web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

Kita tidak boleh paksa orang untuk berfikir satu cara sahaja.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:00PM

Dolla - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi berkumpulan, Dolla menghormati pandangan sesetengah pihak yang kurang berkenan dengan kehadiran konsert yang menampilkan selebriti popular Korea Selatan Blackpink pada Mac akan datang.

Namun begitu, Dolla yang terdiri daripada Angel, Tabby, Syasya dan Sabronzo itu meminta orang ramai agar turut berfikiran terbuka menerima perbezaan pendapat dan selera muzik masing-masing.

“Sebagai generasi muda, kita tidak boleh nafikan yang memang kita membesar dengan menonton dan mendengar muzik daripada Korea Selatan. 

“Blackpink mempunyai ramai peminat daripada generasi muda. Memang akan selalu ada banyak pendapat dalam sesuatu perkara. Kita tidak boleh paksa orang untuk berfikir satu cara sahaja,” kata Tabby ketika ditemui Getaran di majlis sidang media lagu terbaru mereka, 'Look At This'.

Dolla turut mendedahkan, sebagai kumpulan yang terdiri daripada ahli yang berbeza bangsa dan agama, mereka kerap kali juga mempunyai pendapat berbeza ketika membincangkan sesuatu perkara. Namun apa yang lebih penting ialah bagaimana mereka mencari kesepakatan untuk terus bekerjasama.

“Kami  terdiri daripada pelbagai bangsa. Jadi sudah tentu kami juga berhadapan dengan pendapat yang berbeza. Namun begitu, kami berjaya mencari satu titik tengah antara kami semua. 

“Kami hormat pandangan semua orang dan tidak akan cuba untuk paksa orang lain untuk menerima pendapat kami. Saya juga akan hormat pendapat orang lain. Kuncinya, kita hormat pendapat masing-masing sebagai warganegara,” tambah Sobronzo. 

Terdahulu, Dolla menjadi satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang tampil membuat persembahan di acara muzik Korea Selatan, Seen Festival yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil. 

Persembahan Dolla juga meraih pujian daripada pengarah Korea Selatan. Turut sama membuat persembahan di acara berkenaan ialah bintang sensasi K-Pop iaitu NCT DREAM, WayV, KARD dan ALICE. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa