web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

Dalam ucapannya, Raja Charles turut memuji kumpulan K-pop tersohor dari Korea Selatan itu atas jasa mereka mempromosikan kelestarian alam sekitar kepada masyarakat dunia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 9:26AM

gambar media sosial, agensi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Majlis jamuan negara yang berlangsung di Istana Buckingham semalam, bukan sahaja dimeriahkan dengan kehadiran kerabat diraja dan kenamaan dari British dan Korea Selatan, tetapi ia turut dihadiri 'bangsawan' muzik K-pop iaitu kumpulan Blackpink.

Empat anggotanya, iaitu Jisoo, Lisa, Jennie and Rosé adalah antara 170 tetamu yang dijemput hadir pada majlis makan malam sempena lawatan negara Presiden Korea Selatan, Yoon Seok Yul dan isteri, Kim Keon Hee serta delegasinya ke United Kingdom.

Dalam ucapannya pada jamuan itu, Raja Charles memuji Blackpink kerana menggunakan pengaruh mereka untuk mempromosikan isu menyentuh alam sekitar.

"Ia amat memberi inspirasi apabila menyaksikan generasi muda Korea (Selatan) menyokong usaha itu (alam sekitar). Saya puji Jennie, Jisoo, Lisa and Rosé yang lebih dikenali sebagai Blackpink, kerana memainkan peranan mereka bagi menyampaikan mesej kelestarian alam sekitar kepada masyarakat global sebagai Duta untuk Presidensi COP 26 U.K., dan kemudiannya sebagai ‘advokat’ untuk Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya amat mengagumi bagaimana mereka boleh mengutamakan isu-isu penting ini dan pada masa sama menjadi 'bintang' di peringkat global," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kesemua anggota Blackpink menerima Most Excellent Order of the British Empire (MBE) daripada Raja Charles dalam satu majlis di Istana Buckingham.

Difahamkan, Blackpink adalah artis bukan warganegara British pertama yang menerima anugerah itu atas sumbangan mereka terhadap kempen perubahan iklim.  Anugerah itu pernah diterima kumpulan The Beatles dan penyanyi, Adele. - Getaran, 23 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel