web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, syarikat itu mengesahkan sudah menandatangani kontrak bersama kesemua anggota Blackpink secara berkumpulan

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 12:32PM

gambar Instagram Blackpink

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya, YG Entertainment (YG) mengesahkan bahawa kesemua anggota Blackpink iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo sudah menandatangani kontrak secara berkumpulan bersama syarikat itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, YG yang menguruskan kerjaya kumpulan K-pop itu sejak 2016 berjanji akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Blackpink.

Ia termasuk menerbitkan album terbaharu dan mengendalikan konsert jelajah dunia Blackpink.

Menurut The Korea Times, pengumuman itu, ternyata memberi kesan positif kepada syarikat terbabit, apabila sahamnya dilaporkan meningkat kepada AS$46 daripada lebih AS$25 daripada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, di sebalik kenyataan yang dikeluarkan itu, masih wujud spekulasi berhubung haluan setiap anggota kumpulan berkenaan.

Ia berikutan pertebaran khabar angin mengenai setiap ahli Blackpink antaranya Lisa yang dilaporkan menolak pembaharuan kontrak secara individu sebanyak dua kali, manakala Jennie dan Jisoo dimaklumkan merancang untuk menubuhkan syarikat pengurusan mereka sendiri.

Jika perkara itu berlaku, kesemua ahli Blackpink dikatakan lebih berminat untuk membina kerjaya solo masing-masing dan hanya akan bergabung sekiranya ia tidak bercanggah dengan aktiviti individu masing-masing.

Perkara itu dianggap tidak mustahil kerana setiap anggota sudah menerbitkan album solo masing-masing, manakala Jisoo dan Jennie pula mula mengorak langkah dalam bidang lakonan.

Lagipun, pengaruh setiap anggota Blackpink kini mula berkembang dalam bidang fesyen selepas dilantik sebagai duta jenama antarabangsa iaitu Jennie (Chanel), Rose (Saint Laurent), Lisa (Celine) dan Jisoo (Dior).

Susulan kejayaan mereka menempa nama di peringkat global, timbul spekulasi bahawa kesemua anggota Blackpink tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada YG untuk mengembangkan kerjaya masing-masing.

Terdahulu, Blackpink baharu sahaja menamatkan konsert jelajah dunia yang berjaya menarik 1.8 juta penonton, selain meraih pendapatan dianggarkan sebanyak AS$260 juta dan kini mempunyai lebih 92 juta pengikut di Youtube, iaitu jumlah tertinggi bagi kategori pemuzik di platform berkenaan. - Getaran, 8 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sudahlah Mengaku Guna Kabel, Sempat Pula Ke Karaoke!

3

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Lanjut Kontrak Arif Aiman

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kaka Azraff Artis Malaysia Pertama Menjadi Mangsa ‘Mainan’ Israel

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa