web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buttonscarves Berkolaborasi Dengan Mira Filzah, Buka Butik Terbaharu Di Pavilion Kuala Lumpur

Jenama fesyen muslimah dari Indonesia, Buttonscarves baru—baru ini mengumumkan kerjasama terbaharunya dengan pelakon popular, Mira Filzah sempena pembukaan stor terbaharu di Pavilion Kuala Lumpur.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 6:31PM

Dian Pelangi, Sharifah Itasha Jamalullail, Linda Anggrea, Elfira Loy, Mira Filzah, Indah Nada Puspita - Gambar ihsan Buttonscarves Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kembali bagi membuktikan visi dan misinya untuk #ButtonscarvesGoesGlobal, jenama fesyen sopan atau modest terkemuka Indonesia, Buttonscarves kini meluaskan ‘empayarnya’ apabila secara rasmi membuka pintu di Aras 4, Pavilion Kuala Lumpur. 

Lebih membanggakan, Buttonscarves meraikan pembukaan kedai antarabangsa itu dengan mempersembahkan Buttonscarves X Mira Filzah, koleksi The Gardenia Series yang merupakan hasil gabungan idea pasukan kreatif Buttonscarves bersama selebriti popular dan duta pelbagai jenama Mira Filzah.

Butik Buttonscarves di Pavilion Kuala Lumpur
Butik Buttonscarves di Pavilion Kuala Lumpur

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Buttonscarves. Ini merupakan kerjasama antarabangsa pertama untuk jenama Mira Filzah yang pertama.”

“Apabila saya mula mula mencipta jenama itu, adalah impian saya untuk bekerja dengan Linda Anggrea (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kreatif Buttonscarves) dan Alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan dalam tempoh beberapa bulan selepas jenama Mira Filzah dilahirkan.” 

Antara rekaan yang terdapat dalam koleksi Buttonscarves X Mira Filzah
Antara rekaan yang terdapat dalam koleksi Buttonscarves X Mira Filzah

“Ia adalah sebuah pengalaman yang menyeronokkan melawat pejabat Buttonscarves di Jakarta untuk mereka bentuk, menghasilkan dan membawa konsep The Gardenia Series To Life.  Saya memilih tema bunga kerana ia adalah unsur yang paling senang untuk memikat pengguna.”

“Bahkan, ia juga melambangkan kesucian dan kepercayaan. InsyaAllah, semoga kerjasama ini menjadi permulaan yang panjang dan persahabatan yang indah dengan kedua-dua Linda dan Buttonscarves,” ujar Mira Filzah, pengasas jenama Mira Filzah.

Linda Anggrea dan Mira Filzah
Linda Anggrea dan Mira Filzah

Sementara itu, Linda ketika mengulas mengenai pemilihan Mira Filzah untuk jalinan kerjasama terbaharu, Buttonscarves, berkata:

“Saya berpendapat, Mira Filzah merupakan selebriti popular yang menjadi ikon kepada rakyat Malaysia. Malah, dia juga mempunyai jenama fesyennya sendiri. Bagi saya pemilihan Mira Filzah bakal memberi impak yang sangat baik untuk Buttonscarves terus melebarkan sayap di Malaysia. Begitu juga sebaliknya. Kami boleh saling bertukar pasaran,” ujar Linda. 

Tambah Linda lagi, pembukaan butik kelima Buttonscarves di Pavilion Kuala Lumpur menandakan pencapaian jenama itu yang berterusan. 

Antara rekaan dalam koleksi Buttonscarves X Mira Filzah
Antara rekaan dalam koleksi Buttonscarves X Mira Filzah

Selepas mencapai kejayaan dalam industri fesyen Indonesia, kami berbangga untuk menyebarkan pengaruh kami kepada BSLadies Malaysia dengan butik baharu ini di Pavilion Kuala Lumpur. Kerjasama dengan Mira yang membawa 'semangat kerjasama' telah menjadi salah satu ciri unik yang menjadikan Buttonscarves istimewa kepada pelanggan kami,” ujar Linda.

Koleksi The Gardenia Series yang diinspirasi daripada bungaan mekar di taman bunga, dan juga memperingati kedatangan musim bunga, mempunyai 12 variasi warna yang menawan.  Ia tersedia secara eksklusif di semua butik  Buttonscarves di Malaysia, dan pembeli juga boleh membuat pembelian secara dalam talian di www.buttonscarves.com.my dan www.mirafilzah.com. 

Sissy Imann
Sissy Imann

Pada majlis perasmian dan pengumuman yang diadakan baru-baru ini, Buttonscarves mempersembahkan pertunjukan fesyen yang mempamerkan Siri The Gardenia yang diiringi oleh nyanyian secara langsung oleh penyanyi dan pelakon, Sissy Imann.

Acara ini turut dihadiri oleh beberapa nama popular dalam industri seni dan fesyen seperti Elfira Loy, Dayah Bakar, Sweet Qismina, dan dari Indonesia, Dian Pelangi dan Indah Nada Puspita.

Tetamu turut dijamu dengan pelbagai hidangan hari raya yang menjamu selera bagi meraikan Syawal yang masih belum berakhir. - Getaran, 14 Mei 2023

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mira Filzah Kembali Jual Tudung, Mahu Bina Empayar Sendiri 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mira Filzah Kongsi Wajah Anak Selepas 5 Bulan Dilahirkan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini