web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

Keperibadian Mira menepati inti pati jenama Cetaphil yang mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:55AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sekadar pelakon terkenal, Mira Filzah melambangkan semangat seorang ibu moden yang bekerja di sebuah bandar besar, sekali gus mewakili wanita yang pelbagai dan dinamik pada hari ini. 

Sebagai seorang selebriti, sudah tentu Mira Filzah perlu menitik beratkan penjagaan kulit memandangkan dia perlu sentiasa berada di depan kamera, malah perlu menghadiri pelbagai acara, bersua temu dengan ramai orang. 

Gaya hidup yang sibuk bukanlah alasan untuk pelakon ini mengabaikan penjagaan kulit yang betul. Atas ciri-ciri yang ada inilah, Cetaphil dengan bangganya melantik Mira Filzah sebagai wajah baharu atau Duta Jenama Cetaphil Malaysia. 

Pemilihannya dianggap tepat kerana dia memberi inspirasi, mempamerkan bagaimana seseorang dapat mengimbangi jadual yang mencabar dengan tetap mementingkan kesihatan kulit. 

Keperibadian Mira menepati inti pati jenama Cetaphil yang mencerminkan sikap yang mudah didekati, sederhana dan pendekatan yang bijak terhadap penjagaan kulit. 

Keserasian Mira dengan etos jenama ‘We Do Skin, You Do You’ akhirnya membuka ruang kepadanya untuk dilantik sebagai duta jenama ini di Malaysia. 

"Bergabung dengan Cetaphil bukan sekadar kerjasama, sebaliknya ia melambangkan kasih kepada diri sendiri. Sebagai seorang ibu yang bekerja, saya memahami betapa mencabarnya menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi penjagaan kulit ialah rutin harian penting untuk mengekalkan kesihatan kulit.

 “Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Cetaphil, sekali gus memberikan inspirasi kepada insan lain untuk melakukan perkara yang sama,” ulas Mira Filzah teruja.

Sementara itu, Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tui berkata, mereka sangat gembira untuk menyambut Mira Filzah ke dalam keluarga Cetaphil sebagai Duta Jenama kami untuk tahun ini. 

“Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai kewujudan yang ideal bagi tujuan jenama kami,” katanya.

Kerjasama ini dijadualkan bermula dengan kedatangan musim Ramadan, ditandai dengan kempen ‘30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri’ oleh Cetaphil. Inisiatif ini bertujuan mendekati sebanyak mungkin rakyat Malaysia untuk memperjuangkan kesihatan kulit sepanjang tempoh 30 hari Ramadan. 

Tui berkata, selain bekerjasama dengan Mira Filzah, kempen ini meluaskan jangkauannya dari sfera digital ke aktiviti di tapak, termasuk sebuah van kombi direka khas yang akan mengembara ke pelbagai lokasi.

"Matlamat kami adalah untuk menyusun naratif yang bermakna sepanjang kempen ini, menjadikannya sebagai perjalanan yang bermatlamat bagi semua orang semasa Ramadan.

“Melalui aktiviti dan kerjasama strategik dengan individu berpengaruh seperti Mira Filzah, kami menetapkan sasaran untuk menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan kulit.

“Walaupun fokus utama Ramadan adalah pada perkembangan rohani, disiplin diri, dan pembinaan empati, kami mengakui bahawa konsep penjagaan diri adalah sama penting pada bulan yang mulia ini," tambahnya.

Kempen Ramadan Untuk Kulit Cantik Berseri Di Aidilfitri 

Inti pati kempen ini terletak pada dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin tiga langkah yang mudah tetapi berkesan dengan menggunakan rangkaian Cetaphil® CORE  yang terdiri daripada Cetaphil® Gentle Skin Cleanser, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser, Cetaphil® Moisturising Cream, Cetaphil Moisturising Lotion, dan Cetaphil® Sun SPF 50+ Light Gel. 

Rutin penjagaan kulit ini bertujuan memperkasakan individu untuk mencapai kulit yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri, menekankan betapa pentingnya amalan penjagaan kulit yang konsisten namun mudah pada bulan yang mulia ini.

Menambahkan kemeriahan perayaan, Cetaphil® memperkenalkan kempen Beli & Menang di seluruh negara, menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM48,000 kepada pembeli. Hadiah termasuk pengubahsuaian IKEA, penginapan 2H1N di hotel pilihan mereka, dan baucar minyak petrol.

Selain itu, mulai 1 Mac – 30 April, pembeli berpeluang memenangi tudung eksklusif Mira Filzah apabila membelanjakan minimum RM100 untuk produk Cetaphil® Bright Healthy Radiance dalam satu resit.

Untuk meraikan perayaan Aidilfitri, Cetaphil® juga bekerjasama dengan jenama tempatan Malaysia dalam kempen POWA Kampung Pink mereka, yang memberikan tumpuan pada rangkaian Cetaphil® Bright Healthy Radiance mereka untuk mencapai kulit yang cerah, sihat dan berseri sepantas 14 hari. 

Menampilkan jenama tempatan seperti Mira Filzah Shawls, Petit Moi, So.lek dan banyak lagi, pembeli boleh menebus kod promosi eksklusif di laman web Cetaphil atau berpeluang memenangi sampel produk Cetaphil® Bright Healthy Radiance, seterusnya menyediakan mereka untuk perayaan yang akan datang daripada penjagaan kulit,  kecantikan dan keperluan fesyen.

Untuk butiran lanjut mengenai 30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri dan Kampung Pink Powa, sila layari www.cetaphil.com.my. - Getaran, 6 Mac 2024

Foto : Mira Filzah IG & Cetaphil

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa