web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Percuma Selama Sebulan Mulai 7 Ogos

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 8:00AM

Perkhidmatan feri baharu ini akan mula beroperasi pada 7 Ogos dari 6 pagi hingga 8.30 malam manakala kekerapannya pada waktu kemuncak ialah setiap 30 minit. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Warga Pulau Pinang dan pelancong boleh menikmati perkhidmatan feri ulang-alik yang lebih canggih dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth secara percuma selama sebulan mulai 7 Ogos depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk menjalankan pelbagai latihan.

Beliau berkata latihan itu turut melibatkan pengemudi feri dan pada masa yang sama, Jabatan Laut akan melakukan pentauliahan terhadap keempat-empat feri.

"Perkhidmatan feri baharu ini akan mula beroperasi pada 7 Ogos dari 6 pagi hingga 8.30 malam manakala kekerapannya pada waktu kemuncak ialah setiap 30 minit dan masa yang diambil untuk perjalanan sehala ialah 10 minit.

"Apabila ia mula beroperasi pada 7 Ogos nanti, semua penumpang termasuk bukan warganegara boleh menikmati perkhidmatan feri ini secara percuma selama sebulan," katanya kepada pemberita ketika meninjau feri terbabit di sini semalam.

Loke berkata daripada segi kapasiti, feri itu mampu memuatkan 150 penumpang pejalan kaki serta 50 penumpang bermotosikal dan berbasikal pada satu-satu masa.

Beliau berkata tiga feri akan beroperasi setiap hari manakala sebuah lagi diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. 

Katanya feri itu dibangunkan dengan konsep baharu serta dilengkapi ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup.

Ditanya mengenai kadar tambang bagi perkhidmatan itu, Loke berkata ia akan diumumkan kemudian selepas mengadakan perbincangan serta mencapai kata sepakat dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kadar tambang yang akan ditetapkan kelak adalah berpatutan. - Bernama

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 1 bulan yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa