web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kaka Azraff Artis Malaysia Pertama Menjadi Mangsa ‘Mainan’ Israel

Kontrak penyanyi ini ditamatkan oleh Warner Music Malaysia berkuat kuasa pada 31 Disember 2023

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 3:57PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Desas-desus  mengenai penamatan kontrak penyanyi, Kaka Azraff oleh Warner Music Malaysia rupanya bukan sekadar khabar angin.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, namun Getaran menerima satu salinan surat berhubung penamatan kontrak tersebut daripada sumber.

Surat bertarikh 1 Disember itu mendedahkan keputusan Warner Music Malaysia Sdn Bhd untuk menamatkan kontrak Kaka berkuat kuasa 31 Disember ini,  tanpa memberi penjelasan yang munasabah.

Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Hilang’ itu perlu memenuhi kesemua aktiviti yang sudah diatur pihak pengurusan artis di syarikat terbabit walaupun selepas tarikh kontrak tamat.

Pada masa sama,  Kaka juga diberi amaran supaya tidak membuat sebarang komen yang boleh menjejaskan nama Warner Music Malaysia dan juga pihak yang terlibat.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan Kaka Azraff sebagai artis Malaysia pertama, yang menjadi mangsa susulan tindakan mengecam  Israel, yang sentiasa membuli dan menjatuhkan pihak yang tidak menyokong cita-cita haram mereka.

Terdahulu, Kaka menjadi ‘sensasi’ dalam talian dalam kalangan penyokong Israel apabila dia dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya berhubung konflik Palestin – Israel.

Segalanya bermula apabila penyanyi itu membalas Instagram story (IGS) yang dimuat naik oleh pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic. Kaka dengan lantangnya mengkritik Israel dan bersetuju dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler yang pernah membunuh bangsa Yahudi.

Terpukul dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Kaka, penyokong tegar Israel mula ‘berkempen’ untuk menjatuhkan penyanyi berkenaan, selepas  Jew Hate Databased memperkenalkan Kaka sebagai penyanyi di bawah naungan Warner Music Malaysia. - Getaran, 2 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel