web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 3:24PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menziarahi penyanyi veteran, Zaiton Sameon di kediamannya di Ampang pada Program Ziarah Seni MADANI Finas 2024. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi sedang mengkaji untuk menggubal satu Akta Muzik bagi memastikan bidang seni itu mempunyai akta sendiri, sekali gus menjaga kebajikan golongan pemuzik.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, memandangkan penyanyi adalah penyedia konten paling banyak bagi aspek penyiaran melibatkan medium radio dan televisyen, maka terdapat keperluan untuk meneliti akta berkenaan bagi memastikan kemampanan industri itu.

"Saya lihat ada beberapa perkara asas yang perlu diperkukuh, pertama aspek literasi iaitu pemahaman perundangan kerana ramai artis- artis baru, bila mereka menandatangani kontrak ramai tak faham apa maksud kontrak tu.

"Bila saya bercakap dengan contohnya penyanyi Kaka Azraf, kesan daripada beliau dibuang daripada label (syarikat rakaman) cukup besar.. termasuk lagu-lagu yang pernah beliau nyanyikan, dan kesannya juga kepada royalti dan sebagainya.

"Jadi saya lihat sekiranya kita ada akta itu sendiri untuk muzik, setidak-tidaknya aspek ini boleh diketengahkan dan boleh jadi lebih sustainable atau mampan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi penyanyi veteran Zaiton Sameon pada Program Ziarah Seni MADANI Finas 2024 di Ampang hari ini.

Terdahulu, Fahmi turut menziarahi pelakon dan pengarah, Salehudin Ridzwan atau lebih dikenali sebagai Din Glamor di kediamannya di Bukit Antarabangsa bagi program yang sama.

Beliau berkata, pihak kementerian telah memulakan sesi libat urus dengan MyCreative Ventures sebagai agensi peneraju bagi mendapatkan cadangan mengenai penggubalan akta itu, selain sebuah jawatankuasa program turut dibentuk bagi mempercepatkan proses kajiannya.

"Sebelum ini saya sudah terima sejumlah cadangan, tetapi cadangan ini mungkin boleh ditambah baik dengan penglibatan pihak industri dan akademik di pelbagai peringkat untuk fahamkan kementerian tentang aspek yang perlu ada dalam akta itu nanti," katanya.

Mengulas mengenai pengagihan royalti kepada pemuzik, menurutnya, pihak kementerian telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan antara langkah yang diambil adalah memastikan setiap kementerian yang memanfaatkan karya tempatan membuat bayaran royalti kepada pemuzik terlibat.

"Di pihak kementerian tahun lepas melalui semua saluran televisyen dan radio, kita telah kumpulkan jumlah yang perlu dibayar kepada semua terlibat.

"Saya juga telah sampaikan kepada kementerian lain, sekiranya mereka memanfaatkan artis tempatan, lagu-lagu, karya mereka dalam sebarang kempen dan untuk acara tertentu, sambutan hari tertentu, maka mereka perlu membuat bayaran itu dan kita akan selaraskan, maka jumlahnya akan lebih besar," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang dilihat masih memainkan isu stoking tertera kalimah 'Allah', Fahmi berkata, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sudah jelas dan semua pihak perlu menghentikan polemik itu.

"Bagi yang beragama Islam, berbangsa Melayu, kedudukan Agong di paras tinggi, paling tinggi, bagi saya mengingkari titah dan sengaja mentafsirkan (titah Seri Paduka Baginda) dalam cara yang lain, bagi saya kurang sesuailah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar