Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Keindahan Pulau Besar Di Mersing, Johor

Cepatlah berlalu, pandemik. Kami rindu bercuti di pulau-pulau tempatan nan indah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Shah Shamshiri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat mereka yang suka berlibur pasti sudah tidak sabar menunggu supaya pandemik COVID-19 ini berakhir, demi memenuhi keinginan untuk menjelajah. Bagi yang suka percutian pulau, mungkin anda ada harapan untuk bercuti di dalam negara dalam waktu yang terdekat, sekiranya jumlah kes tempatan berjaya dikawal. Ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama tapi tiada salahnya merancang lebih awal.

Kalau anda penggemar percutian pulau, Malaysia mempunyai banyak pilihan dan masih tersenarai dalam destinasi kesukaan para pelancong asing. Dengan itu kita sebagai rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan di atas kelebihan ini kerana selain pulau-pulau indah di pantai timur negara kita, terdapat juga pulau-pulau di negeri-negeri lain yang berdekatan.

Di antara pulau peranginan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan rakyat negara kita adalah pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman dan banyak lagi. Namun ramai rakyat Malaysia sebenarnya yang kurang tahu tentang sebuah pulau di negeri Johor yang terletak di kota Mersing. Pulau yang dimaksudkan adalah Pulau Besar (yang dahulu dipanggil Pulau Babi Besar), sebuah pulau yang menawarkan percutian sesuai buat keluarga dan rakan-rakan kerana jumlah pengunjung yang tidak terlalu padat dan sesak.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Pulau ini termasuk dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar Johor bersama 12 lagi pulau yang lain. Jadi untuk masuk ke sini, anda perlu membayar caj RM10 dan RM5 lagi bayaran kepada Taman Laut Malaysia. Pulau ini terletak hanya 20 minit dari Jeti Mersing dengan menaiki bot laju dan ia sedang giat dipromosikan oleh kerajaan Johor sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Pulau ini hanya mempunyai lima hotel buat sementara waktu jadi bolehlah pilih yang berkenan di hati. Dan untuk pengetahuan anda, pulau ini tidak mempunyai kedai atau tempat makan awam, jadi kesemua penginapan menyediakan pakej lengkap dengan makanan. Jika ingin mencuba penginapan yang menawarkan harga dan pakej berpatutan, Bayu Lestari Resort merupakan salah satu pilihan yang wajar.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Resort yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Malah ia merupakan resort yang mempunyai jeti paling cantik di pulau tersebut. Jeti mereka berada betul-betul di depan kawasan ketibaan para tamu dan kerap dijadikan lokasi fotografi. 

Dilengkapi dengan aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan dan taman, para pengunjung bebas bersantai semahunya. Terdapat bilik untuk keluarga dan juga pasangan yang ingin berbulan madu. Lebih menarik lagi, makanan yang disediakan merupakan masakan Melayu asli yang lazat seperti yang sering dihidang di rumah.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh melakukan pelbagai aktiviti antaranya termasuklah snorkeling, atau mengikuti aktiviti island hopping yang ditawarkan di kawasan pulau sekitar. Harga untuk trip snorkeling ini di antara RM80 ke RM120 untuk ke tiga lokasi iaitu Pulau Tengah, Pulau Tinggi dan Pulau Besar yang memakan masa sekitar tiga jam. Selain itu, terdapat juga pakej-pakej menyelam yang boleh dicuba 

Di samping kegiatan air, para tamu boleh juga berbasikal dari hujung ke hujung pulau. Ini sebenarnya merupakan aktiviti paling menyeronokkan di sini. Sepanjang perjalanan para tamu dapat melihat beberapa kediaman penduduk kampung yang tinggal selain memburu lanskap dan pemandangan indah sekitar pulau untuk bergambar. Ia mungkin kedengaran klise tapi memang terdapat banyak lokasi untuk melihat mahatari terbenam khasnya di Sunset Point pulau tersebut.  

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Ada juga aktiviti rentas hutan atau jungle trekking buat mereka yang berminat. Buat yang ingin bersantai sahaja, boleh melepak dan beristirehat di dalam hammock yang tersedia di perkarangan pantai depan hotel.

Pendek kata resort ini memang sesuai buat anda yang mencari ketenangan semata-mata. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya 20 minit dari pelabuhan Mersing dan dilengkapi pula dengan ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini. - Getaran, 7 Februari 2021

Isu Pada

Dayang Nurfaizah

06 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 2 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis