web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

“Ada yang mahu padankan kami bersama dan tidak kurang juga yang mengingatkan saya supaya jangan mengambil Mierul,” kata Qasrina.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 8:39PM

Mierul Aiman dan Qasrina Karim sama-sama membintangi siri 'Imam Instant Ustazah Scammer' - Gambar Instagram Mierul Aiman, Qasrina Karim

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak drama bersiri, Astro ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ yang dibintangi dua pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Mierul Aiman dan Qasrina Karim ditayangkan, ramai netizen yang dilihat mula berkongsi beberapa klip drama berkenaan. 

Bahkan,  dalam satu akaun TikTok yang diwujudkan peminat Mierul Aiman, terdapat sebuah klip video yang memaparkan situasi belakang tabir penggambaran drama tersebut. 

Apa yang mencuri tumpuan ramai semestinya adalah  telatah Mierul Aiman dengan Qasrina Karim yang dipuji kerana dilihat manis bersama. 

Membawakan watak Siti Siakap, Qasrina mempunyai banyak babak yang dilakonkan bersama Mierul. Bergandingan bersama Mierul sebagai Ronaldo dalam drama bersiri itu buat kali pertama, gadis yang mesra disapa sebagai Qas itu mengakui Mierul memang seorang pelakon yang berbakat dan berkebolehan. 

“Inilah kali pertama saya membawakan watak ala-ala Joyah yang sibuk jaga tepi kain orang. Ia cukup mencabar buat saya kerana personaliti saya yang sebenar bukanlah ‘sejoyah’ itu. 

“Dalam drama ini pun saya digandingkan dengan Mierul Aiman yang sangat hebat. Kalau tengok projek lakonan dia sebelum ini sangat serius, tapi dalam drama ini dia sangat lain. 

“Mierul sangat kelakar di dalam set sampai saya nak kena tahan gelak bila dia buat lawak,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Qas bagaimanapun menyedari beberapa respons daripada peminat yang menganggap gandingannya bersama-sama Mierul adalah sepadan.  Namun, apa yang terjadi semasa penggambaran hanyalah atas dasar urusan kerja profesional semata-mata. 

“Ada juga yang ‘ship’ (padankan) kami bersama. Tapi ada juga peminat yang hantar mesej kepada saya di Instagram mengingatkan saya agar jangan ambil Mierul. Saya faham Mierul ramai peminat. Jangan risau, saya tak ambil dia. Kami hanya bekerja bersama-sama,” tambahnya lagi. 

Bercerita tentang kerjaya seninya, Qas berharap, akan membawakan lebih banyak watak komedi selepas ini, selain  bergandingan dengan lebih ramai pelakon senior yang lain. 

“Watak komedi sebenarnya susah sebab kita mungkin rasa lawak, tapi orang lain tak rasa begitu. Jadi saya nak perbanyakkan watak sebegitu serta watak-watak yang serius. 

“Setiap kali masuk set, saya anggap ia sebagai sebuah proses pembelajaran. Kami juga banyak melakukan perbincangan di set tentang bagaimana untuk mewarnai sesuatu watak itu. 

“Dalam drama ini saya bergandingan dengan Mira Filzah yang juga merupakan salah seorang idola saya. Boleh dikatakan ia adalah sebuah impian yang jadi kenyataan,” tambahnya lagi.

‘Imam Instant Ustazah Scammer’  yang mengandungi sembilan  episod mula ditayangkan di Astro Ria sejak 5 Mac. 

Drama arahan Hadith Omar ini menceritakan seorang wanita bernama Effa lakonan Mira Filzah menyamar menjadi ustazah melarikan diri ke Kampung Ramadan kerana berhutang. Di sana dia berjumpa Imam Asyraf (Hun Haqeem) seorang influencer yang pandai mengaji. - Getaran, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

2

TARA 3 tahun yang lalu

Buttonscarves Berkolaborasi Dengan Mira Filzah, Buka Butik Terbaharu Di Pavilion Kuala Lumpur

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mira Filzah Kembali Jual Tudung, Mahu Bina Empayar Sendiri 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Balas Dendam Kepada Mangsa Buli? Pilihlah Sebarkan Kebaikan - Mierul Aiman

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa