web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Sederhana Honor 90 Mampu Tarik Minat Pengguna

Penulis telah menggunakan telefon pintar yang didatangkan dengan harga bermula RM1,799 ini selama sebulan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 8:45AM

Honor 90 pasti memikat pengguna dengan harga sederhana ditawarkan - gambar Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penghasilan telefon pintar kebelakangan ini semakin canggih, dengan pengeluar berlumba-lumba untuk menonjolkan kehebatan teknologi masing-masing.

Ini termasuklah keluaran telefon yang memiliki resolusi kamera setinggi 200MP iaitu Honor 90 dan model ini mempunyai elemen yang agak mengejutkan.

Buat peminat Honor dan pembeli lain, adakah anda ingin tahu apakah model ini berbaloi untuk dimiliki? Ikuti pengalaman penulis yang telah menggunakan telefon pintar dengan harga bermula bermula RM1,799 (12GB+256GB) sehingga  RM2,099 (12GB+512GB) ini selama sebulan.

Memiliki skrin 6.7-inci AMOLED dengan resolusi 2664×1200 piksel serta kadar segar semula 120Hz, secara dasarnya spesifikasi ini sudah cukup memuaskan hati anda dan kelancaran sistem sentuhnya tidak menjadi satu masalah jika anda menyentuhnya dengan kerap.

Penulis juga ketika menonton Netflix menggunakan aplikasi tersebut di dalam telefon mendapati ia terang dan jelas dengan tahap pelarasan sederhana terhadap tahap pencahayaan. Ia membuatkan anda tidak perlu merapatkan mata pada peranti ini.

Honor 90 memiliki resolusi lensa kamera utama setinggi 200MP - gambar Izwan Ramlan
Honor 90 memiliki resolusi lensa kamera utama setinggi 200MP - gambar Izwan Ramlan

Rekaan melengkung skrin di sisi setiap penjuru menjadikan ia turut memiliki sokongan suhu warna dan mod malam Circadian. Teknologi ini membolehkan anda melihat paparan yang terpancar di skrin telefon tanpa menyakitkan mata dan memeningkan kepala jika digunakan pada waktu malam atau dalam keadaan gelap.

Beralih kepada kamera, Honor 90 mempunyai resolusi lensa kamera utama setinggi 200MP dan ia adalah antara ciri-ciri hebat yang ada pada model Honor kali ini. Kehebatan resolusi tersebut pada awalnya mencetuskan tanda tanya, berapa agaknya harga yang bakal ditawarkan kepada pengguna? Penulis agak terkejut apabila diberitahu harganya tidak melebihi RM 2,500.

Honor 90 juga memiliki resolusi 12MP untuk lensa mod ultra lebar dan 2MP mod kedalaman manakala 50MP pula bagi mod swafoto. Di samping itu, Honor 90 ini dikuasakan dengan cipset Snapdragon 7 Gen 1 dan kuasa bateri sehingga 5000mAh bersama aliran elektrik selaju 66W untuk pengecasan wayar.

Ini menunjukkan prestasi kuasa bateri tersebut sudah cukup bagus dan setakat ini speksifikasi untuk perisian digunakan walaupun berada di tahap pertengahan, ia masih baik dan kukuh untuk digunakan sebagai telefon harian atau kegunaan di pejabat.

Antara varian warna Honor 90 - gambar Izwan Ramlan
Antara varian warna Honor 90 - gambar Izwan Ramlan



Didatangkan dengan tiga varian warna iaitu Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, warna yang menarik perhatian penulis ialah Peacock Blue. Ini kerana di bahagian belakang badan telefon, warna ini timbul bersama corak seakan bulu merak apabila terdapat pancaran cahaya disuluh padanya. Jadi ia lebih timbul dan sungguh menarik perhatian.

Spesifikasi yang ada pada Honor 90 menyamai kategori telefon pintar premium - gambar Izwan Ramlan
Spesifikasi yang ada pada Honor 90 menyamai kategori telefon pintar premium - gambar Izwan Ramlan



Berdasarkan semua faktor di atas, dapat dirumuskan bahawa Honor 90 sangat berbaloi untuk dimiliki dan harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal dan masih mampu milik.

Spesifikasi yang ada pada model ini juga menyamai kategori telefon pintar premium, tetapi masih berada di peringkat pertengahan dengan bajet yang sederhana. - Getaran, 23 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini