web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adidas 'Usik' Blackpink, Sekali Lagi Dunia Fesyen Digegarkan Dengan Pengaruh Kpop 

Adidas Originals telah ‘mengusik’ gadis-gadis BlackPink ini selepas mereka dilihat memperagakan barangan jenama tersebut menerusi hantaran di media sosial rasmi mereka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 8:17PM

Adidas turut berkongsi gambar Jisoo memakai sepasang kasut Forum Low bersama skirt Adidas. - Gambar Adidas.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan penyanyi terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia Kpop iaitu Blackpink telah membawa satu gelombang yang sangat kuat di dalam industri hiburan dunia. 

Gerak-geri mereka yang rancak di atas pentas dengan penampilan ahli kumpulan yang comel bukan sahaja dapat menarik perhatian anda, malah pelbagai jenama besar turut ingin mengadakan kolaborasi bersama mereka. 

Ini termasuk kerjasama mereka sebelum ini bersama produk makanan, kecantikan, automotif, mahu pun dalam dunia fesyen.

Kumpulan Blackpink
Kumpulan Blackpink

Baru-baru ini, Adidas Originals pula telah ‘mengusik’ gadis-gadis BlackPink ini selepas mereka dilihat memperagakan barangan jenama tersebut menerusi hantaran di media sosial rasmi Adidas.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat daripada kedua-dua pihak, Adidas Originals telah memperkenalkan poster Jennie, Lisa, Jisoo dan Rosé dalam pakaian Adidas bersama logo jenama berslogankan "Home of Classics" di akaun Instagram rasmi mereka. 

Poster tersebut memaparkan empat ahli itu yang memperagakan beberapa pakaian ‘signature’ adidas, termasuk kasut adidas Superstar dan Forum.

Bahkan, Adidas turut berkongsi gambar Jisoo memakai sepasang kasut Forum Low bersama skirt Adidas, sekali gus membuatkan ramai peminat teruja dengan kerjasama ini.

Penampilan tersebut juga dikatakan sesuai dan sempurna buat Jisoo.

Anggota-anggota Blackpink sentiasa mendapat perhatian ramai.
Anggota-anggota Blackpink sentiasa mendapat perhatian ramai.

Jadi, sekali lagi kumpulan BlackPink berjaya mengegarkan dunia fesyen menerusi kerjasama pintar bersama Adidas.

Malah, ini merupakan strategi bijak buat Adidas untuk menjadikan jenama pakaian sukan tersebut lebih versatile dan diminati oleh pelbagai golongan atau kelompok peminat fesyen di luar sana. - Getaran, 27 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Lisa Blackpink Catat Sejarah, Jadi Artis Kpop Pertama Raih Bilion Pendengar Di Spotify Menerusi Album Lalisa 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa