web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Australia Barat Juga ‘Perth-fect’ Untuk Pengembara Muslim 

Terokai pesona dan tawaran halal di negeri terbesar di Australia itu. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 8:28AM

Raebun Orchard antara destinasi menarik di Perth yang menawarkan pemandangan cukup indah - gambar Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak kenal, maka tak cinta! 

Kembara jalanan di luar negara menawarkan gabungan sempurna antara keseronokan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ia memberikan anda peluang untuk meneroka kawasan yang belum pernah dijejaki, merasa pengalaman baharu dan meluaskan perspektif anda, di samping membolehkan anda menikmati keindahan dan keajaiban destinasi tersebut. 

Jika anda sedang merancang sebuah percutian, sama ada percutian santai atau perjalanan penuh pengembaraan, Australia Barat mungkin boleh dipertimbangkan. 

Destinasi yang masa penerbangannya kurang enam jam dari Kuala Lumpur ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman luar biasa, bahkan ia juga sempurna untuk pengembara Muslim.

Negeri terbesar di Australia ini merupakan destinasi yang mengalu-alukan semua jenis pengembara termasuklah pengembara Muslim. 

Selain daripada menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan mesra Muslim di seluruh negeri, Australia Barat juga menghargai kepelbagaian budaya.

Berikut merupakan beberapa idea untuk membantu anda memulakan kembara jalanan mesra Muslim anda di Australia Barat.

Hub Aktiviti dan Penerokaan Budaya 

Nikmati makanan laut segar dan penuh dan enak di Fremantle Fishing Boat Harbour  - gambar Tourism Western Australia
Nikmati makanan laut segar dan penuh dan enak di Fremantle Fishing Boat Harbour - gambar Tourism Western Australia

Banyak tempat awam, hotel dan restoran di Australia Barat menawarkan pilihan makanan halal dan kemudahan untuk solat bagi memenuhi keperluan pengembara muslim. Terdapat juga sejumlah masjid yang boleh dijumpai di bandar-bandar utama seperti Perth, Fremantle (Walyalup) dan Broome (Rubibi). 

Anda juga boleh mencuba pelbagai makanan halal yang ditawar di daerah berbeza, daripada buah-buahan dan sayuran segar hinggalah ke makanan laut penuh enak. Selain itu anda juga boleh singgah  atau meneroka warisan budaya negeri tersebut yang penuh kaya dengan melawat masyarakat tempatan, termasuklah komuniti Melayu di Katanning.

Untuk lebih banyak inspirasi berkenaan destinasi dan pengembaraan jalanan mesra muslim, siri ‘Travelog Western Australia’ wajib ditontoni. 

Sepanjang siri tersebut, anda akan mendapat tahu mengenai pelbagai budaya berlainan dan belajar mengenai kemudahan-kemudahan dan tarikan mesra muslim yang tersedia untuk anda terokai. 

“Salah satu perkara yang kami nanti-nantikan dalam perjalanan kami ke Australia Barat adalah makanannya. Kami seronok dapat mencuba pelbagai makanan halal di Australia Barat, tambahan lagi kerana kami tahu bahawa semua daging disediakan adalah halal.

“Terdapat pelbagai pilihan hasil tanaman segar di sini, dan kami lega kerana semuanya halal. Masjid senang dijumpai, bahkan kami juga boleh solat di mana-mana sahaja termasuklah di taman dan ruangan awam. Tambah mudah, sesetengah restoran menyedia ruangan yang bersih untuk kami bersolat,” ulas seorang pengembara yang baru sahaja pulang dari Australia Barat baru-baru ini.

“Kami syorkan para pengembara untuk mengambil sebanyak mana masa yang mereka perlukan untuk meneroka lanskap Australia Barat yang luas dan indah. Keputusan kami menyewa kereta untuk sebuah pengembaraan jalanan ternyata merupakan keputusan terbaik, kerana ia membolehkan kami meneroka pelbagai kawasan berbeza serta tarikan-tarikan unik destinasi tersebut.

“Antara saat yang paling kami ingati adalah ketika merasai hospitaliti komuniti Melayu di Katanning, yang melayan kami seperti keluarga. Pengalaman inilah yang mendorong kami untuk mengatakan bahawa percutian ke Australia Barat perlulah ada dalam senarai impian setiap orang,” tambahnya.

Kembara Jalanan 

Bunga-bunga liar di Coalseam Conservation Park - gambar Tourism Western Australia
Bunga-bunga liar di Coalseam Conservation Park - gambar Tourism Western Australia

Salah satu faedah pengembaraan jalanan di Australia Barat yang mesra muslim ialah anda boleh mengatur masa mengikut kehendak anda. Ia lebih spontan dan fleksibel. Ini bermakna anda boleh menjelajah tempat-tempat tersembunyi dan mengagumi keindahan alam sekitar sambil berseronok sepanjang perjalanan ke destinasi tujuan.

Destinasi atau tarikan yang ada di Australia Barat boleh dijelajahi dengan kereta dalam tempoh beberapa hari, minggu atau lebih - bergantung kepada jadual pengembaraan. Antara laluan pengembaraan jalanan yang popular di Australia Barat ialah Coral Coast yang merentasi Exmouth dari Perth. 

Di sepanjang laluan ini, anda dapat menyaksi pelbagai tarikan dan pengalaman seperti gaung, pantai berpasir putih, beting pasir dan pelbagai hidupan laut unik seperti penyu, dugong, ikan lumba-lumba liar dan kemungkinan ikan paus ‘humpback’.

Sekiranya mendambakan gabungan antara pengembaraan urban dan alam sekitar yang tidak dapat dilupakan, terokalah jalan dengan pemandangan indah ke barat daya Perth. Di sini, anda akan disapa dengan hutan-hutan menjulang tinggi dan puncak gunung yang bergabung dengan lautan indah. 

Lawatan anda ke Perth tidak lengkap jika tidak mengunjungi Blue Boat House - gambar Rahayu MN
Lawatan anda ke Perth tidak lengkap jika tidak mengunjungi Blue Boat House - gambar Rahayu MN

Sambil meneroka daerah tersebut, anda turut dapat merasa hasil-hasil segar seperti makanan laut segar dan buah-buahan tempatan di ladang anggur, ladang pertanian dan pasar tani seperti Olio Bello dan Bunbury Farmers Market.

Walaupun terdapat banyak laluan kereta untuk dipilih dan tarikan untuk diterokai, panduan kembara jalanan Australia Barat adalah sebuah sumber bernilai untuk para pengembara. Ia menampilkan peta yang dipenuhi destinasi ikonik untuk diterokai, pilihan perjalanan pendek dan panjang,  laluan bunga-bunga liar dan kalendar alam sekitar untuk membantu dalam perancangan anda. 

Jadi, apa lagi yang anda nantikan? Mohon visa perjalanan ke sana, dan mulalah merancang percutian menyeronokkan! Untuk maklumat lanjut mengenai Australia Barat, sila layari www.westernaustralia.com.  - Getaran, 23 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini