluar pelbagai jenama global ikonik dan keluaran tempatan seperti Cadbury Dairy Milk, OREO, Jacob’s, Chipsmore, Twisties dan sebagainya.

Tinjauan yang dijalankan pada April 2023 itu bertujuan menyelami tingkah laku serta tabiat snek rakyat Malaysia, di tengah-tengah kemunculan pelbagai trend global yang baharu.

Lim Chain Yin - gambar Mondelez International
Lim Chain Yin - gambar Mondelez International

“Peranan snek terus berkembang, dan telah melangkaui peranan asalnya sebagai sumber nutrisi dan nikmat, untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna. Sebagai peneraju global dalam kategori snek, kami di Mondelēz International sentiasa merealisasikan matlamat kami bagi memperkasakan orang ramai untuk menikmati snek secara betul.

“Kami ingin membantu rakyat Malaysia berasa positif tentang snek mereka, tanpa perlu memilih antara snek dengan pemakanan yang betul. Justeru, kami berazam untuk terus menerajui Snek Bijak,” ujar Ketua Strategi Pemakanan Serantau dan Komunikasi, Asia Tenggara, Mondelēz International, Lim Chain Yin.

“Snek bijak bukan sekadar memilih antara makanan sihat atau menyekat diri daripada menikmati snek. Sebaliknya, ia membantu kita menjadi lebih peka terhadap apa yang kita makan, tujuan kita makan dan bagaimana ia mempengaruhi perasaan kita.

“Ini termasuklah menentukan keperluan snek pada waktu tersebut, baik untuk kepuasan atau sebagai sumber tenaga, makan secara perlahan sambil mengunapakai kaedah pembahagian porsi, mengurangkan gangguan, dan menikmatinya melalui semua pancaindera kita, tidak kira bagaimana atau bila kita memilih untuk menikmatinya,” jelas Chain Yin lagi.

Pengambilan snek oleh rakyat Malaysia -  gambar Mondelez International
Pengambilan snek oleh rakyat Malaysia - gambar Mondelez International

Rakyat Malaysia suka ambik snek ketika layari internet
Hasil tinjauan turut mendapati rakyat Malaysia cenderung mengamalkan “multitask snacking”, yakni menikmati snek sambil melakukan aktiviti lain. 

Dalam pada itu, masa pengambilan snek paling popular adalah semasa menonton TV atau melayari internet (75%) dan semasa belajar atau bekerja (44%).

Selain itu, snek kekal menjadi sumber ketenangan bagi rakyat Malaysia, dengan kebanyakan responden (63%) mengambil snek untuk menghilangkan tekanan atau bersantai, manakala 61% mengambil snek untuk memuaskan keinginan.

Menyedari corak pengambilan ini, Profesor Madya dari Jabatan Sains Makanan dan Pemakanan UCSI, Dr. Satvinder Kaur, mengingatkan semua bahawa ‘multi-tasking’ atau melakukan beberapa perkara pada satu masa, dan gangguan adalah antara faktor utama yang menghalang seseorang makan dengan betul.

Dr Satvinder Kaur - gambar Mondelez International
Dr Satvinder Kaur - gambar Mondelez International

“Snek membantu tubuh kita mengekalkan nutrisi yang mencukupi ketika kita menjalani rutin yang sibuk, khususnya bagi mereka yang tiada atau kurang selera makan.

“Bagaimanapun, ia tidak harus menjadi satu aktiviti pasif, kerana makan dengan tumpuan yang terganggu, memisahkan anda daripada naluri lapar dan kenyang tubuh.

“Fokus pada makanan ketika makan untuk elakkan diri terlebih makan, dan gunakan kaedah pemakanan seimbang seperti B.M.V. (keseimbangan, kesederhanaan, kepelbagaian) untuk memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan,” kata Dr. Satvinder.

Sebahagian besar komitmen Mondelēz International terhadap Snek Bijak direalisasikan melalui fokusnya terhadap pembungkusan dan label. Ini termasuk pengenalan pek ‘kawalan porsi’ yang kurang daripada 200 kalori setiap porsi pra-bungkus, serta meletakkan ikon porsi Snek Bijak pada pembungkusan semua snek secara global menjelang tahun 2025.

Ia bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang saiz porsi yang betul serta maklumat kalori bagi setiap porsi. Satu lagi inisiatif adalah mengubahsuai produk “Better for You” dengan profil nutrisi dan ramuan yang lebih sihat. Usaha ini disemarakkan lagi oleh inisiatif berterusan #JomSnekBijak bagi membudayakan kesedaran dan pendidikan tentang tabiat Snek Bijak.

Snek Bijak kini mencakupi kelestarian alam sekitar
Hasil tinjauan menunjukkan, rakyat Malaysia bukan sahaja tidak mengitar semula pembungkusan makanan ringan pada kadar yang tinggi, tetapi juga keberatan untuk menanggung kos usaha kelestarian alam sekitar.

Hanya 31% sanggup membayar cukai karbon yang kecil ke atas snek untuk mengimbangi kesan alam sekitar berbanding penghasilannya. Hasil penemuan ini bertentangan dengan trend global, seperti yang didedahkan dalam laporan Tahunan ‘State of Snacking’ Mondelēz International Keempat, bahawa 61% pengguna bersedia membuat komitmen untuk membayar cukai karbon yang kecil.

Snek bijak perlu mencakupi kelestarian alam sekitar - gambar Unsplash
Snek bijak perlu mencakupi kelestarian alam sekitar - gambar Unsplash

Bagaimanapun, hampir separuh daripada responden (41%) tidak keberatan membayar kos tambahan untuk snek yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang mematuhi amalan beretika dan lestari.

“Kami percaya bahawa orang ramai berhak untuk menikmati snek yang lazat, dan mengetahui  pilihan mereka adalah baik untuk diri mereka, orang lain, serta bumi ini. Tanpa mengira kesediaan rakyat Malaysia terhadap amalan kelestarian kini, kami akan terus memainkan peranan untuk memperbaiki cara kami menghasilkan snek dengan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.

“Hari ini, 96% daripada pembungkusan kami adalah sedia dikitar semula, dan kami juga sedang berusaha membangunkan infrastruktur untuk mengumpul, menyusun dan mengitar semula sisa plastik di Malaysia,” kongsi Ketua Hal Ehwal Korporat & Kerajaan, Mondelez International (Malaysia & Singapura), Raja Zalina.

Untuk maklumat lanjut tentang rangka kerja kelestarian dan strategi kesejahteraan Mondelēz International, layari www.mondelezinternational.com/Snacking-Made-Right .

Kenali lebih lanjut tentang amalan Snek Bijak di https://www.snackmindful.com/ - Getaran, 23 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara